VIDEO-KOTORNYA MAINAN UTUSAN- ANWAR BUAT LAPORAN POLIS

MEMALUKAN UNTUK KANAK -KANAK KECIL DENGAN BERITA SEBEGINI. MEMANG AKHBAR INI MEMBUATKAN IBUBAPA MERASA BERSALAH UNTUK MENERANGKAN KEPADA KANAK KECIL AKAN TAJUK SEBEGINI.MUJURLAH IANYA DI TAHAP TIDAK LAGI LAKU DI KALANGAN ORANG MELAYU.NAMUN DI KAWASAN PEDALAMAN IANYA TETAP MENJADIKAN AANK-KANAK KAMPUNG MENGENALI APA ITU LIWAT.
Fitnah Anwar II : Utusan Malaysia Seleweng Berita - Karpal
Thursday, 04 February 2010 3:32 PM
Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 3 petang tadi Peguam Karpal Singh berhujah dalam perbicaraan dan menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman satu dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi' yang didakwa beliau menyeleweng.
Beliau juga menyatakan akhbar itu perlu dikenakan tidakan kerana menghina mahkamah.
Pada jam 3.10 petang pula, Pendakwa Yusuf Zainal Abiden pula menyatakan tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan dengan Perdana Menteri (PM) kerana beliau ialah Presiden umno.
Mahkamah pada jam 3.15 petang kemudiannya berhenti selama 5 minit untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal untuk mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan kerana menghina mahkamah.
KUALA LUMPUR : Kira-kira jam 3 petang tadi sessi perbicaraan Anwar agak tegang apabila Peguam Karpal Singh berhujah menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman satu dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi' yang didakwa beliau menyeleweng.
Karpal menuntut akhbar itu dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana kes berkenaan masih berjalan.

No comments: