DATO ZAHRAIN WAKILI DSAI DAN DSWA DI PARLIMEN PERMATANG PAUH




PERMATANG PAUH 31 Oktober- Satu majlis penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji telah berlangsung di pusat khidmat Sg Semambu petang tadi. Majlis penyampaian sumbangan dari DSAI dan DSWA diberikan kepada 106 bakal jemaah haji pada tahun ini.



Sumbangan sejadah, kain telekung dan ihram itu disampaikan oleh Dato Zahrain sebagai mewakili DSAI dan DSWA .Selama ini sejak 1988 sejak Anwar terpenjara sumbangan ini di sampaikan oleh Wan Azizah yang menjadi wakil rakyat selama 2 penggal sebelum diwakili oleh Dato Seri Anwar .






Dalam ucapannya Dato Zahrain menyampaikan salam dari DSAI dan DSWA yang tidak dapat hadir kerana bertolak keluar negara atas urusan kerja.Beliau juga menyeru bakal haji agar berdoa di tanah suci agar negara dapat di perintah oleh pimpinan yang baik dan dapat menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan ekonomi.