KUAT TEMBERANG RUPANYA

 TARMIZI MOHD JAM

Harga bawang naik, minyak masak naik, ikan naik, petrol naik, ayam naik... yang turun hanya dividen ASB saja. Dulu Hj Hadi kata kalu Pas berkuasa masalah kos sara hidup boleh selesai. Temberang kuat. Amacam?

Image may contain: 1 person, text that says "67 Pilih PAS masalah kos sara hidup boleh selesai Bukti kemampuan PAS di Kelantan, Kedah dan Terengganu boleh buat rakyat insaf untuk beri peluang kepada parti tu jadi kerajaan."

Kronologi bagaimana PAS menjadi liberal:

 G25 Kumpulan Liberal Kelirukan Isu Murtad - Berita Parti Islam Se Malaysia ( PAS)


1) Pertandingan Miss Plus World kali pertama diumumkan untuk pendaftaran pada Ogos 2020. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk muslimah.

PAS berdiam diri.

2) Pertandingan ini akan berlangsung di Kuala Lumpur, di bawah pentadbiran Menteri Wilayah, TS Annuar Musa.

PAS berdiam diri.

3) September 2020, diumumkan 14 Finalis Miss Plus World.

PAS masih berdiam diri.

4) Minggu lepas, berlegar di media sosial poster pertandingan ratu cantik Miss Plus World, netizen mula mempersoalkan apa tindakan PAS.

PAS dah mula menggelabi.

5) Akhirnya pada 19 Disember, YADIM yang dikepalai oleh Tantawi, mula bersuara membantah pertandingan Miss Plus World.

Penyokong PAS mula bertakbir, dalam masa yang sama Menteri-menteri PAS masih berdiam diri.

6) 21 Disember, giliran Muslimat PAS pula suarakan bantahan. Muslimat PAS kata ia eksploitasi wanita.

Lalu para ukhti PAS pula bertakbir, Menteri Wanita PAS relaks je tak kata apa.

7) 22 Disember, Pemuda PAS umum mahu jumpa penganjur, mahu runding mengenai pertandingan ratu cantik itu.

Penyokong makin kuat bertakbir dengan harapan Pemuda PAS akan berjaya menghalang pertandingan ratu cantik itu.

8) 23 Disember, akhirnya Pemuda PAS bertemu di meja rundingan, dan selepas berunding Pemuda PAS bersetuju pertandingan ratu cantik diteruskan dengan syarat tukar nama.

Penyokong PAS jadi kelu, keliru nak bertakbir lagi ke tak sebab semalam kata bantah hari ni benar pula.

9) Lantas Ketua Pemuda PAS tulis artikel dan disiarkan di harakahdaiy bertajuk "Dakwah di Meja Rundingan", dengan kesimpulan usaha mereka jumpa penganjur hanyalah berdakwah, bukan membantah.

Natijahnya, pertandingan ratu cantik tetap diteruskan dengan syarat tukar nama.sahaja.

Maka penyokong PAS mula menggelabi, tak tahu nak respon camne, lalu akhirnya mereka mula meratib, "asalkan bukan DAP!".

10) Kesimpulan, Menteri Wilayah senyum goyang kaki je lihat gelagat PAS meloncat-loncat terpaksa handle isu ini, sebab akhirnya imej PAS sendiri semakin tercalar dan kini PAS sudah pun rasmi menjadi liberal.

- menyokong individu ultra liberal dan lgbt sebagai Speaker dan Timb Speaker Dewan Rakyat.

- Menteri Sawit PAS kata arak ialah hak Allah untuk non-muslim.

- Senator PAS kata upacara perkahwinan agama Sikh hanyalah respsi perkahwinan

Alhamdulillah.

PAS sudah jadi liberal.

Sekian.

Kredit to

Zanirun Baba


 

SEMUA MELAYU ISLE..TAPI JAGA DAGING PUN TAK BOLEH

 

Hamdan Taha

Negara kita di hebohkan dengan kisah daging lembu haram. Dan kenapa boleh jadi perkara ni kerana ada pegawai pegawai penguatkuasaan Haram Jadah....


Jika tak ada pegawai pegawai Haram Jadah ni susah nak berlaku kemasukan daging haram atau pun daging yang di bawa dari sumber haram....


Ini tak ada kena mengena dengan Dap walaupun yang buat kerja kerja ini sudah tentu orang cina malaysia yang mafia dan tak ada batas halal haram kerana mereka kafir....


Sebenarnya bukan sekali perkara ini sudah terbongkar tetapi hampir setiap tahun ada kes seperti ini....tetapi perkara ini tetap akan terus berlaku dan berlaku kerana ini melibatkan jutaan ringgit malaysia...


