LAWATAN DAN SUMBANGAN LAGI


Sumbangan peralatan untuk surau.Semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh ada pihak-pihak tertentu(UMNO) berjanji untuk memberi sumbangan sebanyak RM30 ribu bagi kelengkapan surau di kampung Sungai Sintok , Permatang Pasir.Sampai hari ini tak kedengaran lagi.Orang Permatang Pauh dah lali dengan janji-janji dari pihak-pihak berkenaan(UMNO).
YB Hamdan sekali lagi menyumbangkan dengan peruntukan yang diberikan kepada ADUN.Sumbangan ini merupakan set peralatan elektronik,sejadah bagi kegunaan surau. Penduduk menggunakan wang sendiri sebelum ini bagi menguruskan surau bagi sembahyang waktu.





Sama juga seperti di atas. Lama juga memohon bantuan dari ADUN Penanti penggal lepas dan diuruskan oleh JKKK lama.Tak terlaksana juga untuk kemudahan orang kampung untuk ke pasar tani dan juga pasar malam Kampung Kubang Semang.
Gambar sebelah pandangan sebelum ini sampai nak meletak kenderaan pun sukar bagi orang ramai ke tapak pasar malam. Sekarang dengan rundingan dengan JPS dan sedikit kepertihatinan baik UMNO dan orang ramai boleh menggunakan kemudahan dan keselesaan.
Jalan berturap ini sepanjang 300 meter telah siap dan masyarakat dapat menggunakan dengan lebih selesa.

Kalau wakil dari Permatang Pasir 3 penggal dapat melakukannya ,sudah tentu wakil dari Telok Air Tawar juga dapat melakukannya.Bagi yang tinggal di Damansara atau Telok Air Tawar, kerap-keraplah ketuk pintu rumah YB Jahara Hamid kalau-kalau pintu pagar rumah boleh dibuka.....untuk membuat aduan nyamuk banyak...............