Jika Azilah juga angkat sumpah laknat…


Image result for kit siang

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sumpah laknat siapakah yang ‘menang’ jika Azilah Hadri turut berbuat demikian bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpahnya bahawa beliau diarah oleh Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.
Soalan veteran DAP itu rentetan daripada kenyataan Najib semalam bahawa beliau akan mengangkat sumpah laknat esok di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pengakuan Azilah.
Kit Siang turut merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mencadangkan supaya Najib mengambil tindakan mahkamah untuk menepis tuduhan Azilah kerana bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu boleh disoal oleh peguam Najib.
Hanipa berkata, sumpah laknat yang akan dibuat Najib esok mempunyai nilai perundangan yang sedikit.
Kit Siang berkata, begitu juga dengan kontroversi sama ada Azila dibawa keluar dari penjara untuk bertemu VVIP yang tidak boleh dibuktikan menerusi sumpah laknat sebaliknya memerlukan siasatan rapi dan telus.
Veteran DAP juga  menafikan laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, beliau hanya terfikir adakah Najib mahu membuat langkah sama setelah ingin melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang dikaitkan kepadanya berhubung kes pembunuhan Altantuy.
Menurut beliau, sebagai bukan Islam, dirinya tidak akan mengeluarkan cabaran sedemikian.
“Saya tidak mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat sumpah laknat menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) bahawa dia adalah penerima daripada sogokan dari bon yang dibangkitkan oleh bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner untuk 1MDB dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar.
“Dalam kenyataan saya pada pagi ini, saya tertanya-tanya sama ada ini yang akan dilakukan oleh Najib jika dia membuat keputusan untuk mengambil laluan sumpah laknat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang mengulas mengenai laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1MDB.
“Adakah Najib akan membuat sumpah laknat untuk menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).
“[..] bahawa dia adalah penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar?” katanya memetik laporan Malaysiakini, hari ini.
Najib berkata beliau sanggup bersumpah laknat untuk menafikan dakwaan mengarahkan Altantuya dibunuh pada 2006 ketika menjadi timbalan perdana menteri.
Akuan bersumpah (SD) Azilah yang sedang menanti hukuman gantung didedahkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya.
Dokumen yang disertakan dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati. 


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Bicara Tokoh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim | 10 April 2021