Kita ni negara di pimpin oleh semua orang islam....ketua polis negara....KSU...ketua pengarah kastam....sebut jer lah nama nama mereka semua orang islam....bukan semuanya rasuah dan jahat....cukup lah setiap jabatan tu ada 100 orang yang boleh di beli....kora ranap lah satu jabatan tu....


Pemimpin negara kena fikir kaedah untuk atasi perkara ini....



Anwar tidak tolak PH terima Grand Coalition?


Anwar's appeal hearing against striking out of his sodomy conviction suit  on March 5 | Malaysia | Malay Mail


Kontroversi sama ada perlu ditubuhkan Grand Coalition untuk semua parti-parti pembangkang akan dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan datang.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak timbul sebarang perselisihan di antara pimpinan PH berhubung kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu baru-baru ini berhubung penyatuan pembangkang dan masa hadapan gabungan PH.

“Itu mereka (pimpinan DAP dan Amanah) telah jelaskan kepada saya dan mereka akan bawa dalam mesyuarat. Move on. Kit Siang pun sudah jelaskan

“PH boleh undang yang lain (parti pembangkang) dan kita akan bawa dalam mesyuarat,” katanya menjawab soalan wartawan sebaik selesai perjumpaan bersama pimpinan KEADILAN Kedah, petang ini.

Ditanya mengenai mungkinkah PH akan merobah ketua gabungan tersebut, Anwar berkata hal itu hanya disuarakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, yang bukan anggota PH.

“Belum ada cadang pun (dalam kalangan PH). Selain pada dia, (Shafie) tidak ada rakan PH yang membincangkan perubahan. Bagaimanapun boleh kita bincangkan dalam mesyuarat,” katanya.

Mengulas mengenai perletakkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Larry Sng Wei Shien, Presiden KEADILAN itu berkata, tidak berlaku pergolakan dalam kepimpinan di Sarawak sebagaimana spekulasi pemerhati politik.

“Tidak ada kemelut. Dia cadang kalau boleh, kerana (Sarawak) majoriti Dayak, pimpinan harus Dayak tetapi diminta dalam mesyuarat biar dia (Larry) teruskan dulu. Dalam hari ini atau esok saya akan bincang dengan beliau.

“Larry memikirkan untuk menghadapi pilihan raya negeri mungkin perlu ketua dari kalangan Dayak. Saya kata serah kepada negeri. Kalau mereka nak ketua Dayak maka kita letak ketua Dayak. Tetapi dalam mesyuarat MPP diminta Larry teruskan buat sementara waktu,” katanya lagi.

Perjumpaan bersama pimpinan KEADILAN Kedah menurut Anwar, membincangkan mengenai persiapan jentera pilihan raya negeri untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum mengejut.

Perbincangan juga tertumpu kepada belajar dari pengalaman sebagai pembangkang dan kerajaan selama 22 bulan lalu, terutama kegagalan untuk melaksanakan agenda menolak rasuah dan beberapa perkara untuk membela nasib rakyat.

NGO serah memorandum bantah MB Kedah


NGO serah memorandum bantah MB Kedah | Suara Pakatan Daily

NGO-NGO pro masyarakat India mahu Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang memberi penjelasan mengenai sindiran Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini berhubung perkataan ‘minum todi sebotol, mabuk tiga botol’ yang didakwa ditujukan kepada kaum India.

Presiden NGO Nambikkai Kebangsaan, Datuk Kalai Vanar berkata, kenyataan MB Kedah tersebut tidak wajar diucapkan di dalam masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang agama dan budaya.

“Bersama-sama semua aktivis daripada masyarakat madani Malaysia kami dapati MB Kedah dalam kenyataan, kononnya minum todi sebotol, mabuk 3 botol amat menyinggung perasaan masyarakat India dan masyarakat yang prihatin dengan keluhuran Perlembagaan kita.

“Ini sungguh tidak padan kepada kami. Mengikut lunas undang-undnag Seksyen 500 Akta hasutan, Seksyen 4 dan Kanun Jenayah, Seksyen 423 semuanya tertera jangan menghina. Negara kita berdaulat, ada undang-undang.

“Tetapi MB kedah ini dia sudah meluahkan kata-kata minum todi sebotol, mabuk 3 botol,” katanya dalam himpunan penyerahan memorandum di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Kalai lagi, beliau telah pun meminta MB Kedah memohon maaf secara rasmi dalam kenyataannya di You Tube baru-baru ini. Namun selepas 11 hari, MB Kedah tersebut terus mendiamkan diri.

“Saya sendiri dalam You Tube minta beliau mohon maaf kepada masyarakat India. Itu sahaja. Semua orang buat salah. Ini tidak, beliau angkuh dan buat lebih banyak sindiran maka kami hari ini datang.

“Masuk hari kesebelas beliau masih diam. Justeru kami NGO-NGO mohon jasa baik Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang supaya prihatin terhadap keluruhan Perlembagaan negara kita.

“Konsep Pas ialah ‘Pas untuk semua’ dan konsep ‘Islam memperkukuhkan perpaduan’ tetapi MB Kedah ini seperti ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’,” katanya lagi.

Dalam himpunan ringkas petang itu, NGO yang membawa kain rentang sempat meneriakkan slogan: ‘Undur segera MB Kedah’, ‘Kami minta MKN bertindak, tangkap MB’, ‘Sanusi menyemai racun hasutan’ sebelum wakil Pas, Muhamad Khairol Anuar keluar untuk mengambil serahan memorandum dari NGO Nambikkai.

Nak komen pasal PH, Zuraida pun berterabur


46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta |  Astro Awani


Kritikan Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nor Hizwan Ahmad berkenaan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) kelmarin kelihatan pelik kerana hakikatnya masa hadapan politik bos beliau, Zuraida Kamarudin sendiri tidak pasti.

Timbalan Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Fahrulrazi Zailan berkata, Hizwan tidak perlu mempersoalkan pembangkang yang telah jelas memberi kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, beliau hanya perlu fokus terhadap usaha memperbaiki prestasi Zuraida dan kementeriannya.

“Masa depan politik Zuraida sendiri belum jelas di dalam Perikatan Nasional, malah masih tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebaliknya digunakan sebagai platform untuk meraih sokongan politik melalui lantikan di bawah Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di setiap negeri.

“Namun Kerajaan Selangor di bawah PH berpandangan bahawa tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Rashid Asari mengumumkan mengenai penubuhan PeKT yang akan mewakili kerajaan PN di negeri diperintah pembangkang. Pihak yang terlibat akan dibayar elaun sebanyak RM2,000 sebulan untuk perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun tidak diketahui fungsi sebenar PeKT selain menjadi alat politik kepada kerajaan pusat mengumpul sokongan menjelang pilihan raya.

“Kejijikan salah guna kuasa sebegini sebenarnya menguatkan lagi semangat reformasi yang didukung anggota parti KEADILAN untuk mengembalikan negara kita ke landasan yang sebenar.

“Hizwan harus lebih matang dalam sejarah politik sebelum menjadi Pak Turut dengan mengetuk tin kosong untuk menjamin masa depan.

“Saya kira Zuraida hanya “malang tiada datang tunggal” jika masih berminat lagi di kerusi Ampang.Ini kerana hasil pengkhianatan beliau telah melukakan rakyat yang mengundi di atas logo KEADILAN,” katanya lagi.




Jawapan Pas bila maksiat berleluasa?


UMNO cadang wujud kerajaan campuran dengan PAS


Skema Jawapan PascaFebruari 2020:

  1. Pertandingan Ratu Cantik – boleh runding syarat
  2. Program Mak Nyah – mereka harus disantuni
  3. Mabuk langgar orang – kerajaan tak boleh disalahkan
  4. Aryuyu355 – boleh tangguh
  5. Hudud – jangan jadi suara syaitan
  6. Tak mengadap Sultan – tak ditetapkan tarikh
  7. Langgar SOP – hoot hooot
  8. Jual arak – hak orang bukan Islam
  9. Sujud di kuil – tabayyun dulu
  10. Data e-wallet RM50 – selamat dan terjamin
  11. Sekolah vernakular – kepentingan kaum
  12. Jual aset GLC – pengurusan risiko
  13. Sabit rasuah – baru Mahkamah Tinggi
  14. Dividen ASB rendah – pandemik dan ekonomi global
  15. Beli kereta baru – unta merah
  16. Naik gaji – orang lain lagi tinggi gaji

Skema Jawapan dari Mei 2018 sampai Februari 2020, untuk soalan yang sama:

PENEROKAAN REE - USAHA PERLOMBONGAN BERSKALA BESAR DI KEDAH PERLU DIHENT...

PENDIRIAN YANG BETUL BAGI UMNO IALAH "NO BERSATU"

 

Sebagaimana sudah agak kerap saya menulis sebelum ini, hakikat bahawa baik Anwar Ibrahim atau DAP, kedua-duanya bukanlah musuh yang sebenar bagi UMNO, ia kini nampaknya mula disedari.

Terbaru, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, slogan “No Anwar No DAP” hanyalah sentimen semata-mata.

Ahli MT UMNO, Dr. Puad Zarkashi juga menekankan perlunya UMNO bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan DAP.

Menurut Ku Li, pendirian yang dipegang UMNO itu tidak seharusnya menjadi pendirian yang muktamad.

“Saya rasa itu (pendirian) sentimen tebal sahaja. Bagi saya dalam politik itu semua tak diambil kira, yang penting rakyat, rakyat mesti diambil kira.

“Kalau masalah itu memerlukan kita melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kepada rakyat, maka itulah yang didahulukan.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita.

