Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara

 

 

 

Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara

KUALA LUMPUR 5 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui gagal menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Pengakuan itu terkandung dalam kenyataan beliau yang disiar beberapa portal berita pagi ini.
Ia khusus berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah hingga berlaku pertumpahan darah dan kematian anggota keselamatan negara.


najib-pening“Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh,” kata Najib dipetik.

Sebelum ini, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal bagaimana pencerobohan di Lahad Datu berlarutan hingga dua minggu tanpa tindakan serius Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri.

“Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu.

“Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi dan kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?” soal Azmin.

Semalam, Pakatan Rakyat syorkan supaya sidang meja bulat diadakan bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara.

Pakatan juga mahu sidang Parlimen khas diadakan berhubung tragedi pencerobohan itu.
Pada 1 Mac lalu, satu pertempuran antara anggota keselamatan dan penceroboh di Lahad Datu telah berlaku sehingga mengorbankan dua anggota keselamatan.

Seramai 100 penceroboh dianggar berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan polis menyatakan kumpulan itu juga menyusup ke dua kampung di Kunak yang terletak di antara Semporna dan Lahad Datu.

Dalam kenyataannya, Najib berkata, tentera Malaysia melakukan serangan pagi ini.
Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu  jam 7 pagi tadi  hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.


Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan berkenaan.


Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46449