AZMIN JAGAN MELAMBATKAN PROSES MELAWAN COVID DEMI MENGEKALKAN KUASA.

 

MOHAMAD EZAM NOR

HAMDAN TAHA - Timbalan Ketua Pemuda Keadilan pertama dan pengasas Pemuda Keadilan.

Beliau pencetus SUMPAH KERAMAT bagi meniup kebangkitan semangat gagahberani Pemuda melawan PM4 Mahathir disaat beliau PALING JAHAT dan mengganas.

Hari ini Hamdan tampil gagahberani nyatakan kebenaran terhadap seorang Menteri Kanan yang PALING JAHAT.

Syabas Saudaraku, perjuangan melawan kejahatan mmg tidak akan pernah berhenti.


HAMDAN TAHA


Hello Azmin Ali

Jangan sesekali kamu dengan sengaja melambatkan semua proses melawan covid 19 demi untuk kamu menyambung darurat di bumi malaysia ini

Cara gerak kerja kamu tidak ikhlas dan dengan sengaja tidak mahu penularan covid 19 ini dapat di kurangkan dengan kadar segera

Kejahatan politik kamu membuktikan ada unsur ke arah itu

Perjalanan politik kamu membuktikan kamu adalah ahli politik yang sanggup berbuat apa saja demi mencapai matlamat

Buktinya

1. Tun Dr M dan Tun Siti Hasmah pernah menjadi bapa angkat kamu tetapi pada tahun 98 sehingga 2018 kamu tetap menyerang mereka berdua

2. Apabila Tun M berjaya menjadi PM semula kamu mula merapatkan diri kamu semula dan menjadi hero mempertahankannya dan bermula lah siri membunuh bos dan rakan akrab kamu Anwar Ibrahim pula demi mengejar kuasa politik,sedangkan kamu lah yang menentang usaha menjadikan tun m perdana menteri sebelum pru....kerana kamu berpendapat PH patut mencalunkan kamu sebagai PM bukan tun m.....

3. Semasa kamu melobi untuk menjadi MB mengantikan Tan Sri Khaled Ibrahim kamu tampa segan silu mencari jalan bertemu dengan Dato Seri Najib dan Datin Rosmah untuk kamu alatkan mereka supaya menyakinkan Sultan selangor menyokong kamu menjadi menteri besar mengunakan kaedah pintu belakang walaupun PKR tidak senarai pendekkan nama kamu ketika itu...ini di ceritakan sendiri oleh Dato Najib kepada saya...selepas jadi MB kamu lanyak Najib macam sampah...

3. Kamu berpakat dengan Pas dalam perjumpaan dengan presiden Pas untuk menghantar nama nama kepada Sultan selangor di situ lah kamu mengperalatkan pas untuk kepentingan politik kamu. Di sudut lain kamu guna semua orang supaya melobi sultan...

5. Hubungan kamu dan ibu juga keluarga sangat luarbiasa pelik sehinggakan pergaduhan kamu sekeluarga menyebabkan negara menjadi gawat dan kucar kacil sehingga sekarang...

6. Akhirnya kamu sekali lagi membunuh Bos kamu iaitu Anwar Ibrahim dalam kes sheraton kerana kamu merasakan kamu akan menjadi lebih kuat dan lebih dekat untuk menjadi timbalan perdana menteri jika bersama tun m atau tan sri muhyuddin...

Terbukti cara kamu berpolitik hanya memikirkan kepentingan peribadi semata mata walaupun sanggup berbuat apa dan kianat...matlamat menghalalkan segala cara

Kali ini kamu kianat bukan kepada bos atau sesama ahli politik tapi kamu mengkianat pula rakyat dan negara dengan mengatur strateji supaya dapat mengekalkan kuasa kamu dengan mengunakan covid 19 sebagai nyawa politik kamu...

Kamu adalah seorang ahli politik tidak ada maruah dan jahat bukan sekadar jahat tapi amat jahat

Ibu,bapa angkat,bos,sahabat,rakan,adik beradik,semuanya telah kamu kianati untuk mencapai tahap sekarang...

Tapi kamu tidak akan berjaya kerana Allah itu benar benar ada

Bayangkan jika kes sandakan itu berlaku dalam bulan ramadan kemudian kamu ke mekah selepas itu bermakna kamu tak rasa apa apa...Allah pun kamu tipu...apatah lagi sesama manusia...

