Jika tunggu APEC PH akan hancur sebelum sepenggal KENAPA TUN TOLAK ANWAR? SIRI 2



#Penulis yang tidak dikenalpasti


Akhirnya kesemua mereka hilang jawatan dan kemungkinan besar akan didakwa. Pemimpin PH kerana  berani bersatu hati memaklumkan kepada Mahathir jawatan PM mesti diserahkan kepada Anwar.

Ya semua orang tahu Tun Mahathir terkenal dengan keegoannya. Tetapi jika semua bersatu hati, Tun pun tidak mampu buat apa-apa. Sebab corak politik Tun pecah dan menang. Tun cuba porak perandakan PH dan UMNO. Tapi jika semua bersatu hati. Tun terpaksa menyerah.

Kenapa Anwar sendiri nampak seperti tidak ambil peduli walaupun jelas Tun memang cuba menghalang beliau?

NL: Semua maklum Anwar tahap kesabaran tahap dewa Berserah pada Allah. Lagipun Anwar tak kata apa-apa pun musuhnya sudah katakan Anwar gelojoh mahu menjadi PM. Walaupun sudah 20 tahun Anwar menunggu.

Kerana Tun seperti kata Nurul Izzah, musnah keluarga Anwar Ibrahim. Aku melihat sendiri Anwar dibawa keluar dari penjara menziarahi jenazah ahli keluarganya. Jenazah ibu, abang, bapa, Anwar hanya dapat meratapinya buat seketika sebelum dicampak semula ke penjara.

Jika kita diuji begitu adakah kita akan memaafkan Tun. Kita baru pasal tanah seekar sahaja bergaduh adik beradik tak bertegur sapa sampai mati.... sebab itulah yang mengenali Anwar berkata Anwar penyabar tahap dewa.

Apa yg membuatkan Anwar sebagai pilihan?

NL: Idealism...Sejak zaman di Univerisiti Anwar perjuangkan nasib rakyat. Anwar jika bicara pasti menyentuh soal rakyat teramai. Dia tak fikir langsung untuk mengkayakan anak-anaknya.

Walaupun menjadi Menteri Kewangan 8 tahun, dia tak ambil apa kesempatan. Malah unutk dirinya seinci tanah pun dia tidak curi. Berbeza dengan anak Tun yang bergelar billionair dan millionair.

Aku tertarik dengan corak pemikiran dan kesungguhannya memikirkan soal rakyat. Aku mahu lihat janji-janji Anwar. Aku yakin dia mampu. Tahu tak sebab apa Tun bawa Azmin pergi Qatar.

Sebab mereka tahu saudagar-saudagar Qatar ramai yang ingin melabur berpuluh billion bila Anwar menjadi PM. Ini fakta dari dari orang terapat dengan Anwar sendiri ketika lawatan TPM ke sana. Mereka hanya menunggu Anwar menjadi PM.

Tapi ramai juga yang mahukan Tun terus menjadi PM sepenggal.

NL: Ramai? Yang aku tahu Azmin, Hishamuddin, Zuraida dan Hadi Awang sahaja. Tan Sri Muhyiddin, DS Zahid Hamidi, DS Wan Azizah, Mat Sabu, dan Lim Guang Eng tak pernah pertahankan Tun untuk bergelar PM hingga sepenggal.

Kenapa Azmin, Hishamuddin, Zuraida, Hadi Awang saja yang mahu Tun sepenggal? Muhkriz kita tolak tepi. Itu sebab kita mesti jadi masyarakat berfikir.

Azmin sebenarnya sudah terjerat dgn agenda Tun. Nak uturn bimbang sebab dia ada video yg bila2 masa Tun boleh arahkan untuk disiasat. Jadi mereka yang pertahankan Tun untuk sepenggal ini semuanya  minta nyawa. Bimbang rahsia atau hukuman. Itu saja matematiknya.

Kenapa lebih percayakan Anwar?

NL: Aku bukan percaya sesiapun. Tambah-tambah orang politik. Tapi aku lebih percaya Anwar dan keluarganya.

Apabila anak-anak Anwar menolak pemohonan maaf Tun yang telah merosakkan keluarga mereka yang terpaksa berpisah dengan ayah bertahun lamanya... kita tahu betapa penderitaan yang dilalui keluarga ini.

Tapi Anwar walaupun masih dibicarakan... memohon anak-anaknya memaafkan Tun Mahathir. Nampak Anwar jauh berjiwa besar sedangkan Tun orang yang menyiksa Anwar dan seluruh keluarganya tidak pernah memohon maaf kepada keluarga ini.

Selain itu dari segi kepercayaan. Bila Tun tidak berubah selepas 20 tahun... aku percaya lagi kepadanya. Tun seperti peribahasa seperti melepaskan anjing tersepit. Lepas Pakatan Harapan menerima Tun dan partinya untuk duduk dalam satu barisan, dia sendiri ingin menjatuhkan Anwar dan Pakatan Harapan.

Kenapa tidak percayakan Tun?

NL: Siapa kata Tun atau persefahaman 2 tahun saja Tun Mahathir menjadi PM. Sila tengok video tu. Tun sendiri mengaku dia akn jadi PM utk 2 tahun sahaja. Bila dia kata sekejap tunggu keadaan ok, lepas APEC itu semua strategi buy time untuk memerangkap Anwar.

Tun mesti sedar dia dahulu dilantik menjadi PM hanyalah PM sementara. Itulah yang dilafazkan oleh pemimpin PH dahulu. Tun tidak layak untuk menentukan bila dia mahu bersara... tetapi Majlis Presiden yang melantiknya lah yang layak menentukan bila Tun wajib bersara.

Ada peluang puak yang dikenali 'kartel' mereka ke pangkal jalan?

NL: Tak tahu sebab Anwar ni pemaaf. Kadang-kadang aku pun naik geram dengan sifat pemaaf tahap dewa Anwar ni. Tapi aku rasa baik buang sahaja salah seorang. Aku pilih Zuraida untuk dibuang. Sebab dia ini pejuang separuh jalan dan pejuang lupa diri. Bagi aku tak layak dipanggil pejuang.

Dia bukan pemimpin era kepayahan Anwar Ibrahim. Masa masuk PKR ke sana sini bawa pegang kain rentang nama Anwar Ibrahim... bila ada jawatan orang itulah juga hendak dijatuhkan.

Dari segi agama salah, dari segi moral salah, dari segi hormat kepada ketua tiada... itu semua budaya negatif yang tidak perlu ada dalam PH. Aku harap PKR buang Zuraida.

Jujur aku kata walau apa sekalipun alasan puak kartel ini aku benar-benar memerangi mereka ini. Bagi aku mereka ini lebih jahat dari anjing tersepit.

Seperti kata Hamdan Taha mengenai Saifuddin dan Kamaruddin Jaafar... keduanya materialistik. Ya kebannyakkan mereka di kartel ini kerana jawatan diberi dan projek.

Bijaknya Tun dia beri Azmin pilihan siapa yang ingin diangkat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Supaya mudah mereka ini mengikut apa saja kata Azmin. Aku nak beritahu satu je.... jika kita semua panjang umur... andai Tun Mahathir sudah tiada atau kerajaan PH ini hancur hingga kembali kepada BN... semua geng kartel ini akan melarikan diri. Azmin dan Zuraida akan keseorangan.

Geng  Kartel ini hanya menghidupkan style kerajaan lama. Yang kaya bertambah kaya. Pemimpin sibuk mencuri duit rakyat. Itu bukan Malaysia baru yang diinginkan.