Hamsina Hamzah
Sedia maklum,
Ramai antara kita tahu bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana enggan disuruh menandatangani perjanjian terhadap kroni IPP-YTL.Apa kata beliau ?
“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” - Tan Sri Ani Arope.
Ketika itu kami masih ingat bermula pada jam 5:17 ptg pada 3 Ogos 1996 (24 tahun yg lalu) satu semenanjung Malaysia 'black-out' bergelap tiada elektrik selama 12 jam. Keesokan harinya baru pulih.
Insiden tersebut telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Tun M yang ketika itu adalah PM ke-4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB. Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.
IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015..
Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!
Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd dan Ekran Corp.
SEMUANYA KRONI !!
Kesemuanya IPP ni akan memberikan keuntungan berbilion-bilion ringgit !!
Manakala ketika ini pula, Portal The Malaysian Insight mendakwa melihat satu surat dari Atuk sepanjang 17 perenggan kepada Maszlee, yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana mengingkari arahan kabinet.
Hingga kini Maszlee tidak membuat sebarang penafian di atas laporan tersebut.
Arahan kabinet apa yang beliau ingkari?
Tidak jelas. Tapi menarik diperhatikan nama YTL sejak akhir-akhir ini diperkatakan ramai orang, kerana pada sidang akhbar Maszlee, beliau ada menyebut salah satu isu yang kontroversi adalah internet percuma di sekolah selain isu jawi dan sarapan percuma.
Untuk rekod, kontrak YTL Communication membekalkan internet ke sekolah melalui rangkaian 1BestariNet telah tamat pada tahun lalu.
Maszlee kemudian tidak menyambung kontrak tersebut, sebaliknya membuka kepada pesaing telekomunikasi lain seperti Telekom.
Kembali semula kepada persoalan saya tadi, kenapa kami kata Tun tak berubah?
Ingat tak ketika kempen PRU 14 sebelum ini di mana Tun berkata beliau tak ada banyak masa untuk pulihkan Malaysia kerana usianya yang sudah 90 lebih?
Sudah setahun lebih, apa yang pulih? Pasaran saham makin jahanam, pelabur asing lari..
Tun, apakah yang sebenarnya Tun mahu lakukan? Tun tak ada banyak masa nak pulihkan Malaysia atau NAK PULIHKAN KRONI ??!
RUJUKAN :
*Memoirs of Tan Sri Ani Arope*