Begitu juga baru baru ini kamu memang bijak mengaturkan mengunakan kementerian luar dan Perdana Menteri kononnya ke saudi menarik pelabur tapi sesiapa yang kenal rapat dengan kamu tahu walaupun kamu hebat tapi perasaan rendah diri takut pada diri,hati kamu itu kecil mudah merajuk kita tahu....bukan saja tahu amat tahu...

Dan kamu gunakan kesempatan ke mekah dan cuci lantai di masjidiharam itu adalah lakunan untuk kamu tunjuk bahawa kamu adalah manusia terpilih dan baik dan Allah bersama kamu kononnya...bagaimana jika aku berdosa tapi aku dapat ke mekah...dalam keadaan orang lain tak dapat....itu lah yang kamu cuba buktikan...

Tengok orang kata kepada aku tapi tengok orang lain tak dapat pergi mekah tapi aku dapat itu tanda Allah terima aku kamu semua tak dapat datang pun...itu lah tujuan kamu ke sana...

Bukti jelas sehingga sekarang tidak ada satu pun pelaburan dari saudi yang kamu bawa atau yang menteri agama bawa atau perdana menteri bawa

Semoga Allah jauhkan kamu dari menjadi pemimpin malaysia kerana jika kamu masih terus kekal di atas negara dan rakyat akan di timpa bahana dan bala...

Kamu wajib di tamatkan dan di doakan kamu bertaubat dan di ampunkan Allah atas segala perbuatan dan kamu tidak di angkat rakyat menjadi pemimpin kerana mudarat lebih banyak daripada kebaikan....

 

FUHH TUKANG JAWAB UNTUK UMNO...MAKNA KATA TAKUT NYA HILANG JAWATAN.ADA JAWATAN JADI TUNGGUL KAYU

 

Gesaan Nur Jazlan ‘tamat kerjasama’ tidak wakili kepimpinan tertinggi Umno, kata Timbalan Presiden PAS




Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melihat kerjasama dengan Umno dalam kerangka penyatuan ummah.

PETALING JAYA: PAS menganggap kenyataan Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Umno menamatkan kerjasama dengan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berada “di luar kerangka Umno”.

Malah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Johor itu sebagai “bukan mewakili kepimpinan tertinggi Umno”.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno hampir semua bahagian telah membuat pendirian mengekalkan hubungan dengan PAS,” katanya kepada FMT.

Jazlan pagi tadi menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS, dengan berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan parti Islam itu bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawab sebagai sekutu dalam MN.

Menurutnya, Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS yang akhir-akhir ini “kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang”.

Selain menuduh PAS “dari dahulu hingga sekarang” gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya, Jazlan berkata “ada beberapa dakwaan yang cukup serius” dalam kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia yang berada bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga merupakan pengarah strategi PAS.

Berhubung kontroversi sekitar tanah milik LGM, Tuan Ibrahim berkata, “prinsip PAS jelas, iaitu seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak dibuktikan bersalah.”

Mengenai kerjasama dengan Umno pula, Tuan Ibrahim berkata, partinya melihatnya dalam kerangka penyatuan ummah, bukan hanya soal pertandingan kerusi pilihan raya.

“Apa maknanya kalau ummah ini berpecah? Semua akan berhadapan dengan kerugian, menang sorak kampung tergadai,” katanya.

Isu tanah LGM: Hari kedua Nazlan beri keterangan kepada SPRM

 

Ahmad Nazlan Idris tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 2.30 petang tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Ahmad Nazlan Idris memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari kedua, susulan dakwaannya berhubung isu tanah yang membabitkan LGM Properties Corporation (LGMPC).

Semalam, Ahli Parlimen Jerantut itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selama lebih empat jam.

“Hari kedua membantu pihak SPRM di Putrajaya dalam mencari kebenaran tanpa sebarang niat mengaib, jauh sekali memfitnah sesiapa,” tulis Nazlan di Facebooknya hari ini sambil memuat naik gambar beliau di hadapan pejabat SPRM Putrajaya.

Seorang pegawainya turut mengesahkan perkara itu.

“Semalam YB masuk SPRM Putrajaya jam 12.45 tengah hari, keluar 5 petang. Hari ini 2.30 petang tadi masuk dan keluar tidak pasti jam berapa,” katanya kepada FMT.

