Lembaga disipilin dijangka gantung 3 tahun keahlian calon MT terlibat politik wang


Tuesday, 17 March 2009 • Kategori: Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya


KUALA LUMPUR 17 Mac (SK): Tiga orang calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dikatakan terbabait dalam rasuah politik wang ialah tersebut ialah Naib Presiden Umno - Muhyiddin Yasin dan Mohd Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd Taib.
Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar dan dijangka mengumumkan hasil siasatan lembaga itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.



Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan tersebut.


Sebahagian calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada sesi suai kenal bersama perwakilan Selangor di Shah Alam semalam kelihatan resah dengan masing-masing tersenyum yang di buat-buat apabila jurugambar merakam gambar mereka di dalam majlis tersebut.
Ali Rustam yang juga Naib Presiden itu juga enggan menjawab sama ada menerima surat daripada Lembaga Disiplin.


“Anda kena tanya Lembaga Disiplin,” katanya kepada wartawan malam tadi.
Terdahulu, bercakap di lobi Parlimen pagi semalam, Ketua Penerangan Umno Muhammad Muhamad Taib mencadangkan Lembaga Disiplin Umno supaya mengumumkan nama calon yang dikaitkan dengan politik wang sebelum bermulanya pemilihan Umno.


Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar ‘SMS alert’ hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.


Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.
Muhd Taib yang ditemui selepas majlis tersebut, menjawab ringkas: “Tak tahu belum diumum secara rasmi.”


Muhyiddin pula enggan mengulas mengenai perkara itu.


Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.
Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.


Muhyiddin merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Muhd Taib adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Ali adalah Ketua Menteri Melaka.