KENYATAAN MEDIA



24 Februari 2020

PECAT PENGKHIANAT

Saya berasa begitu kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat YB Mohamed Azmin Ali yang dilihat terlibat dengan gerakan untuk merosakkan gabungan kerajaan Pakatan Harapan.

Mengambil maklum perkembangan mutakhir terdapat cubaan pintu belakang bersama pembangkang untuk menubuhkan kerajaan adalah perbuatan yang amat keji dan khianat.

Mengkhianati mandat rakyat dengan cubaan merampas pemerintahan yang ditubuhkan secara demokratik, adalah permainan politik kotor dan keji.

Pembangkang yang terlibat secara langsung seharusnya bersabar sehingga Pilihanraya Umum diadakan dan bukannya merampas kuasa dengan cara keji dan licik.

Merampas kuasa dengan jalan songsang seperti ini meletakkan mereka yang terlibat sebagai tidak bermaruah dan tiada jati diri.

Anggota Keadilan yang terlibat secara langsung dengan usaha ini telah melanggar etika parti dengan cubaan mensabotaj keharmonian parti.

Justeru itu saya menyarankan kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat untuk memecat keahlian Azmin Ali dan semua anggota Keadilan yang terlibat dalam gerakan keji ini.

Tiada maaf bagi mereka yang berkhianat dalam perjuangan dan golongan ini tidak harus diberi tempat dimana-mana.

Sekian.

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

(LIVE) Dr Mujahid: Jet Mewah, Iklan Judi, Kakitangan Awam Wakaf Gaji & T...