Sebelum in, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil Nazlan susulan pendedahannya mengenai isu LGMPC.

Pada 27 Mei lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Dis, 6 Jan dan 11 Mac yang didakwa berkaitan tanah milik LGM dan penglibatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation pada harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun, dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki, sedangkan harga pasaran sekitar RM1,400 sekaki.

Dakwaan itu disokong oleh Nazlan yang mendakwa Khairuddin campur tangan dalam isu tanah agensi itu.

Bagaimanapun, LGM memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan maklumat kurang tepat berkaitan isu pajakan dan penjualan tanah miliknya.

LGM turut menafikan dakwaan Nazlan berhubung campur tangan Khairuddin, sambil mengulangi tiada perjanjian pajakan atau transaksi jual beli yang ditandatangani mana-mana pihak berhubung dua lot tanah di Jalan Ampang itu.

Khairuddin pula mendakwa serangan terhadapnya membabitkan isu tanah LGM didalangi pihak yang mesra dengan pimpinan Umno dan beliau sedang mengambil tindakan terhadap pihak yang memfitnahnya.

TAUKE SELUDUP ORANG AKHIRNYA MATI


Bekas jeneral Thailand terbabit sindiket pemerdagangan manusia ke Malaysia mati dalam penjara


Seorang bekas jeneral tentera yang disabitkan bersalah dalam satu daripada kes terbesar membabitkan sindiket pemerdagangan manusia pada 2015, meninggal dunia akibat serangan jantung di Medical Correctional Hospital, Bangkok.


Bangkok Post melaporkan Leftenan Jeneral Manas Kongpan mengalami serangan jantung ketika sedang bersenam di hospital itu dan disahkan meninggal dunia pada 8 malam (waktu tempatan), Rabu.


Pada Mei 2015, Polis Malaysia mendedahkan menjumpai lebih 130 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.


Pada 2017, sebuah mahkamah jenayah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun kepada Manas,65, atas beberapa tuduhan termasuk pemerdagangan manusia dan jenayah terancang.


Selain Manas, 62 lagi tertuduh termasuk bekas Datuk Bandar Padang Besar di wilayah selatan Songkhla, Banjong Pongphon dan seorang ahli perniagaan dan bekas pegawai pentadbiran wilayah Satun, Pajjuban Angchotephan turut disabitkan bersalah.


Pada 2019, mahkamah rayuan Thailand menambah tempoh hukuman penjara Manas dari 27 tahun kepada 82 tahun.


BANGKOK.




 

JANGAN CUBA CUCI TANGAN SEBAB KERAJAAN YANG KAMU SOKONG

 


MOHD  MUKHLIS


Benda ini kalau di lihat secara teliti sangat kelakar. Both of them Jemin dan Mail adalah menteri kanan, lepas itu semua orang tahu keputusan kabinet adalah secara kolektif. Kalau kabinet silap maknanya semua menteri adalah bertanggungjawab.

Kalau tak bersetuju dengan keputusan kabinet, menteri kena resign; as simple as that that payah nak buat dog and pony show depan rakyat. Sebijik macam Najib buat dalam Facebook dia, padahal yang menulis itu cytro tentera ketum bukan dia pun

Tapi kalau siapa perasan, banyak geng-geng UMNO dalam PN depa nak cuba cuci tangan. Nak set distant la konon-konon depa ini tak ada kaitan dengan kegagalan PN. Tapi dia lupa ke dia ini yang punca kes naik lepas PRN Sabah?

Yang tulis ini sudah jadi kertas akademik bukan takat-takat sembang-sembang kosong.

Tapi tak hairanlah ahli politik pun semua nak cuci tangan depa nak bertanding nanti, imej kena jaga. Cuma tang tukang penasihat yang serba tahu pun buat-buat lupa jaminan dia terhadap kerajaan tebuk atap ini.

Mungkin ingatan mereka semua ini akan kembali pulih bila mana mereka ini ( sama ada yang di jamin atau yang menjamin) akan di kumpul bersama-sama di bawah panji al-ghadr. Hari yang mana apa yang mereka khianati akan menjadi saksi dan rakyat yang dizalimi akan menuntut hak mereka. Berdoalah semoga kalian semua tidak berlepas diri dari apa yang di jamin dan siapa yang di jamin.

