PERSIAPAN JENTERA PILIHANRAYA BUKIT SELAMBAU DITAHAP MAKSIMUM-DATO RASHID BIN DIN









Baru-baru ini team WRLR berkesempatan menemuabual penasihat bagi pilihanraya kecil Bukit Selambau merangkap pemangku ketua bahagian Merbok dan juga merupakan ahli parlimen bagi Merbok iaitu Dato Rashid bin Din.Suara keadilan sempat menemubual beliau mengenai persiapan jentera pilihanraya ,kempen,perang psikologi,persiapan jentera JDM,ceramah kelompok,dan sebagainya lagi bagi menentang calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau.

WRLR: Bagaimanakah persiapan dan operasi bagi menghadapi BN dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau ini memandangkan BN juga telah mula berkempen.

Dato Rashid; Mengenai persiapan yang dibuat PKR di kawasan Merbok ini dan khasnya di Bukit Selambau ini, saya dapati ianya cukup tersusun.Kami baru sahaja selesai memberi taklimat terakhir kepada semua JDM dan juga kempen ini juga sebenarnya telah berjalan sejak 3 minggu dulu lagi.Kita telah berbincang dengan rakan dalam Pakatan Rakyat termasuk PAS dan juga DAP dalam menghadapi Barisan Nasional dalam pilihanraya ini.


WRLR :di Bukit Selambau ini PKR telah meletakkan calon India di kawasan ini dan bagaimana penerimaan kaum-kaum yang lain terhadap calon ini terutamanya kaum Melayu.


Dato Rashid;Mengenai calon kita telah mengentahui bhawasanya MB dan juga ketua umum sendiri bersetuju dan mahukan seorang India juga yang mewakili kaum india di negeri ini, dan tarafnya ialah sudah tentulah calon tadi akan di lantik sebagai calon EXCO dalam kerajaan negeri. Maka kerana itu, kita telah melakukan saringan yang cukup ketat sekali agar peristiwa yang berlaku seperti di Perak tidak akan terjadi di Kedah.Selain itu tapisan ini juga merangkumi seorang yang ada lulusan sekurang-kurangnya ijazah dan juga kental dalam perjuangan, dan kita telah senarai pendek 3 calon dan menunggu dari ketua umum untuk diumumkan nanti.



WRLR: memandangkan Merbuk ini ada hanya 2 Adun sahaja iatu Bukit Selambau dan juga Tanjung Dawai,dan majority sekitar 3600 bagi parlimen Merbok dianggap agak kecil dan bagaimanakah harapan untuk menang dan adakah undi kali ini akan memihak kepada calon Pakatan Rakyat.






Dato Rashid: Memanglah dalam pilihanraya yang lepas bagi dun Bukit Selambau kita memenangi undi lebihan sebanyak 2700 , namun kita juga harus ingat bahawa dalam masa yang sama undi rosak adalah sebanyak 1700 undi dan ini akan kita atasi pada kali ini dan kita juga tahu mungkin akan ada calon bebas pada kali ini yang akan turut bertanding, malahan mungkin lebih dari dulu.Namun kita telah menjalankan ceramah kelompok dan menyebarkan maklumat terkini kepada masyarakat setempat.Manakala Kerajaan negeri pula mengeluarkan bulletin setiap bulan bagi menerangkan kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan negeri kepada rakyat bagi menangkis serangan dari Bn yang mengguakan semua media bagi memburukkan pimpinan kerajaan negeri kedah ini.Kita harap rakyat sendiri pun telah memahami situasi ini dan kita juga mempunyai target tertentu dan sasaran kepada masyarakat yang telah dikenal pasti.


WRLR : Apakah bentuk kerjasama yang diharapkan dari komponen dalam pakatan Rakyat dan berapa JDM yang telah dikenalpasti,dan bagaimanakah persiapan JDM sendiri.


Dato Rashid: Kita mempunyai 22 JDM dan dalam 22 JDM ini kita bekerjasama dengan parti komponen PAS dan DAP.Namun kali ini kita tidak hanya menumpukan kepada kaum tertentu sahaja .Kita bergerak di serata kawasan.misalnya kawasan PAS ada wakil DAP masuk dan kawasan DAP ada wakil PAS masuk begitu juga sebaliknya bagi menerangkan dasar-dasar dalam Pakatan Rakyat.Dengan cara ini kita tidak membataskan satu-satu kaum dalam menghadapi kempen dan serangan dari Bn.Bagi JDM pula,mereka ini akan dibekalkan dengan risalah penerangan yang secukupnya dan telah pun berjalan,kerana kita tidak punya TV.Ceramah berjalan sepanjang masa.


WRLR: Bagaimana dengan persiapan tempat,logistik kepada penyokong dari luar, dan apakah kelebihan bagi Pakatan Rakyat memandangkan Umno sibuk dengan pemilihan parti mereka?

Dato Rashid: Semuanya kita telah letakkan di tempat-tempat yang telah kita kenal pasti, dan kita tidak mahu mendabik dada menyatakan kita telah siap sedia 100%.Jentera kita efisyen dan semuanya dalam keadaan yang terbaik.Umno juga telah menjalankan gerak kerja ,namun kita ada sedikit kelebihan kerana kita boleh menumpukan perhatian yang jitu dalam menghadapi semua perkembangan di tempat kita sepanjang kempen berjalan.


WRLR:Apakah isu penting untuk BN ketengahkan kali ini.

Dato Rashid: Isu bagi kerajaan negeri sehingga kini rasanya tak ada kecuali di manipulasikan.Namun kita juga punya strategi bagi menangkis semua serangan ini memandangkan kita ada kerajaan negeri. Kita punya rekod dan kita punya bukti jika Bn menggunakan cara-cara yang tidak beretika dan sehingga kini ceramah-ceramah kita banyak di kunjungi dan orang ramai sekarang sudah bijak memilih dan tahu isu.Maka kerana tu kerja kita agak mudah bila rakyat telah memahami isu.Apa yang saya rasa Bn akan menghadapi tekanan bagi melakukan sesuatu kerana Umno ,Mic dan MCa juga ada masalah yang tersendiri dan lebih buruk lagi, dan saya rasa Bukit Selambau akan tetap berada di tangan kita kerana masyarakat memahami isu semasa.


WRLR ;Apa harapan pada pilihanraya kecil Bukit Selambau ini.

Dato Rashid: Harapan tu memanglah agar Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dan Pakatan Rakyat mendapat calon dari kaum India ini akan dilantik menjadi EXCO.Ini kaum India sendiri perlu sedar kerana tarafnya adalah untuk menjaga kebaikan kaum India dan sebagai parti Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Kedah kebaikan untuk kaum India lebih besar berbanding dengan calon Bn,dan saya kira kaum India faham situasi ini dan sudah tentulah ianya akan memanfaatkan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri Kedah yang berbilang kaum, dan kita punya keyakinan rakyat Kedah bijak dalam membuat pilihan.