Umno SEMAKIN LUMPUH DI KIMANIS



Hamsina Hamzah


Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin menerima tamparan hebat hari ini.

Ini berikutan tindakan 57 ahli cawangan Umno Kampung Bandau, Membakut dalam parlimen Kimanis meninggalkan parti Umno dan menyerahkan borang menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Penyerahan borang tersebut diketuai Ketua Cawangan Umno kampung berkenaan, Razali Daud yang diserahkan kepada Calon WARISAN bagi PRK Kimanis, Karim Bujang.

Menurut Razali, sudah tiba masanya beliau dan ahli-ahli yang lain beralih arah untuk mengubah landskap kehidupan yang lebih bermakna.

Sementara itu, keputusan Ketua Cawangan Umno Kampung Bandau tersebut menyertai WARISAN mendapat sokongan padu pemimpin dan ahli-ahli lain.

Cawangan Umno Bandau yang ditubuhkan pada 1994 itu, kini terkubur selepas kesemua ahlinya kini menyertai WARISAN.

- Admin

No comments: