FOKUS PADA EKONOMI BUKAN MEMBEBANKAN RAKYAT DAN RASUAH











UCAPAN DSAI DI MAJLIS ULANG TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PULAU PINANG

Dalam ucapan brsempena dengan ulangtahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada 15 Mac baru-baru ini,Dato seri Anwar telah menyampaikan ucapan dimana beliau menjelaskan bagaimana pengurusan ekonomi haruslah menekankan kepada kebajikan rakyat dalam merencana sistem ekonomi yang merudum, dan bagaimana pimpinan yang harus menekankan kepada pengurusan sistem yang baik dan kerajaan yang telus dalam membantu rakyat .

“Apa yang harus ditumpukan ialah pembaikan ekonomi yang harus di pacu,program harus di tingkatkan keberkesanan harus ada,ekonomi harus menongkat agar rakyat dapat menikmati hasil kerja kuat pimpinan kerajaan yang memerintah dan bukannya kebocoran akibat rasuah ” ujar Anwar.

Beliau yang pulang dari London atas jemputan AlGore membincangkan tentang kesan ekonomi global dan pakej ransangan ekonomi Al Gore dan kebanyakkan pakar ekonomi banyak yang senang dengan angka.

Apa yang menjadi masalah ialah kerakusan peminpin yang tidak menekankan kepada nilai-nilai etika budaya dan bukannya mementingkan rasuah.Jika terlalu tamak haloba dan menggunakan dana luar misalnya menggunakan tabung haji dan kwsp dan menggunakan tabung rakyat bagi menampung ekonomi,maka kepincangan tanpa membincangkan baik buruk.

“Asal sahaja ekonomi berkembang baik,pertimbangan lain diketepikan iaitu tamak haloba dan menggunakan dana rakyat, kwsp dan tabung haji dantidak memikirkan wang itu adalah amanah dari rakyat dan tidak memikirkan kesan terhadap negara dan rakyat”


Sebab itu perbincangan dalam Pakatan Rakyat ialah menekankan kepada sistem yang perlu kepada perubahan, bagaimana yang dilakukan oleh Obama walau bukan sempurna tetapi melakukan bebreapa perubahan dalam membantu syarikat yang rugi ,ekonomi jatuh bgitu besar sekali namun pimpinan kerajaan masih alpa.

“saya telah terangkan setahun yang lalu,namun Dato Najib baru tahu bahawa ekonomi teruk”demikian jelas Anwar lagi.





“Dalam satu dunia membayangkan masalah, namun pimpinan masih menyatakan ekonomi masih baik.Apa angka yang sebenar tentang unjuran ekonomi , maka pakar ekonomi menekankan kepada pengurusan kewangan yang lebih baik dan telus .Namun pimpinan kerajaan negara menafikannya . Masaalah sekarang bukan kita tak boleh kerjasama , namun usahasama ini dianggp terlalu lewat .Kita telah lama jelaskan kepada kerajaan . Kalau benar nak gunakan pakej ransangan, gunakan dengan cara yang baik.Masalah utama ialah pengurusan kerajaan yang baik harus ada tetapi jadi sebaliknya.”,demikian jelas Anwar lagi.

“Kalau nak bagi kontrak,tengok dulu siapa yang dapat . tender rudingan bawah meja dan siapa yang dapat projek .Projek 1 billion dinaikkan jadi 1.5 billion untuk mengkayakan kroni dan bukan rakyat.Lihat bagaimana tol di tangguhkan kenaikan, ini kerana adanya pilihanraya, maka kerana tu di tangguhkan kenaikannya.”

Apa bezanya Pakatan Rakyat dengan mereka ? Jika kita perintah, kita rundingkan semula,Ini kerajaan hari ini mememntingkan syarikatdan akhirnya rakyat kena bayar.Nak guakan wang kerajaan untuk selamatkan syarikat , Times,MAS , berbillion ringgit . Masalah sekarang ialah bersambung,misalnya di selangor masaalah pengurusan air.Jika ianya membebankan ianya tetap membebankan rakyat .








“Tetapi jika dilihat kepada pendapatan pengurusan syarikat air, gajinya lebih banyak dan tinggi dan peliknya masih nak mempertahankan sangat kepentingan ini untuk siapa?pimpinan Umno atau pengurusan syarikat..Kita lawan demi keadilan rakyat, dan rakyat akan menanggung beban yang besar.Makan kerana itu lah rakyat harus tolak cara ini” jelas Anwar lagi.




Cuba lihat IPP .Tan Sri Ani Arop pernah suarakan bebanan kepada TNB .Kita sanggup memberikan cadangan namun kerajaan harus ada dan perlu ada akauntabiliti,transpiransi dalam pengurusan ekonomi.Bagi kita 4 billion ringit kita boleh bantu yang susah dan miskin.Apa masalahnya kita sendiri pun tak tahu.Apa yang susah sangat kita pun tak tahu.



“Misalnya jika tender terbuka semua dapat pada kaum Cina,maka kita ada EXCO Melayu,EXCO India ,Iban,Kadazan supaya pastikan penyertaan dari semua kaum dan kita boleh bincang dengan cara terbukaApakah ini ada jalan penyelesainnya dan bagaimana nak melibatkan semua kaum dalam ekonomi .Jalan penyelesaiaan ada dan mesti mempertahankan prinsip “good government” dan bukan secara tidak telus dan menyeleweng .Selagi perasaan ini ada dibawah Bn, rakyat tidak akan berpuas hati.Jadikan sistem pengurursan yang lebih baik dan semua kaum terlibat.Kita cakap one nation, tetapi rakyat masih tidak bersatu.


Sekarang rakyat dihukum di Pulau Pinang Projek paling sedikit di Pulau Pinang, maknanya rakyat dihukum kerana menyokong Pakatan Rakyat .selagi Rakyat bagi amanah kepada kita di seperti di Majlis-majlis tempatan, majlis perbandaran , harus kerja dengan amanah dan jangan ketepikan amanah rakyat, jangan gah dengan popularity dan harus telus bila ada kuasa” sambung Anwar lagi.

Berhubung dengan pertemuan dengan Pak Lah ,Perdana menteri beliau menjelaskan bahawa dengan sikap sombong pimpinan Umno,sehinggakan nak makan bersama pun macam-macam telahan dibuat

“Memang betul saya jumpa dengan Perdana Menteri ,apa yang saya nak bagi tau makan hari tu special ,sedap sekali.Sapa nak tau boleh hantaq email”disambut dengan gelak ketawa tetamu yang hadir

“Dan apa yang bakal dihadapirakyat ialah lebih ganas lagi.hakim buat kerja menipu, mahkamah rayuan telah menoak kes di Persiangan keputusan mahkamah pilihanraya di batalkan,kalau boleh yang mati pun nak disahkan. kerana nyata umno/bn tidak berani, Apa yang kita minta ialah adakan pilhanraya.dan kalau tidak menang ianya diberikan kepada rakyat” jelas anwar lagi

Mengenai pilihanraya Bukit Selambau pula Anwar menasihati para petugas agar menumpukan kepada kempen secara pembahgian kawasan “ kalau boleh adakan permuafakatan, misalnya di Selatan tumpukan di Bukit Gantang di Utara, Perils ,Kedah, Pulau Pinang tumpu pada Bukit Selambau,dan di Sabah dan Sarawak tumpukan di Batai Ai.Dulu pihanraya di permatang Pauh DAP masuk kampong,kalau dulu DAP tumpu di Bandar sahaja, sekarang ni Guang Eng masuk kampong,terima kasih lah tu” demikain ujar anwar mengakhiri ceramah beliau.