10,000 rakyat Sulu sertai pertempuran di Sabah, dakwa pegawai MNLF

10,000 rakyat Sulu sertai pertempuran di Sabah, dakwa pegawai MNLF

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 05, 2013
Penyokong Sultan Sulu, Jamalul Kiram III memegang sebuah poster semasa protes di hadapan Masjid Biru di Taguig, Filipina pada 1 Mac 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.


Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.



Namun Inquirer turut melaporkan penafian berkenaan pergerakan tersebut daripada Ketua Angkatan Tentera Mindanao Barat Lt. Gen, Rey Ardo, dan juga pemangku Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Mujib Hataman.

Kedua-dua pemimpin itu berkata mereka tidak pasti berkenaan perkara itu.

Jelas Mudjahab, bagaimanapun, 10,000 Tausug daripada Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah meninggalkan Filipina sejak malam tadi dalam menggunakan bot pancung melalui “pintu belakang selatan.” - laluan yang menjadi laluan pelayar.

Pegawai rasmi MNLF berkata halangan tentera laut juga tidak akan berkesan kerana mereka tidak biasa dengan perairan tersebut dan boleh melepasinya tanpa rasa curiga.


“Ia soal maruah dan harga diri, dan orang-orang kami sedia untuk berkorban,” tambahnya.
Awal hari ini, pemimpin MNLF,  Nur Misuari menafikan penglibatan dalam ketegangan di Sabah dalam satu sidang media, yang masih berterusan.