Ubat anti-malaria gagal rawat Covid 19
Bulan lalu ubat anti-malaria disebut-sebut sebagai penawar kepada Covid 19 dan mula digunakan di kebanyakan hospital negara maju yang terjejas dengan wabak tersebut
Namun hasil dapatan pada bulan ini menolak sebarang kelebihan ubat tersebut berbanding rawatan standard, malah ubat anti-malaria dikaitkan pula dengan lebih banyak kematian, menurut hasil kajian pada Selasa.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membiayai analisis bagaimana progres veteran tenteranya yang mengambil hidroksioklorokuin disiarkan di laman pracetak perubatan.
Eksperimen ini mempunyai beberapa batasan penting, tetapi menambah keraguan terhadap keberkesanannya.
Penyelidik meneliti rekod perubatan 368 veteran yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara yang meninggal atau dibenarkan keluar wad pada 11 April.
Kadar kematian bagi pesakit yang mengambil hidroksioklorokuin adalah 28%, berbanding 22% apabila ia diambil dengan azitromisin anti-biotik – gabungan yang digunakan oleh saintis Perancis Didier Raoult, yang kajiannya pada Mac membangkitkan minat global terhadap ubat itu.
Kadar kematian bagi mereka yang hanya menerima rawatan standard adalah 11%.
Hydroxychloroquine, jika diambil bersama atau tanpa azithromycin, sering diberi kepada pesakit dengan penyakit lebih teruk, tetapi penulis mendapati peningkatan kematian berterusan walaupun mereka secara statistiknya dapat menyesuaikan diri dengan kadar penggunaan lebih tinggi.
Kelemahan lain termasuk fakta yang kajian ini tidak membahagikan orang secara rambang kepada kumpulan, kerana ia adalah analisis retrospektif yang bermaksud mengimbas kembali apa yang telah terjadi.
Di samping itu, hasilnya sukar untuk dibuat kesimpulan kerana populasinya sangat spesifik: kebanyakan pesakit adalah lelaki, dengan usia rata-rata lebih 65 tahun, dan berkulit hitam, kumpulan yang secara tidak seimbang dipengaruhi oleh penyakit lain seperti diabetes dan penyakit jantung.
Tiada risiko tambahan bagi yang menerima ventilator di antara kumpulan hidroksiklorokuin sahaja, menyebabkan para penulis mencadangkan terdapat peningkatan kematian di kalangan kumpulan ini mungkin disebabkan kesan sampingan di luar sistem pernafasan.
Penyelidikan sebelumnya mendapati ubat tersebut berisiko bagi pesakit dengan masalah jantung dan boleh menyebabkan pitam, sawan atau kadang-kala serangan jantung pada kumpulan ini.
Hydroxychloroquine dan sebatian chloroquine yang berkaitan sudah digunakan selama beberapa dekad untuk merawat malaria, serta gangguan autoimun lupus dan rheumatoid arthritis.
Ia mendapat perhatian yang signifikan semasa pandemik koronavirus dan ditunjukkan dalam makmal mampu menyekat virus masuk ke dalam sel dan mencegahnya berulang – tetapi di dunia farmasi, keputusan “in vitro” sering gagal diterjemahkan ke dalam kejayaan “in vivo”.