NAMAKAN PANGLIMA SEBELUM MASUK MEDAN PERANG


Apa hujah puak yang berat sangat untuk sokong Anwar jadi PM? Hujah mereka, jawatan PM tidak kisah Tun atau Anwar, yang penting dapatkan mandat rakyat yang dirompak tu dahulu.
Itulah hujah yang paling digemari oleh Tun. Itu juga kaedah yang dijaja sewaktu kita berkempen di dalam PRU14 dahulu iaitu jangan bising sangat soal reformasi atau soal Anwar, yang penting dapatkan Putrajaya dulu. Akhirnya, bila dapat Putrajaya, apa yang terjadi? Di mana reformasi dicampakkan? Ada dia hormat pandangan Anwar?
Betullah, yang penting sekarang dapatkan mandat rakyat yang dirompak itu dahulu. Ertinya, kita kena berjuang menghadapi puak-puak pengkhianat ini. Menang di dalam peperangan itu penting, tetapi mahu berperang kena ada panglimanya. Maksudnya, sebelum masuk medan perang kita telah ada panglima.
Peperangan kali ini luar biasa. Berperang di dalam PRU itu biasa. Kali ini, kita berperang untuk dapatkan kembali mandat rakyat yang telah dikhianati. Kalau menghadapi PRU14 dahulu kita telah namakan "Jeneral" Mahathir sebagai panglima kita sebelum kita masuk medan perang, apakah peperangan yang lebih penting melibatkan maruah kita dan rakyat keseluruhannya, kita masih gagal memilih panglima yang akan mengetuai kita?
Jangan salah pilih "panglima" yang telah hilang tenaga dan pernah meletakkan senjatanya untuk diangkat semula. Peperangan kali ini getir dan perlukan panglima yang lebih bertenaga. Anwar adalah pilihan kita.


WFAUZDIN NS


No comments: