Mencemar Maruah:




Hari ini, pada jam ini berakhir lah sudah semua teka teki apa yang akan terjadi pada posisi pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Dari berita yang masuk dari sumber yang sangat dipercayai, dikatakan usaha ini menemuinya kegagalan yang sungguh memalukan.

AMANAH, yang selama ini berdiam diri dari kemelut mengeluarkan suara garang mengherdik dengan keras DS Azmin Ali, atas usaha jahatnya untuk menumbangkan Kerajaan sedia.

Menurut sumber saya, kegagalan yang amat-amat memalukan ini adalah disebabkan Tun M sendiri yang 'menegur' kepimpinan parti BERSATU melalui mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.

Sumber saya tidak dapat disahkan kesahihan walaupun dari sumber yang dipercayai, kerana pemimpin BERSATU mengunci mulut selepas keluar mesyuarat. Sampai sekarang.

Cuma, apa yang saya boleh laporkan disini, kalau kita melihat apa yang berlaku, perkampungan pertama dibuat oleh Azmin Ali bersama sama penyokong nya di Sheraton Hotel.

Dari pagi lagi, mereka kumpulan pertama yang berbuat demikian bersama sama dengan beberapa pemimpin BERSATU. Yang paling menyakitkan hati apabila Hishamuddin Rais, seorang aktivis yang dahulunya membela Anwar Ibrahim, dilihat bersama sama dengan mereka.

Sepatutnya, mesyuarat ini dibuat senyap sepi tanpa pengetahuan, tiba tiba terbocor berita mereka ini bermesyuarat maka secara tergesa-gesa semua parti politik pakat habis bermesyuarat.

Yang tinggal adalah DAP dan AMANAH sahaja, tidak bermesyuarat, walaupun mereka tahu akan apa yang sedang berlaku, fokus mereka adalah untuk Negara lebih tinggi.

Contoh, Lim Guan Eng perlu menyediakan rancangan pakej rangsangan ekonomi dan Dr Dzulkefly Ahmad perlu memberi kan fokus kepada pencegahan penularan wabak COVID-19.

Menteri DAP dan AMANAH yang lainnya fokus untuk menguruskan negara.

Rakyat yang mangkuk ayon adalah rakyat yang tidak melihat perkara perkara ini, kerana otak mereka tepu dengan isu agama dan bangsa yang dilaungkan oleh pembangkang yang kehabisan modal.

Maka ramai diantara mereka mengucapkan "alhamdulillah, muafakat nasional akan menguasai kembali Malaysia" - "melayu dan Islam akan terbela" - bertapa sempit dan berkarat nya otak mereka.

Mereka ingat Islam ini hanya membela Melayu semata-mata. Dia tidak tahu Islam mengajar apa yang dikatakan "keadilan untuk semua".

Okay, Kita teruskan sikit tulisan ini.

Untuk apa Tun M pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong?

Baik, saya beritahu.

Team Azmin Ali memang awal awal lagi, plan untuk "menikam belakang" Tun M. Perkampungan sesudah subuh di hotel adalah susunan strategi untuk mengumpul berapa "orang yang sokong aku"

GPS dan PAS memang buat meeting serentak sebab apabila meeting Team Azmin Ali berjaya, mereka akan beritahu GPS dan PAS untuk "on green light"

Bukan itu sahaja, mereka melalui Zahid Hamidi memang telah awal awal memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, nak mengkhabarkan yang mereka telah mempunyai sokongan yang cukup untuk membubarkan kerajaan sedia ada.

Perkara ini terbocor, siapa yang bocorkan, hanya Allah SWT yang tahu, yang pasti, terbocor ke telinga Tun M dan Anwar Ibrahim.

Tun M hanya dikatakan berkata, "let me handle this" kepada Anwar Ibrahim.

Sebab itu, baik Anwar Ibrahim, atau DAP, atau AMANAH buat tak tahu tak cakap apa apa di media.

Masing masing fokus kepada negara, sebab itu Lim Kit Siang berani mempertaruhkan jawatan Ahli parlimen kalau peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Kerana mereka lebih kenal Tun M.

Anwar Ibrahim menganjurkan majlis bacaan yasin sahaja dirumahnya, ahli parlimen PKR yang bersamanya dijemput hadir.

Tanyalah kepada pemimpin BERSATU, apa yang Tun M kata pada mereka didalam mesyuarat?

Sebab itu, apabila Zahid Hamidi diberitakan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong maka Tun M terus memohon untuk sama sama menghadap yang di-Pertuan Agong.

Akhirnya cerita, keluar dari istana pukul 7 malam lebih, tiada apa apa berita. Tiada press conference, tiada maklum balas, sunyi krik krik krik.

Malu kan kena check mate dengan Tun M? Oh, APA yang Tun M Dan Zahid Hamidi cakap dihadapan YDA?

Sebab itu Shafie Apdal awal awal cakap, kami bersama Tun M, dia pun tahu kalau di cuba sailang belakang, memang "Kings" akan datang dan dia akan "Checkmate".

Bagaimana dia akan Checkmate, Wallahualam.

Yang pasti, Team Azmin Ali memang kena Checkmate kaw kaw kaw.

Rombakan kabinet akan berlaku dan Azmin Ali bersama Zuraidah akan dibuang.

Malah akan ada pemimpin BERSATU juga akan dibuang dari kabinet. Diganti dengan yang lain, mungkin dari Parti Warisan Sabah.

Jangan awal sangat mencemar maruah.

Kelak tahi terpalit ke muka.