BANTUAN JAKIM KEPADA PASTI... Tolong Hentikan Kecaman.



ZAMZURI ARDANI


Sahabat-sahabat semua, ada kalangan kita pernah terlibat dengan Pasti dan saya sendiri  adalah salah seorang yang terlibat penubuhan Pasti di masjid batu Pulai Chondong sekitar tahun 1989, zaman pemerintahan BN di Kelantan.

Masih ingat betapa perit nak mulakan penubuhan dan untuk mencari tenaga pengajarnya juga bukan senang dengan bayaran gaji yang murah dan kadang2 tidak bergaji.

Boleh dikatakan Pasti2 di kampung megalami nasib yang sama, kutipan yuranya yang murah tidak cukup untuk menghidupkan sebuah tadika tetapi guru2nya redha dan terus bertugas dengan penuh ikhlas.

Berbeda dengan Kemas, guru2 Kemas bergaji tetap tetapi Guru Pasti tak usah yanyalah ada SOCSO atau potongan KWSP untuk masa depan mereka.

Kita jangan heret Pasti dengan isu politik sbb penglibatan Pasti dalam pendidikan Pra Sekolah negara cukup besar bahkan ada kalangan anak2 aktivis Amanah sendiri pun ada yang belajar di Pasti. Jangan kata kita yang pernah jadi aktivis Pas tidak tahu betapa hebatnya pengorbanan guru2 Pasti yang terus berkhidmat dengan gaji yang cukup rendah atas ehsan pendokong2 Pas termasuk kita dahulu.

Jadi bila JAKIM hulurkan bantuan sempena Pendemit Covid19, usahlah kita heret jadi isu politik. Bersikap adillah kita kepada guru2 Pasti yang ikhlas berkhidmat demi mendidik anak2 orang Islam. Bantuan baru cuma RM100K bagi saya masih rendah tapi saya juga berharap agar bantuan ini betul-betul sampai kepada Guru-guru Pasti. Kalau bantuan ini tiris kepada aktiviti politik Pas, maka ini wajar kita angkat sebagai isu kita. Kita sokong penuh bantuan kepada Guru2 Pasti ini tanpa Prejudis.

No comments: