Rampasan kuasa yang aneh dan songsang SESUDAH SUBUH

Rampasan kuasa yang aneh dan songsang


SESUDAH SUBUH


Terkejut dengan kejadian gila.
SEMALAM kita semua dikejutkan dengan kejadian apa yang saya namakan percubaan RAMPASAN KUASA usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan - PH. Satu pakatan untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan diketuai sendiri olehnya. Mahathir mahu merampas kuasanya sendiri?

Gerakan jenayah politik itu dilakukan bersama secara sepadu partinya Bersatu bersama Umno, Pas dan sokongan dua parti daripada Sabah (Warisan) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kejadian itu pelik dan seperti tidak masuk akal. Tetapi jika mengikut falsafah saya, tidak ada apa yang pelik dalam politik, kerana kesetiaan, sumpah dan janji dalam politik tidak pernah berlaku.

Justeru berita ini dan istilah yang saya sebut itu agak lucu dan sukar untuk diterima, macam mana Mahathir ingin merampas kerajaan yang dia sendiri jadi kepalanya. Pelik. Tidaklah salah kalau dikatakan tindakan itu "gila" kerana perbuatan Mahathir itu seperti memancung lehernya sendiri. Perbuatan itu juga suatu perjudian besar yang meletakkan cengkeram yang tinggi. Bayangkan apa jadi kepadanya kalau kudeta itu gagal? Mahathir akan jadi seperti budak yang memasukkan muka ke dalam baldi yang dipenuhi air.

Tetapi yang pelik dan tidak terduga itu sebenarnya satu realiti. Ia benar-benar terjadi dan serius. Gerakannya agak terancang tetapi tidak profesional. Kenapa saya katakan tidak profesional, kerana ia dilakukan dalam kelam kabut dan kecur (heboh) dahulu.

Beberapa rundingan berupa pakatan dikalangan pengganas dan perampas telah diadakan di Kuala Lumpur. Ia berlaku serentak di tempat berasingan tetapi membawa maksud yang sama, menumbangkan kerajaan PH dan menubuhkan kerajaan baharu. Yang dihairankan kenapa ia tidak berunding di satu tempat bawah satu bumbung, kenapa terpisah-pisah?

Rundingan dimula dengan pertemuan-pertemuan peringkat tertinggi pimpinan PPBM yang dipengerusikan sendiri Mahathir sebagai pengerusi, kemudian ia diikuti dengan rundingan atau mesyuarat oleh Umno bertempat di PWTC. Sebelum pada itu Umno dan Pas sudah pun berunding dan merancang dalam pertemuan di Janda Baik. Parti itu sudah berkahlwat di Janda Baik katanya dua malam.

Perundingan dan pertemuan seterusnya oleh satu lagi kumpulan berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya. Kumpulan ini merupakan kumpulan utama dalam rampasan itu yakni kumpulan yang mungkir dan belut daripada PKR. Kumpulan yang berkubu di hotel Sheraton ini diketuai oleh penjenayah diburu rakyat, Azmin Ali. Jangan lupa Azmin adalah penjenayah samburit yang sedang diburu oleh rakyat negara ini walaupun dia terlepas dari cekupan polis setelah ada restu dari Mahaguru Firaun tua.

Serangan dan rundingan perampas itu menjadi gempar lagi apabila ia diikuti oleh parti daripada Sabah Warisan dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kehadiran kedua wakil dari Sabah dan Sarawak menjadi rancangan rampasan itu sebagai global dan serius. Warisan diwakili Shafei Afdal manakala GSP oleh Abang Johari Openg.

Mulanya sukar untuk mempercayai berlaku rancangan rampasan itu. Tidak masuk akal. Saya sendiri tidak percaya. Saya menolak mentah-mentah maklumat disampaikan kepada saya menjelang tengah hari semalam ketika saya berada di Kuala Tahan, Jerantut. Saya menganggap ianya sebuah spekulasi dan permainan jahat kumpulan WhastAap. Ia perbuatan bodoh oleh vandalisme politik. Sehinggalah seorang menteri menghubungi saya menceritakan latar keadaanya di Kuala Lumpur dalam tempoh enam jam menjelang petang baru ia mengejutkan saya.

"Gila," itulah reaksi saya kepada panggilan menteri itu.

Selepas Zohor, masuk berbagai maklumat berhubung rancangan rampasan itu. Di Kuala Lumpur sejak petang membawa ke malam seakan berlaku gempa bumi. Manusia menjadi tidak tenteram dan tertanya-tanya. Ramai mula menanti penuh tanda tanda dan gelisah. Mereka lupa kepada Covid-19 yang merbahaya itu seketika kerana menumpukan kepada kejadian rampasan itu.

Golongan paling sibuk ialah para wartawan. Media sosial juga mula dipenuhi dengan berbagai maklumat berbaur benar dan palsu dan ada yang menghanyirkan.