 

TAKUT HILANG KUASA ATAU TANGGUNGJAWAB PADA RAKYAT ?

 

Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung



Sumber berkata, anggota Kabinet yang mahu darurat dilanjutkan percaya ia patut meliputi tiga fasa di bawah ‘ total lockdown’ yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.

PETALING JAYA: Susulan lonjakan kes Covid-19, terdapat desakan daripada beberapa menteri supaya darurat dilanjutkan selepas Ogos, menurut sumber yang tahu mengenainya.

Namun, yang lain mahu darurat ditamatkan Ogos ini kerana mereka bimbang akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang jika ia diteruskan.

Sumber memberitahu FMT, mereka yang mahu darurat dilanjutkan percaya ia patut meliputi tiga fasa di bawah “lockdown” yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.

Putrajaya baru-baru ini mengumumkan akan ada tiga fasa di bawah “total lockdown” yang bermula 1 Jun, dengan fasa pertama membabitkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bukan perlu.

Jika penutupan penuh itu berjaya, kerajaan akan melaksanakan fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor tidak membabitkan perhimpunan besar, tetapi SOP masih dikekalkan.

Di bawah fasa ketiga, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat, tetapi aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

Sumber itu berkata, kerajaan masih tidak menggunakan “kuasa penuh” di bawah perintah darurat seperti yang dibenarkan, contohnya mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh di bawah “total lockdown”.

Putrajaya juga boleh menggunakan kemudahan di hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Seorang lagi pemimpin berkata, sesetengah menteri tidak berminat untuk darurat dilanjutkan kerana mereka bimbang tindak balas rakyat jika Parlimen terus ditutup.

“Parlimen perlu dibuka semula untuk perbahasan, jika tidak, kita mungkin dilihat tiada kredibiliti untuk memenangi pilihan raya akan datang. Mereka yang menentang darurat percaya ada cara lain untuk menghentikan usaha menggulingkan kerajaan semasa.”

Katanya, gabungan pemerintah boleh mencapai kata sepakat dengan pembangkang untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri jika Parlimen bersidang semula.

Rakyat katanya, mahu jawapan berhubung isu lonjakan kes Covid-19 dan langkah yang diambil bagi menambah baik ekonomi, khasnya untuk menyelamatkan pekerjaan.

“Adakah pelabur asing akan melabur di negara kita jika darurat dilanjutkan?” soalnya.

NASIB BAIK HANG TAK DUDUK DALAM RUU355 . KALAU TIDAK LOYAR BUROK YANG TU KENA KERAT LIDAH-RM100K PENJARA 20 TAHUN...ADA AKAI ??

 

PAS sepatutnya bersyukur RUU355 di tangguhkan

Cuba bagi saya faham sikit Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin, hang kata time 2019 dulu hang kena larang berceramah sebab lawan DAP tapi dalam surat dah terang-terang tulis hang takdak tauliah. Jadi selama 12 tahun hang mengajar secara haram.

Hang patutnya bersyukur RUU355 tak di laksanakan lagi. Sebab kalau RUU355 di gazetkan, ikut undang-undang syariah dalam Penang sekarang maksimum denda 5 ribu ringgit / penjara 3 tahun.

Hang bayangkan kalau dah gazet RUU355, kesalahan macam hang ni boleh kena maksimum denda RM100,000 ringgit dan 30 tahun penjara. 30 tahun penjara hang boleh kena, padahal Bosshang yang duk cium tangan tu pun kena 12 tahun penjara aja tipu duit SRC.

Sudah tentu, yang banyak mengajar tanpa tauliah ini geng-geng lebai, tapi syok juga kalau lebai penjual agama berkumpul bersama di Sungai Buluh sebelah sel penjual bangsa. Lagi syadu kalau Tuan Guru yang dapat baca khutbah kat dalam tu kan? Mungkin persediaan untuk dihimpunkan bersama di hari kemudian.

Tapi bila Wakedah, tarik balik tauliah hang, pasal apa hang tak kata salah DAP? Ka sebab lebai yang perintah?

Hidup ini senang, kalau tak boleh nak ambil tauliah tak payah gatal-gatal mengajar. Macam doktor tak lepas periksa, dia tak boleh praktis; benda itu biasa tapi dia tak ada la buat palatao buka klinik sendiri dan salahkan DAP.


 MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF

HANG TAK YAH MARAH SANGAT LA LEBAI.....MEMANG HADI MAKAN GAJI BUTA SAJA

 

MOHD MUKHLIS



May be an image of 1 person, headscarf and text


Jangan marah Ir. Ts. Khairil Nizam nanti kena jual.

Exco Pemuda Umno tanya soalan valid tu, apa guna jadi duta timur tengah kalau tak buat kerja? Kalau tak buat kerja boleh saja berhenti dari ambil elaun. Tanya soalan yang benarpun marah, siap nak berdemo lagi ke Pejabat PPUM.

Tapi bab RUU355 kena scam, kes Arwah Adib NFA, LGBT Murtad, tak pula dengar bunyi nak berdemo. Ke mencari redha MCA dan takut hilang kerusi empuk GLC? Jadi mana lagi penting, demo RUU355 atau demo untuk tegakkan benang yang basah?

APA MATLAMAT MAHATHIR ?

 

SETUJU. Saya sgt sependapat dgn MMMS. Sejak awal lagi bila PH jatuh saya yakin Mahathir adalah puncanya sbb dendam dia pd DSAI. Dia dikhianati selepas berkhianat tu pun saya setuju. Bukti sgt byk, kita pun dah kaji dr sumber rasmi dan dr dalam.

Cuma yg saya sedikit kesal, tapi takde le kecewa sgt ialah kwn2 dlm Amanah ramai jd musuh. Mengutuk saya ni sampai takde limit so be it, saya pun boleh buat benda yg jika mahu. Ia sgt mudah berbanding berhujah dgn fakta. Klau depa nak bermusuh saya takde masalah sbb saya yakin kita dijalan yg benar.

Depa sentiasa mati hujah sbb cuba pertahankan Mahathir walhal org tua tu lambang KEBATHILAN. Amanah ini sudah punah. Tiada jalan kembali jika masih tak sedar diri.

Bukan susah pun nak pastikan Amanah pupus. Rahsia ini PKR tahu. BUKANKAH RAFIZI dan DS SAIF yg PALING INSTRUMENTAL MEMBANTU TUBUHKAN AMANAH? So eloklah parti tu jgn sombong dgn PKR. Jgn paksa org buat. Rentikan dok junjung Mahathir dan nak cuba seret ke PH. Dah byk kali dah kami dok bagi "hint".

Wallahualam.

- Zus Din

04 June 2020

********************

Dari FB wall MMMS : #MESTI BACA...

Dari awal lagi saya persoalkan apa sebenar matlamat utama penubuhan Pejuang lepas gagal dengan UMNO baru dan Bersatu. Mahathir kata Muhyidin sama dengan Najib tapi yang peliknya waktu dia jadi chairman Bersatu dulu yang mana lagi power dari Presiden, takkan dia tak nampak yang Muhyidin ini gagal?

Lepas tu admit yang protoge dia Muhyidin gagal sama seperti admit yang dia sendiri gagal sebab Muhyidin adalah orang yang dia sendiri endorse. Tak lupa juga Najib pun dia endorse, Paklah pun dia endorse tapi gagal. Maknanya semua apa yang dia endorse gagal. Tapi macam saya tulis dulu, Mahathir ini dia suka kalau orang yes man, sebab itu dia tak kisah pun Muhyidin gagal waktu dia jadi pengerusi, as long as mereka continue sokong dia.

Tu sebab tiada tindakan di ambil pada lebai-lebai PAS, sebab lebai PAS pandai bodek dan jilat dia. Ingat bila di ada kuasa, dia sibuk buat benda untuk bagi dia berkuasa selamanya. Cadangan PH dalam manifesto pasal IPCMC , pasal SPRM kena report direct pada parlimen, semua di bakul sampahkan, hangpa ingat apa dia kata?

Manifesto bukan kitab suci. Last-last sekali lepas busukkan nama PH, dia kata PH ada baggage. Punyalah isim yang dia lupa dia dulu jadi PM tapi tak buat apa-apa improvementpun selain dari cuba berkuasa selamanya dan duk perjatuh orang yang dia ada personal vendetta.

Lepas tu siapa ingat quote dia sendiri pasal orang melayu sibuk nak jadi presiden lepas tu buat parti sendiri yang kini berbalik pada diri dia sendiri?

Ini Allah tunjuk depan matapun masih ramai yang taksub tak nampak. Saya tegur ini sama macam saya tegur walaun PAS pra PRU14 yang saya kata perjuangan PAS adalah sia-sia sebab masuk bertanding nak jadi king maker dan bukan nak menang PRU sangat pun. Time tu saya kata PAS makan duit UMNO, berapa banyak makian dan cacian yang saya dapat

Kini yang maki saya semuanya pakat malu. Lepas lebai PAS jual diri pada MCA-UMNO dengan segala dalil dan ayat quran, kini mereka sanggup menjadi balaci Bersatu pula.

Sama juga dengan Pejuang, pastu acah-acah suci kononnya tak nak bekerjasama dengan kleptokrat; tapi time mereka semua ini dalam Bersatu, depa dengan open arms terima MP UMNO yang ada sangkut dengan 1MDB masuk parti depa. Time tu takde pulak cerita pasal kluster Mahkamah.

I know dalam friend list saya ada few people yang fond dengan Mahathir; yang percaya hanya Mahathir sahaja yang boleh baiki Malaysia despite dia masih tersangkut dengan idea 80-an dengan kereta nasional no 3 etc. That is fine, it's a personal choice eventhough i dont understand on the part of doing the same thing all over again and expect different result.

Tapi in term of me as a technical person, kalau nak buat sesuatu benda baharu sebab benda lama rosak atau tak jadi, kita kena kenal pasti dulu apa beza benda lama dengan baru supaya yang baru kita buat tadi tak akan gagal macam benda lama.

Tapi kalau soalan macam:

1) Kenapa Dr Mazlee Malik di pecat dari jadi Menteri padahal dia perform? Adakah kerana desakkan dari cukong?

2) Kenapa kes 90juta lebai PAS di senyapkan padahal bukti sudah jelas?

3) Kenapa TT, Yeo, hampir hendak di pecat padahal mereka perform?

4) Kenapa Menteri yang bodoh macam kereta terbang, Waytha tak di pecat selain dari hendak bagi buruk nama PH?

Itu baru 4, kalau nak listkan lagi banyak. Tapi yang peliknya bila dia cerita pasal baggage yang PH ada, dia sendiri adalah kepalanya. Kiranya macam mengata pada diri sendiri tapi macam saya kata dia ini jenis sama dengan Hadi Awang, nasisistik dan tak akan minta maaf. Padahal kita semua in this hot mess because of him trying to cling to the power forever. Cumanya dia di khianati waktu cuba berkhianat ( should i sympatize to that? )

Lagi best nak bekerjasama dengan Muda dan Warisan, Muda dari segi public perseption is okay tapi kalau bekerjasama dengan Pejuang, Pejuang akan drag depa down. Warisan tak payah nak cerita la, Parti kenegerian bukan Parti nasional, siap kena tolak dengan rakyat Sabah di label parti PTI, lagi itupun masih tak nampak dan sombong. Tapi since muda dan pejuang tak di luluskan, maybe depa akan tumpang bendera Warisan untuk bertanding di semenanjung.

Anyhow, this is good. Bagi jelas pendirian supaya pentaksub Mahathir dalam PH ( baca Amanah) nampak. Kalau takde yang taksub dalam PH, i wont bother to write this pieces, Bila perbezaan itu sangat jelas you need to take sides. Jadi berani macam mana "jebon" berani keluar dari PAS dulu. Jangan jadi macam lebai, PN pun nak, MN pun nak. Rakyat tak suka parti yang tak ada pendirian dan makan dua kolam.

Best of luck la kalau PRU15 nanti especially kalau niat dari awal untuk jadi King Maker ( PRU15 dulu saya kata king maker hanya mahu jadi penjual kerusi pada parti yang menang) , kalau 4 penjuru lagi best, yang pasti PN pasti kalah, hopefully it will drag any parti yang cuba jadi king maker, Kalau PH menang hopefully kita boleh campak jauh2 parti based on kaum yang lagi banyak menipu dari menolong orang melayu.

As usual, my comment is open to any public, kut-kut la ada yang boleh bagi jawapan tuntas kenapa Pejuang masih lagi relevent untuk PRU15.

Wallahualam.

PS: My friend list is almost full, if you find this writing offensive, please make room so i can add people which is more open minded and critical.

 

BANTU PENIAGA KECIL SEMASA LOCKDOWN (Dari Rafizi Ramli)

 

BANTU PENIAGA KECIL SEMASA LOCKDOWN

(Dari Rafizi Ramli)


Ramai yang akan terkesan dengan perintah lockdown yang terbaru. Kita tiada pilihan kecuali memainkan peranan kita menjaga pergerakan untuk sama-sama melandaikan jangkitan wabak COVID.

Salah satu dari matlamat saya sejak kecil ialah untuk membuktikan bahawa semua orang boleh berniaga dan tidak perlu bergantung kepada bantuan sesiapa. Kalau dulu banyak halangan (dari segi modal, sewa bangunan yang mahal, capaian kepada pelanggan), kini teknologi memudahkan segalanya.

Aplikasi meniaga dibangunkan khusus untuk memberi peluang kepada semua orang untuk mula berniaga secara kecil-kecilan. Ia percuma kepada peniaga (merchant) dan pembeli. Berbeza dengan aplikasi sedia ada yang mengambil antara 20% hingga 30% komisen atas jualan, meniaga tidak mengambil satu sen pun atas setiap jualan dan belian.

Harapan saya lebih ramai yang mula berniaga dan lebih ramai yang menyokong peniaga kecil dengan membeli jualan mereka. Kepada peniaga, jangan letakkan harga yang terlalu tinggi kerana hanya produk yang baik pada harga yang berpatutan yang akan kekal lama.

Membeli dari meniaga bermakna anda membantu ekonomi penduduk setempat (kerana jualan dihadkan kepada peniaga dalam lingkungan 10 km), membantu anak-anak muda yang menghantar jualan (melalui BungkusIt dan Lalamove) dan membantu anak-anak muda rakyat Malaysia yang membangunkan aplikasi ini secara percuma untuk orang ramai.

Lebih baik lagi jika anda juga berniaga dan menyokong peniaga lain dengan membeli jualan mereka dari kawasan setempat. Kaedah membina ekonomi setempat ini lebih berkesan untuk mengukuhkan keupayaan ekonomi rakyat biasa.

Muat turun aplikasi meniaga dari Apple Store dan Google Play sekarang:

Apple Store

https://apps.apple.com/my/app/meniaga/id1516839999

Google Play

https://play.google.com/store/apps/details...

Setelah anda membuka gerai dan mula berniaga, pastikan anda mempromosi gerai anda seperti berikut:

Aktifkan aplikasi meniaga setiap hari supaya dapat mengambil tempahan (ada peniaga mahu berniaga tetapi telefon ditutup!)

Promosikan gerai anda dengan berkongsi di laman sosial dan WhatsApp, gunakan butang yang disediakan di dalam aplikasi untuk mempromosikan gerai anda.

Sebarkan kepada seramai mungkin kerana ini semangat #kitajagakita yang paling mudah. Mereka yang terkesan dengan perintah lockdown terkini, boleh cuba berniaga. Mereka yang ingin membeli sesuatu, belilah dari jiran-jiran sekitar 10km yang dihantar ke rumah, tidak perlu keluar dari rumah.

Ada banyak cara untuk mengubah sesuatu. Ini cara yang paling mudah buat masa sekarang untuk membantu sesama kita.

#meniaga #UntukSemua

Rafizi Ramli

 

TURUNKAN KES BAWAH 1,500, ADAKAH LOCKDOWN HINGGA SEPTEMBER?


AKTIVITI HARIAN SEPERTI BIASA, LOCKDOWN APAKAH INI?


PKP HURU-HARA TANDA MAHIADDIN TIDAK MAMPU MEMIMPIN

 

Hari ini, 4 Jun adalah hari keempat perlaksanaan PKP penuh atau total lockdown yang diumumkan kerajaan berikutan meningkatnya semula jumlah kes Covid19 dalam negara.

Tetapi, tidak seperti PKP 1.0 dahulu, PKP penuh kali ini bukan saja tidak dianggap PKP penuh atau total lockdown dalam ertikata sebagaimana istilah yang disebut Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin, malah ia jadi hura-hara dan lintang pukang.

Walau dikata PKP penuh, ia sama sekali tidak banyak berbeza dengan PKP 2.0 dan PKP 3.0 sebelum ini.

Lebih ketara, huru-hara dan lintang pukang dalam PKP penuh ini hanya berlaku kira-kira sehari selepas perlaksanaannya dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Tidak saja jalanraya masih sibuk dan sesetengahnya berlaku kesesakan, orang berkeliaran juga kelihatan di mana-mana dan yang paling memusykilkan, MITI semakin banyak memberi kebenaran kepada syarikat dan kilang untuk dibenarkan beroperasi.

Azmin Ali sebagai Menteri MITI yang diberi kuasa meluluskan mana-mana syarikat untuk beroperasi pula seakan cuba menunjukkan “powernya” apabila semakin banyak kelulusan diumumkannya di sebalik kes dan kematian juga kian meningkat.


Jika sebelum kecaman terhadapnya timbul, jumlah syarikat yang dibenar beroperasi adalah 95,142, tetapi setelah kecaman makin berleluasa, semalam beliau dengan bangga mengumumkan sebanyak 128,150 syarikat telah diberi kebenaran.

Jika makin banyak syarikat dibenar beroperasi dan dan semakin ramai orang berada di luar rumah, bagaimanakah rantaian Covid19 ini mahu diputuskan?

Untuk itu, PKP yang dikatakan penuh kali ini semakin ditanggapi ramai bukanlah benar-benar penuh dan totak lockdown juga tidak benar-benar total perlaksanaannya.

Semua itu tidak saja mengundang paling banyak kritikan dan kecaman, bahkan ramai yang tidak ragu-ragu menjangka PKP ini akan menemui kegagalan.

Sementara jika rakyat yang tidak sedia berkorban kerana sekatan PKP dan itu boleh saja dianggap perkara biasa, namun tentulah luar biasa kalau kerajaan sendiri yang tidak sanggup berkorban dalam memerangi wabak pembunuh ini.

Itulah yang terlihat dalam PKP terbaru ini di mana dengan pelbagai kelonggaran yang diberi oleh kerajaan melalui MITI untuk sekian banyak syarikat beroperasi adalah tanda jelas kerajaanlah yang enggan berkorban.

Kenapa susah sangat kerajaan mahu menguatkuasa peraturan agar semua syarikat ditutup operasi untuk sementara atau hanya selama dua minggu saja, kecuali syarikat pengeluaran dan perkhidmatan yang benar-benar perlu saja?

Yang paling buruk, pendirian kerajaan dalam isu memberi kebenaran kepada syarikat beroperasi itu turut menyebabkan berlakunya pertengkaran panas dalam mesyuarat kabinet dikatakan antara Ismail Sabri Yaakob dengan Azmin.

Keputusan kerajaan dan Mahiaddin sendiri yang meletakkan kuasa penuh kepada Azmin dan MITI untuk meluluskan syarikat-syarikat yang ingin beroperasi dalam tempoh PKP adalah suatu kesilapan yang jelas mengundang petaka dan ketidaktentuan.

Beranggapan bahawa kuasa yang diberikan kepadanya itu itu suatu kelebihan berbanding sepatutnya mesti lebih berhati-hati dan tidak rakus dalam membuat keputusan, itulah realitinya yang menjadikan lebih banyak syarikat diberi kebenaran.

Sebagimana didedahkan dalam media sosial, terdapat pula beberapa syarikat yang bukan dalam kategori perlu pun ada yang diberi kelulusan oleh MITI.

Kenapa dan bagaimana perkara itu boleh berlaku?

Dalam hal ini, mahu tidak mahu, beban kesalahan paling utama haruslah diletakkan kepada Mahiaddin sebagai punca segala-galanya, selain Azmin.

Mahiaddin bukan saja bersalah kerana memanja dan terlalu memberi muka kepada Azmin, malah juga atas kegagalannya dalam memimpin dan memastikan menteri-menterinya melaksanakan tugas dengan baik serta berkesan.

Sifirnya mudah saja, kalau Mahiaddin adalah seorang Perdana Menteri yang tegas, berwibawa, tidak lemah, kepimpinannya dihormati dan arahannya dipatuhi, kekalutan, huru-hara dan lintang pukang ini tidak akan berlaku dengan berleluasa.

Sebaliknya, oleh kerana Mahiaddin adalah seorang Perdana Menteri yang gagal, kerajaannya dan apa juga yang dilakukannya, semuanya akan menghasilkan natijah kegagalan.


 (ShahbudinHusin 04/06/2021)