ANTARA JAWAPAN YG MENARIK DARI DS ANWAR IBRAHIM SEMASA DIWAWANCARA MALAYSIAKINI



*Malaysiakini*: Terdapat juga orang muda yang merasakan masa untuk Anwar dan Mahathir sudah tamat, dan sekarang masanya untuk orang muda ambil alih, dan perdana menteri seterusnya sepatutnya muka baru, bukan seseorang yang sudah cuba nak jadi PM untuk 20 tahun.

*Anwar*: Saya tak rasa kita patut ketepikan hal itu. Inilah satu demokrasi.

Orang bertanya kepada saya, kenapa kamu tak cuba memberi persiapkan Nurul Izzah (anak perempuan Anwar). Saya rasa itu soalan yang aneh. Saya bukan ketua feudal Pulau Pinang untuk lantik anak saya sebagai pewaris saya.

Apa yang kami buat dalam PKR adalah memastikan kami ada cukup pemimpin muda yang diberikan tempat. Sebagai satu parti, pada masa lepas kita ada Izzah, Rafizi Ramli, Chang Lih Kang, Lee Chean Chung. Pemimpin muda yang kita promosikan (termasuklah) Nik Nazmi, Fahmi Fadzil. Mereka diberikan jawatan penting, pengarah komunikasi strategik, ketua penerangan, bendahari.

Malah, itulah sebahagian masalah yang saya depani dengan kumpulan ‘kartel’ (istilah yang merujuk kem bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali). Sebab mereka fikir - ‘Siapa mereka? Mereka budak-budak’. Ingat lagi apabila seorang menteri wanita ini kecam pemimpin muda?

Ada juga rasa tak puas hati, sebab mereka rasa mereka (yang sepatutnya) berhak diberikan jawatan penting dalam parti. Tapi saya rasa kalau kita terus buat begitu, kita tak akan memberikan kebaikan buat parti serta perjuangannya.

Sentiasa memastikan adanya barisan kedua ini, itulah yang terbaik boleh saya lakukan, kemudian mungkin ahli parlimen dan rakyat yang harus tentukan.