Kenapa saya menolak?
Kenapa saya menolak dan tidak mempercayai rancangan rampasan kuasa dikepalai Mahathir itu dan menganggap ia gila. Kerana kurang 72 jam Mahathir baru membuat kenyataan proses peralihan kuasa dalam PH yang menimbulkan kemelut telah diselesaikan dengan baik. Beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau akan melepaskan jawatan PM selepas Apec. Keputusan dibuat setelah majlis presiden bermesyuarat lebih dua jam.

Isu peralihan kuasa dalam PH memang menjadi masalah dan gagal dikonsensuskan dengan baik apabila Mahathir cuba memungkirinya. Ia dibincang hangat dan tegang dalam mesyuarat majlis presiden. Bagaimana pun seusai mesyuarat itu dikeluarkan satu kenyataan yang dikira meredakan keadaan apabila Mahathir dan Anwar menerima hakikat dan apa dicapai.

Semua orang mengira kenyataan Mahathir itu mematikan isu peralihan kuasa. Anwar pula menyatakan kesediaan untuk bersabar menanti bilakah tarikh dan masa penyerahan itu. Itulah asas yang menyebabkan saya menolak rancangan rampasan kuasa itu.

Saya sama sekali tidak mengira dalam usia 95 tahun, Mahathir masih bersifat macam anjing yang makan tahi tetapi tetap akan menciumnya kalaupun sudah tidak berselera lagi kerana ketiadaan gigi dan hilang rasa. Namun jelas dan nyata Mahathir tetap memiliki tabiat anjing itu, menghidu walaupun tidak makan.

Sampai ke saat ini adegan rampasan itu masih berlaku dan ditunggu apakah natijah dan akhirnya. Perampas masih berada dalam premis yang dikepong oleh orang ramai. Iya orang ramai sedang mengempong walaupun pihak keselamatan melepas tangan.

Malam tadi orang mengira peristiwa rampasan itu akan berakhir dengan sesuatu natijah. Para perampas berjanji untuk membuat sidang akhbar memberi tahu hasil rampasan itu. Pihaknya telah pun menghadap yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

Malang setelah berganjak masa beberapa kali, kenyataan dan sidang akhbar itu akhirnya ditunda dengan alasan ia memerlukan sedikit lagi masa. Semua orang kecewa, geram dan marah. Yang menanti berita kecewa, yang benci perbuatan itu geram dan kesal dengan perbuatan itu marah. Apakah rampasan itu gagal? Belum, ia masih belum berkesudahan lagi. Para perampas sedang berusaha sedaya mungkin.

Walaupun sudah ada maklumat yang mereka berjaya, tetapi kejatuhan kerajaan PH masih belum terjadi lagi. Ertinya ada keraguan dan kebimbangan dipihak perampas rancangan mereka itu dipatahkan. Kata koordinator perampas Azmin Ali, perampas tidak perlu berlengah kerana dibimbangi ia akan gagal. Tetapi soalnya kenapa ia berlarutan?

Keadaan sekarang ini terletak dan tergantung kepada Yang di-Pertuan Agong. Khabarnya Agong akan memanggil Anwar Ibrahim ke Istana untuk mendapat pandangan atau apa-apa daripadanya. Anwar tentu ada sesuatu yang hendak diperkatakan. Dan beliau juga tentu bersedia menerima apa sahaja pandangan daripada Agong berhubung perkara itu.

Apa dijangkakan Agong akan bertanya Anwar apakah beliau mempunyai sokongan cukup untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Dan kenapa Agong bersedia untuk bertemu Anwar tentu kerana Agong konfius atau ragu-ragu dengan angka yang ada di pihak perampas. Sekiranya Agong sudah yakin perampas mempunyai cukup bilangan, tidak ada sebab dan keperluan untuk Agong memanggil Anwar menghadap.

Dalam pada itu ada pendapat mengatakan sekiranya keadaan terus tegang dan kedua pihak, kerajaan PH dan perampas gagal menyakinkan Agong menurut kehendak perlembagaan, meminta agar Parlimen dibubarkan. Pembubaran parlimen ada satu tindakan yang adil dan bijak serta demokratik cara itu juga memberi kepuasan kepada rakyat.

Sekiranya perampas dianggap berjaya membentuk kerajaan, kerajaan itu nanti akan dianggap sebagai kerajaan yang haram yang lahir dari tindakan demokrasi tidak sah. Dalam demokrasi tidak ada peraturan draconian dilakukan, seperti mana halal dan haram tidak boleh disemaburkan dalam satu bekas. Ia tidak seperti diktator dan kleptokrasi yang boleh duduk sebekas bila keadaan terdesak. Tampaknya itulah yang hendak dilakukan.

Apakah Yang di-Pertuan Agong akan memberi pandangannya sendiri berpandukan perlembagaan? Situasi ini secara tidak langsung menguji dan mencabar kredibiliti Agong sebagai payung rakyat. Perlu diingat memperkenan kepada sesuatu yang dilihat batil ia boleh mencemarkan kedudukan institusi yang berdarjat dan dipanggung suci itu. Hari ini episod rampasan itu secara tidak langsung ikut sama menganggu fikiran Agong