PDRM TAK TAHUKAH JHO LOW DI KUWAIT?






Pengusaha, Bachar Kiwan, yang kemudian menjadi rakan niaga syeikh tersebut, dikatakan memetik kenyataan Jho Low dalam sebuah majlis makan malam: “Saya memperoleh berbilion dolar di Malaysia. Saya akan memperoleh seratus bilion di China, minimum." WSJ berkata hubungan Kuwait memberi pelindung baharu kepada Jho Low, perjanjian perniagaan baharu dan saluran baharu untuk memindahkan wang. "Bank-bank di sana menangani ratusan juta dolar yang terkait dengan aktiviti Jho Low, termasuk berjuta-juta pembayaran kepada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menanggung bil perundangan yang semakin meningkat," kata laporan itu memetik sumber yang mengetahui transaksi dan dokumen berkaitan.

No comments: