PERBICARAAN DI LAKUKAN SECARA TERTUTUP

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi ini secara tertutup.

Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan saksi pertama menyambung keterangannya pagi ini.

Sebahagian sesi perbicaraan petang semalam juga diadakan secara tertutup atas permintaan peguam Anwar.

Semalam Mahkamah Tinggi yang memulakan perbicaraan kes liwat Anwar, digemparkan dengan dakwaan mangsa Saiful bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

No comments: