Anill Netto dari Asia Times dan juga Inter -Press servis dari anill netto.com sedang berucap bagaimana pilihanraya kecil Permatang Pauh.Menurut beliau jika mendengar dan menonton televisyen , masyarakat malaysia yakin UMNO/BN akan merampas kerusi perlimen Permatang Pauh dan bagaimana kemunculan Ustz ramlan porigi dimalam sebelum pembuangan undi merubah banyak perspsi mengenai tuduhan dan sumpah dari Saiful.
Pulau Pinang - Satu Konferen yang membincang kan peranan media di alaf baru dimana internet bukan sahaja menjadi media yang semakin mengancam pemerintah tetapi dengan internet juga peranan para wartawan dan juga para bloggers yang dianggap sebagai satu peranan yang cukup besar dalam membentuk pemikiran ,pandangan, pendedahan,dan menjadi alternatif kepada para masyarakat untuk menilai peranan terutamanya media -media kerajaan .
Media internet khasnya dan juga media yang dapat memberikan dan mendedahkan kepincangan pihak-pihak tertentu dan ini , sebenarnya dimainkan oleh para webmasters dan para bloggers di "benci" oleh pemerintah sendiri. ia bukan sahaja menjadi saingan sengit dalam dunia kewartawanan dan peranan media itu sediri dilihat begitu besar pengaruhnya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat
Penggunaan internet mula merebak pada tahun 1998 di era kebangkitan REFORMASI dimana munculnya puluhan dan ratusan laman-laman website yang mendedahkan tentang kepncangan regim mahahir diketika itu. Diantaranya laman yang paling popular ialah LAMAN REFORMASI MAHAZALIMTWO,REFORMASI NASIONAL ,DAN MUNCULNYA HARAKAHDAILY.
Penggunaan internet mula merebak pada tahun 1998 di era kebangkitan REFORMASI dimana munculnya puluhan dan ratusan laman-laman website yang mendedahkan tentang kepncangan regim mahahir diketika itu. Diantaranya laman yang paling popular ialah LAMAN REFORMASI MAHAZALIMTWO,REFORMASI NASIONAL ,DAN MUNCULNYA HARAKAHDAILY.
Pernah dalam satu undian yang dijalankan ketiga-tiga website ini merupakan antara yang menjadi alternatif paling besar merubah sisasana pemberitaan dan penyampaian maklumat di era "boderlesworld" dunia tanpa sempadan selain beberapa website lagi yang tersenarai dan kemudiannya fasa kedua di era REFORMASI munculnya LAMAN MARHAEN,MALAYSIAKINI yang meneruskan kesinambungan gerakan reformasi.
Namun semua ini adalah merupakan peranan para bloggers dan webmasters dalam merubah persepsi masyarakat umum dan pandangan masyarakat global dalam mendapatkan maklumat yang dianggap tidak bias kepada satu-satu pihak semata-mata.Kini ratusan blog-blog yang kebanyakkannya memfokuskan kepada isu dan berita yang sensasi dan juga yang memberikan kebenaran dalam menyampaikan maklumat .Masyarakat perlu bijak menilainya kerana dengan kemunculan sebegitu banyak blog-blog, para blogger perlu lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.
Ada dan mungkin tujuan para bloggers dianggap tidak bertanggungjawab..namun umumnya pandangan dan persepsi itu adalah dari pihak pemerintah yang mengganggap bahawa sesuatu yang tidak kena dengan "selera" adalah dianggap sebagai "musuh" dalam menyampaikan pandangan dan peranan para bloggers dan webmaster bukan untuk menghancurkan negara, tetapi merupakan persepsi bagi mendedahkan kebobrokan kedua-dua pihak sama ada pemerintah atau juga pembangkang.
Para bloggers dan juga wartawan dari akhbar media arus perdana atau pembangkang juga bloggers dan para webmasters mempunyai peranan yang cukup besar dalam menyampaikan maklumat bertujuan untuk membenarkan pihak yang disokong .Namun ada juga peranan pemerintah dilihat membuat laporan yang keterlaluan dan dianggap pembohongan dengan laporan-laporan sehinggakan rakyat mencari alternatif lain dan menuju ke internet dengan membaca dan boleh berhujah tentang kebaikan dan keburukan dalam memberi sesuatu maklumat.
Maka kerana itu setiap pemerintah bukan sahaja perlu menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengan tepat dan betul, malah lebih bertanggungjawab kerana kerajaan itu rakyat dan rakyat itu kerajaan, kerana kini Malaysia bukan lagi negara JAKUN sebagaimana yang di ulang-ulang kan oleh Mohd Sabu dalam ceramahnya....jika tidak betul lah apa yang di katakan "JAKUN: oleh Mohd Sabu itu adalah betul, dan 6 negeri sudah berubah arah.....mungkin juga akan berubah pemerintah sebagaiman di dakwa Dato Seri Anwar Ibrahim"Saya punya jumah yang cukup untuk mengambil alih pemerintahan negara ini,sabar dan tunggu masa dan ketika untuk melakukannya dengan cara yang terbaik"...ianya akan berlaku.....