ALASAN YANG AGAK LOGIK???

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbea.

BERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPU MEMILIKI KERETA MEWAH.ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMAKAI KERETA MEWAH??

Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah. lanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

KERAJAAN SEHARUSNYA MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG KAWALAN YANG LEBIH KETAT DEMI KEPENTINGAN RAKYAT. NAMUN KERAJAAN BEGITU SIBUK DAN CEPAT MENGHARAMKAN AKTIVITI MELARANG PENERBITAN AKHBAR.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram in

USAHA PATUT DIJALANKAN IAITU DENGAN MENDIDIK MASYARAKAT DAN BUKANNYA MENGHUKUM TABIAT MASYARAKAT DAN RAKYAT.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.i.

KERAJAAN MUNGKIN JIMAT TETAPI IANYA TETAP MEMBEBANKAN RAKYAT DENGAN PENDAPATAN YANG TETAP TIDAK MENINGKAT.DAN ALASAN SEJAK ZAMAN BERZAMAN INI DIDENGARI SEJAK AKU KECIL LAGI.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

URUSAN KEWANGAN KERAJAN TERLALU BANYAK YANG BOCOR KERANA MASALAH KETIRISAN DALAM PENTADBIRAN,PKFZ,PEMBELIAN KEPALTERBANG,PERBELANJAAN YANG PERLU LEBIH BERHEMAH..

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

APA PUN SEMUA KENA..DAN YANG PASTINYA RAKYAT TETAP MERASAI KENAIKAN HARGA BARANG UTAMA INI.