“Mengapa saya membela DAP?”

“Mengapa saya membela DAP?”

“Mengapa saya membela DAP?”


Mengapa bapak selalu sebelah DAP tu? Apa Bapak makan rasuah? kata Latifah pada Bapaknya. Biasalah tu Fah.. dulu pun orang tuduh Bapak makan rasuah dengan Dr Mujahid, padahal satu sen haram pun dia tak pernah bagi Bapak duit pun dan jawatan. Bapak bukan apa fah.. bapak bela DAP tu atas dasar logik;
1. DAP wujud 52 tahun masa kejayaan kerajaan BN lagi. Kalau DAP melanggar undang-undang tak sesuai perlembagaan mengapa ROS masa BN luluskan? Mengapa BN tak bubarkan DAP masa BN ada kuasa dulu?
2. DAP tak rampas dan rebut kursi kuasa kawasan orang Islam Melayu pun.. bahkan DAP tak bertanding di Kelantan dan Terengganu kawasan orang Islam pun. DAP tak kacau kawasan Pas pun selama ini. DAP rebut kursi MCA, MIC, Gerakan lah Fah. Lainlah MN bagi kursi kawasan majoriti orang Islam pada MCA di Tanjung Piai.
3. DAP adalah mangsa propaganda Fah. Memang ada kenyataan ahlinya yang menyinggung Islam dan Melayu. Tapi itu berlaku masa BN dulu.. tahun 2015, 2016 dan sebagainya. Mengapa BN tak hukum masa tu? Tapi Latifah kena ingat.. yang menyinggung sensitiviti orang Islam Melayu bukan hanya DAP tau. MCA, MIC Gerakan pun buat kerja yang sama.
4. Mengenai Zakir Naik Bapak pun marah masa tu Fah. Bapak siap hubungi Menteri lagi masa tu. Tapi yang serang Zakir Naik tu bukan hanya DAP tapi juga MCA dan MIC rakan BN dan Pas Fah. Kita kena adil Fah sebab orang adil hampir kepada ketakwaan.
5. Malaysia tak boleh nafikan kewujudan orang Cina Fah. Jika DAP mati sekalipun, maka MCA Gerakan akan kuat dan begitu sebaliknya. Pemilik kilang arak, tempat judi, bangun sekolah Cina semua tu MCA ke DAP yang punya Fah?
6. Latifah kena ingat.. ekonomi di Malaysia dipegang oleh bukan Melayu. Majoritinya oleh kaum Cina dan mereka bukan DAP sebab yang mendapat keistimewaan projek selama 60 tahun BN bukan DAP kerana mereka pembangkang masa tu. Tifah faham maksud bapak kan?
7. Latifah anak bapak. Jika DAP mati sekalipun.. secara automatik MCA atau Gerakan akan kuat. Majoriti orang Cina tak akan undi Pas atau Umno. Sedangkan bahaya DAP, MCA Gerakan sama sahaja bagi orang Islam Melayu kerana pengundi mereka dari golongan yang sama. Dua sudah terbukti, satu masih persepsi. Faham maksud bapak kan Fah?
8. Mengapa masa BN, MCA, MIC tak jahat Pak.. alah.. toksah percaya semua propa tu fah.. masa tu diorang kawal media. Latifah kena ingat, DAP parti pelbagai kaum dan agama bukan parti Cina tau Fah.. bukan macam MCA, MIC.
9. LTTE macam mana Pak? Semua kes tu berlaku masa BN berkuasa.. tapi kenapa masa ada kuasa dulu mereka tak proses hukum?
10. Komunis Pak? Komunis Melayu pun ada bahkan ada ahli akademik yang mengaitkannya dengan MCA rakan Umno Pas..
11. Mana Bapak tahu semua tu??? Bapak bukan apa Fah.. Bapak baca.. ayat pertama turun pun suruh Nabi kita untuk membaca. Perlu tabayun macam makna surat al-Hujuraat dan banyak lah Fah.
12. Bijak jugak bapak ya.. eh tak ada lah Fah.. Bapak baca, kaji, teliti, semak Fah.. bukan macam orang nun.. suka membawang dan termakan propaganda.