Suruhanjaya Pilihanraya dikesan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain di Selangor yang disyaki bertujuan untuk menambah undi Barisan Nasional bagi merampas kembali negeri ini pada pilihanraya umum akan datang.
Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Samad berkata di DUN Cempaka sahaja, bilangan pengundi baru di dapati naik secara mendadak pada suku pertama tahun ini tanpa alasan munasabah. Iskandaar adalah ADUN kawasan itu.
Siasatan mendapati SPR telah memindahkan pengundi dari kawasan Teratai ke Cempaka.
Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno, kata beliau di sidang akhbar sebentar tadi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Perdana Menteri Najib Razak akan mengadakan pilihanraya umum pada bulan Julai, berasaskan perkembangan politik semasa.
Ini termasuk usaha Umno memperhebatkan kempen mengaibkan Anwar dan keluarganya dengan menggunakan video seks fitnah dan perlawaan Najib kepada PAS untuk menyokong Umno-BN.
Pada masa sama MCA pula memberi kata dua kepada pengundi Cina supaya menyokong parti itu jika tidak mahu menghakis perwakilan kaum itu dalam kerajaan sekiranya BN terus menerajui Malaysia.
(Berita Penuh menyusul)