HOSPITAL HAMPIR MUFLIS, KINI KAUT UNTUNG 2 JUTA


ZAMZURI ARDANI

Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat kerajaan negeri Melaka dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka memegang saham sebanyak 74%.
Syarikat ini mengalami kerugian terkumpul sekitar RM40 juta semasa di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Pada tahun 2017, hospital ini merekodkan kerugian sebanyak RM10 juta.
Di bawah pentadbiran baru Pakatan Harapan, Ketua Menteri Melaka melantik seorang akauntan, Mdm Chong May Lee menjadi CEO di situ. Beliau bekerja keras memulihkan keadaan bagi malakukan 'turn around'. Beliau terpaksa melakukan beberapa keputusan yang sukar bagi membersihkan pentadbiran hospital dari amalan segala macam kecurangan dan pembaziran.
Pada tahun 2018, kerugian dapat dikurang dari RM10 juta tahun sebelumnya kepada RM3 juta sahaja dalam tempoh 6 bulan pentadbiran baru mengambil alih.
Alhamdulillah, berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan amalan tatakelola perniagaan yang baik, pada tahun 2019 hospital ini mula mencatatkan keuntungan sebanyak RM 2 juta.
Tahniah Putra Specialist Hospital Melaja Sdn Bhd!

No comments: