NEGARA MAJU TAK BAZIR DUIT RAKYAT ....






Jimadie Shah Othman | Okt 22, 10 1:16PM
NONE Awang Adek berkata penyediaan projek besar, termasuk pembinaan bangunan pencakar langit penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi tinggi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.



Inilah pandangan yang di kemukakan oleh para pecacai Umno.Bukan sahaja mereka tidak merasa malu dengan lambakan ruang pejabat di KLCC, malahan dengan kadar sewa yang tingi, tidak ada siapa yang mahu meyewa di situ.Belum ada angka yang menunjukkan ruang sehingga ke tingkat 88 sekali pun di penuhi oleh pelabur luar.

Kononnya dengan ruang kelas pertama menarik pelabur, ianya dilihat bahwa para pemimpin Umno ini seolah-olah melihat rakyat bodoh belaka untuk menilai bahawa dengan kemerosotan FDI sehinga 81%, ruang pejabat mana yang akan di sewa oleh para pelabur??


Sering dilihatkan UAE sebuah Negara yang kaya-raya dengan petroleum - sebab itulah mereka mampu untuk membina menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melepasi jangkauan 800 meter setinggi 160 tingkat. Burj Khalifa juga kini memegang rekod baru dengan mempunyai struktur tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh kepala tiang KVLY-TV di Blanchard, Dakota Utara dan juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia yang sebelum ini disandang oleh Menara CN Toronto. Kini Menara Berkembar Petronas jatuh ke tangga ke 4.

Ruang kelas pertama sahaja tidak menjadi kayu ukuran bagi menarik pelabur, namun sistem yang lebih telus, bebas rasuah,kes Anwar, kekurangan insentif pelaburan untuk menarik pelabur luar negara. Jika negara maju dengan pendapatan rakyatnya kecil, maka ianya tidak boleh di panggil negara maju, tetapi bayangan negara maju yang rakyatnya miskin didalamnya.

Jika kita merujuk dokumen RMK10 muka surat 174 ada disentuh sedikit tentang Pembangunan Kg Baru dimana menyebut "Dalam tempoh Rancangan iaitu antara 2011-2015 satu projek khas akan dilaksanakan iaitu Pembaharuan Kg Baru. Kerajaan akan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kg Baru untuk bekerjasama dengan penduduk Kg Baru bagi membangunkan satu model perniagaan yang mana hasil daripada pembangunan semula tanah tersebut akan dikongsikan secara saksama". Seterusnya disebut "Skim pembiayaan yang inovatif akan diwujudkan bagi membolehkan penduduk sedia ada membeli unit kediaman di kawasan yang dibangunkan semula".

Adalah bohong jika dikatakan negara maju dimana rakyatnya menentang membina bangunan,malah beberapa negara eropah, Sweden,Jerman dan lain negara eropah tidak membina bangunan tinggi atas alasan kos dan juga keselamatan.

Bangunkan tanah kerajaan dahulu di Kg Baru