Saya berkesempatan bertemu dengan Syeikh 'Ali Muhyiddin Al Qarah Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang berkunjung ke pejabat petang ini.
Perbincangan antara lain menyentuh soal pembangunan zakat, kewangan dan perbankan Islam serta hal ehwal umat di peringkat global.
Selain menghadiahkan kitab-kitab karya terbaru beliau, Syeikh turut menyampaikan salam takzim dari mantan Pengerusi Kesatuan Ulama iaitu Syeikh Yusuf Al Qaradhawi.