Buat sekali sumpah laknat isu 1MDB – Akmal


Image result for akhmal nasir


KUALA LUMPUR – Selain membuat sumpah laknat berkenaan tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, Datuk Seri Najib Razak diminta membuat perkara yang sama berkaitan 1MDB.
Cadangan berbentuk sindiran itu dibuat oleh Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir.
“Tapi alang-alang Najib Razak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.
“Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak…,” ciap Ahli Parlimen Johor Bahru itu di Twitter hari ini.
Sebelum itu, Najib menyatakan hasrat ingin melakukan sumpah laknat Jumaat ini ekoran akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri yang mendakwanya mengarahkan pembunuhan Altantuya.
Ekoran SD Azilah mahkamah sudah menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas itu kepada Najib.

No comments: