Mudah Menteri Kewangan kata harga minyak jatuh Malaysia tak terjejas
Kredit: Ipohmali
Seluruh Negara di Dunia resah memikirkan impak dan kesan ekonomi dari penurunan harga minyak kepada rakyat depa.. sampaikan Menteri kewangan german bunuh diri..tapi menteri kewangan tebuk atap ni relax jer kata dia boleh kekalkan angka Defisit dan mengekalkan anggaran pendapatan….
Sama lah mcm dia over confident data BSH boleh lengkapkan bantuan BPN..akhirnya terpaksa tapis permohonan lebih 2.7 juta permohonan baru..dah pasti dengan peruntukan tambahan… bab ni pun dia fail.. gagal buat unjuran yang tepat..
Dia kata dia lagi.. dia dapat tampung kekurangan hasil minyak dengan menyusun perbelanjaan, sebabnya Malaysia mempunyai pelbagai sumber hasil..Agaknya bagaimana tu ? ni nak habaq..Bukan hanya syarikat oil & gas.. hatta hampir semua sektor Perniagaan akan mengalami kerugian..itu pasti akibat kesan COVID-19….
Bukan hanya Syarikat besar..begitu juga dengan SME yang menyumbang kepada hasil cukai dan peluang pekerjaan melibatkan 40% hasil Kerajaan…tempoh 6-7 Minggu penutupan operasi sudah cukup meletakkan depa dalam kedudukan yang rugi.. Itupun ada Kilang yang sudah tutup operasi depa..Ini bukan lagi cubaan bak kata P ramlee…
Itu sebab orang suruh buat sidang khas Parlimen..Rakyat kena tahu dari sumber mana, Peruntukan mana, takkan nak bantai Bon samurai dan Petronas untuk bantu Cik Kiah..agak agak lah… tak kisah pakai peruntukan apa pun, janji sumber nya jelas..
Aku sejak awal tak faham, bagaimana dikatakan penyusunan semula perbelanjaan dalam jangkaan semua sektor perniagaan mengalami Defisit hatta melibatkan GLC dan Syarikat Khazanah sendiri.. ia tak mungkin berlaku tanpa kita tahu kedudukan ekonomi dan Fiskal Negara.. ia perlu mengambil sejumlah Peruntukan dari sumber tertentu..itu yang perlu dizahirkan dalam parlimen..
Mengurus Negara.. bukan seperti mengurus CIMB…esok jadi mcm CIMB, last2 duit dalam akaun pengguna hilang..
Ni dah over Confident…