82 ANAK ORANG ASAL DIRAIKAN JINGGA 13 DAN YB FAUZIAH

82 anak-anak Orang Asli daripada 200 orang anak asnaf terima sumbangan barang persekolahan Ceria Ke Sekolah TNB/BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia di Felda Sg Koyan 1 , Cameron Highland

Usai Program Ceria Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan 
Janda Baik , Pahang , penyampaian program Ceria Ke 
Sekolah TNB/BBC
 bersama Jingga13  Pahang/Malaysia diteruskan pula di 
Parlimen Cameron Highland , jam 300 petang bertempat 
di Dewan Serbaguna JKKK
 Felda Sg Koyan 1, Cameron Highland , Pahang .

Program Ceria Ke Sekolah TNB/ BBC bersama Jingga13 Pahang/Malaysia dihadiri 
oleh YBhg Profesor Rasid Muhamad (Pegawai Khas 
YB Fuziah Salleh, Timbalan 
Menteri Jabatan Perdana Menteri ) , Puan Hajah
 Huzaifah Bt Ahmad Nasir , 
Pengurus Perkhidmatan Pelangan TNB Negeri Pahang ,
 Sdr Amizudin Ahmat , 
Pengarah BKS Jingga13 Malaysia , Sdr Khairudin
 Kordinator Jingga13 Negeri 
Sembilan dan Sdr Razali , Timbalan Koordinator Jingga13
 Pahang .



No comments: