YB HAMDAN LAKUKAN LAWATAN PROJEK KADUN

PERMATANG PAUH 31 OKT-Lawatan kerja YB Hamdan ke tapak projek di bawah KADUN Permatang Pasir pagi tadi bersama beberapa pihak termasuk dari pejabat Daerah SPT dan juga dari Jabatan kebajikan Masyarakat SPT untuk memastikan projek dan bantuan yang disalurkan dibina mengikut jadual yang telah di tetapkan disamping memastikan mutu dan kualiti kerja yang diamanahkan dapat di jalankan dengan sebaik mungkin.
Lawatan ini adalah siri beberapa lagi lawatan kerja di bawah KADUN Permatang Pasir yang akan di teruskan dari masa ke masa untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di bawah KADUN Permatang pasir dibawah Parlimen Permatang Pauh.



PROGAM LAWATAN KERJA 1

Projek di Permatang Pasir dimana pembinaan tar jalan kampung dikawasan kampung Permatang Pasir mukim 3 .Projek yang sedang dalam pembinaan di mana hampir 60% siap .Lawatan dilakukan bersama wakil kampung.



PROGRAM LAWATAN KERJA 2
Lawatan ke tapak projek di kampung Cross Street 2 Bukit Mertajam iaitu dimana penurapan jalan tar yang telah rosak teruk telah siap dilaksanakan.Lawatan adalah bagi memastikan projek berjalan sebagaimana ikut jadual. Lawatan ini di wakili JKKK dan wakil dari Pejabat Daerah SPT.




PROGRAM LAWATAN KERJA 3
Membina "Owning" di surau Hj Putih Sg Semambu Mukim 5.Pembinaan ini telah siap di bina. Lawatan ini turut disertai oleh wakil pejabat Daerah SPT.
PROGRAM LAWATAN KERJA 4
Lawatan ke kawasan pembinaan dimana pembinaan jalan tar di atas tebing "BAN" atau taliair di Kampung Pelet.Jalan yang telah rosak telah di turap dengan tar yang baru.Lawatan ini turut disertai Pengerusi JKKK Kampung Pelet.



PROGRAM LAWATAN KERJA 5
Lawatan ke rumah seorang ibu tunggal yang merupakan seorang penyokong UMNO tegar di kawasan Permatang Pauh .Pn Patimah Binti Hassan yang mempunyai pendapatan sebagai seorang pengasuh dimana mempunyai pendapatan sebanyak RM200 sebulan dan berasal dari kampung Kota Permatang Pauh.Lawatan YB Hamdan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu beliau sepatutnya.

No comments: