MUNGKIN TAK MAKAN MELEPAS DAN LAIN-LAIN GAMAKNYA

Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur sebelum ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan. Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.



Tetapi anehnya, semalam pihak pendakwaan menyatakan mereka akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful. Peguam pembela sepatutnya boleh mempersoalkan mengenai kewujudan spesimen berkenaan di dubur Saiful sedangkan laporan hospital mengesahkan tidak diliwat. Apakah tidak mungkin spesimen itu boleh saja dimasukkan selepas Saiful menjalani pemeriksaan doktor?.

No comments: