TIDAK PERLU UMNO DAN PAS DUDUK SEMEJA

APABILA DIRASAI LEMAH UMNO MULA GELABAH


UMNO, Pas perlu duduk semeja - Hishammuddin




Umno dan PAS ti dak perlu untuk duduk semeja dalam membincangkan isu-isu penyatuan kaum atau Melayu.Ini adalah kerana PAS sekarang sudah tidak perlu lagi bergantung kepada Umno dan begitu juga Umno tidak bergantung kepada PAS.Apa isu yang boleh di bincangkan bersama selain dari agama?

Matlamat utama PAS ialah bukan menyatukan bangsa Melayu, tetapi menyatukan agam sebagai Ad Din atau matlamat bagi membentuk masyarakat berbilang kaum menjadi masyarakat yang bersatu berlandaskan agama masing-masing dan islam sebagai Tunjang utama.

Untuk nak membincangkan penyatuan Melayu rasanya elok sahaja menjemput Perkasa membantu Umno dalam menjayakan matlamat Umno kekal berkuasa. Sejak akhir-akhir ini isu kerajaan perpaduan cuba di bangkitkan kembali atas alasan penyatuan Melayu.

Sebenarnya Umno dalam keadaan lemah. Umno tidak dapatmenyangkal akan keadaan ii kerana belum tentu kerajaan negeri Johor akan kekal di tangan Umno. Malah dalam kajian soalselidik yang di lakukan badan khas Pakatan Rakyat , berkemungkinan negeri Johor yang juga Umno akui punya kekuatan yang teguh , bakal menyaksikan penambahan kerusi buat Pakatan Rakyat jika kena cara berkempennya.Mungkin belum sampai tahap mengambil alih seperti di Perak,Kedah, Pualau Pinang ,Selangor, dan Wilayah Persekutuan, namun ramai beranggapan dalam pilihanraya nanti Negeri sembilan,Terengganu, dan juga Sabah serta kawasan lainya menambahkan kerusi Pakatan dan membentuk kerajaan baru.


Ini sebenarnya yang merisaukan Umno. Mursidul am Pas Tuan Guru Dato Nik Aziz mengeluarkan semula kenyataan akhabar kerana adanya ura-ura rundingan akan juga berlansung atau sedang membuatpercaturan. Mungkin ia dan mungkin juga tidak.Kalau Umno mengeluarkan kenyataan , mungkin ada yang menjolok.Namun harus diingatkan bahawa jika tidak adanya angin kenapa pokok masih bergoyang.

PUTRAJAYA 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menolak sebarang dakwaan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa mencari rakan baru termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pas. ... Berita Penuh




Sebenarnya jika betul sebagaimana yang dikatakan Najib mengenai kekuatan Umno, maka kita semua maklum ianya adalah di sebaliknya. Umno masih risau, begitu juga Tun Mahathir dan Tun Daim risau mengenai pentadbiran Dato Najib menguruskan negara. Maka kerana itulah Umno memerlukan tongkat untuk dipijak.

Penyokong Pas juga memahami keadaan ini. Tidak mungkin penyokong Pas mengikut segelintir pimpinan yang masih juga inginkan kepada kerajaan perpaduan ini.Mungkin para penyokong boleh meyiasat perkara ini dengan lebih dekat dan perhatikan perkembangannya.

Sdr Mat Sabu selalu memperingatkan dalam ceramah beliau bahawa jangan lupa akan cerita tentang buaya dengan kancil atau kisah anjing tersepit. Apabila di tolong, kemudiannya mengigit kembali. Itu lah perumpamaan yang di ucapkan oleh Mat Sabu dalam memperingatkan bahawa Umno ini tidak pernah mengenal kawan dan rakan hatta sahabat sekalipun.

Baru-baru ini saya ada memberikan sedikit maklumat bahawa diantara yang perlu di "hapuskan" ialah DSAI,Khairy Jamaluddin dan juga Husam Musa supaya pelakon-pelakon yang di luar sana jangan sesekali mengambil pendekatan bahawa kononnya akan ada penyatuan antara PAS dan Umno. PAS adalah parti besar bagi orang Melayu, dan bukan lagi Umno.

Isyarat gelombang penyatuan - Pemuda

Khairy timbang lepaskan jawatan Ketua Pemuda tahun depan

KUALA LUMPUR 15 Julai — Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan ... Read M
KENYATAAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu’alam.

YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.