30 tahun baiki air Kelantan, siapa sapu projek?
Ipohmali
2-3 Hari ini kecoh cerita masalah air di Kelantan.. katanya peruntukan diperlukan RM 7 Billion, jangka masa diperlukan lebih 30-40 tahun.. dan aku percaya, Jangkaan PAS itu tepat berdasarkan sejarah pengstrukturan projek air di Kelantan…
Aku masih ingat, Bila ditanya kepada Almarhum Tok Guru Nik Aziz tentang Tun Mahathir, kata Tok Guru.. antara perkara yang dia rasa berterima kasih dan ada rasa hormat kepada Tun Mahatthir pada ketika itu kerana Tun meluluskan pinjaman RM 600 juta kepada kerajaan yang dipimpin pembangkang terutama PAS…
Maknanya, biarpun Kelantan Kerajaan pembangkang.. Tun Mahathir pada ketika itu realistik melihat keperluan adanya pengstrukturan industri air di Kelantan.. Katanya pada ketika itu berlaku pertemuan rahsia antara Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa dengan Tun Mahathir merayu penyelesaian masalah air di Kelantan…..
Pada tahun 2001.. Nilai RM 600 juta itu cukup besar.. Mungkin lebih besar dari RM 7 Billion hari ini..ia mampu membina separuh kos Lebuhraya Utara Selatan… Tapi apa masalahnya ? biarpun nilainya besar.. jika projek itu masuk dari pintu pintu penyamun dan kontraktor UMNO kelantan yang masih ada hari ini.. Masalahnya takkan selesai..
Hari ini watak seperti Anuar Musa, Mustafa Muhammad masih hidup..dan kita tahu sejarah depa.. apalagi hari ini pemerintahan PAS di Kelantan pun lebih kurang sama dengan seperti UMNO..malah mungkin lebih teruk..UMNO pandai cari duit.. pandai belanja hilangkan duit.. PAS dah lah tak reti cari Duit.. dapat duit Wang Ehsan RM 400 juta depa beli Mercedes lebih dulu dari memenuhi keperluan rakyat…elok lah depa bersama…
Jadi tidak hairan peruntukan RM 600 juta sejak tahun 2001 sehingga hari ini masalah air belum selesai..dah lebih 20 tahun… dan jangkaan Menteri Mewa mereka perlukan 30-40 tahun itu realistik melihatkan pemerintahan PAS dan UMNO hari ini… dan jika 30-40 tahun lagi belum selesaipun masalah air..ia juga munasabah..sama seperti masalah air di Chini, kawasan parlimen Najib… 🙂