“Jadi, kalau kita menguasai keadaan, saya rasa itu tak menjadi perhitungan. Yang penting, rakyat,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi.

Harus juga disedari, UMNO bukan saja tidak bertembung dengan DAP dalam pilihanraya, bahkan dengan PKR pun, pertembungan hanya berlaku di kawasan terpilih saja.

Jadi, kenapa perlu bimbang dengan DAP dan Anwar?

Tetapi, sebagaimana diketahui umum, sangat kerap dan lantang UMNO melaungkan slogan “No DAP No Anwar” ini dalam mengisi perjuangannya.

Dalam keadaan MCA dan MIC tidak lagi diterima oleh pengundi bukan Melayu, UMNO sepatutnya menjadikan DAP dan PKR sebagai rakan strategik mereka, bukan saja demi kelangsungan kuasa, bahkan untuk kepentingan negara dan rakyat berbilang kaum yang menghuni Malaysia ini.

Lagi pula, dengan peredaran masa dan keterbukaan pemikiran rakyat, menggunakan isu kaum sebagai modal politik bukan lagi pilihan yang terbaik, sebaiknya perjuangan politik harus bersandarkan keperluan sebenar rakyat dalam kehidupan dan membina negara.

Dulu, musuh UMNO adalah Pas dan ia memang wajar kerana kedua-duanya bertembung di kawasan yang sama, tetapi sejak UMNO bermuafakat dengan Pas, musuh sebenar UMNO adalah Bersatu.

Bersatu yang ingin mengenepikan UMNO dengan cara menindas dan membuli parti itu bagi membolehkan lebih banyak kerusi Melayu diperolehi, mentang-mentang kuasa lebih banyak terkumpul di tangan mereka.

Sebagai parti Melayu yang baru, Bersatu hanya boleh terus hidup jika ia berjaya membenamkan UMNO, manakala jika gagal berbuat demikian, Bersatu sendiri yang akan tersungkur dibuatnya.

Untuk itu, UMNO sebagai parti lama, terbesar dan pernah berkuasa sebelum ini, mereka harus tahu siapa musuh dan siapa yang boleh dibuat kawan.

Anwar, PKR dan DAP bukanlah musuh bagi UMNO, tapi lebih bermanfaat jika dibuat kawan.

Pilihan yang betul bagi UMNO ialah “No Bersatu”, bukan “No Anwar No DAP”, bahkan lagi lama UMNO membiarkan dirinya duduk bersama Bersatu dalam kerajaan PN, lagi mudah untuknya dijadikan tidak bermaya oleh parti pimpinan Muhyiddin itu.


 (Shahbudindotcom 25/12/2020)




GEMPAR : KIAS DI KELANTAN BAKAL DISITA AKIBAT GAGAL BAYAR HUTANG

 


BOB KELANANG

Kelantan bakal hilang satu lagi pusat pengajian tinggi swasta apabila Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bahru telah mengeluarkan suatu notis untuk menyita Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kerana gagal membayar hutang kepada pihak pemaju.

Hutang sebanyak RM 4.1 juta itu gagal dibayar kepada syarikat Indah Serumpun Sdn Bhd hingga mengakibatkan suatu perintah bagi menyita segala harta milik KIAS dikeluarkan pada 26 November lalu.

KIAS yang dipengerusikan oleh Dato Mohd Amar merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan itu difahamkan gagal mematuhi perintah penghakiman oleh Mahkamah yang dikeluarkan pada 22 Oktober lalu hingga menyebabkan suatu perintah penyitaan pula dikeluarkan selepas itu.

Keputusan mahkamah yang memerintahkan KIAS membayar segala hutang kepada pihak pemaju itu dikeluarkan di hadapan peguam yang mewakili pihak Indah Serumpun Sdn Bhd, Zamri Bin Ibrahim dan peguam yang mewakili pihak KIAS, Nik Bahrum Bin Nik Abdullah.

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ialah sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (1996) (Akta 555) dikendalikan oleh KIAS Darul Naim Sdn Bhd (KDSB), anak syarikat Akademi Yakin Sdn. Bhd. (AYSB).

Penubuhan KIAS merupakan kesinambungan dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Nilam Puri yang ditubuhkan pada tahun 1965.

Pada 1 April 1981, YPTIK diserapkan ke Universiti Malaya dengan nama Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM) yang kemudiannya digabungkan dengan Jabatan Pengajian Islam untuk membentuk Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) pada tahun 1996.

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) menubuhkan Maahad Dakwah Wal Imamah pada 1994 hasil cetusan idea YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu.

Maahad Dakwah Wal Imamah dirangka semula dengan penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada tanggal 24 Ogos 1999 yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan Darulnaim.

 

[🔥SIRI 89🔥] "TUN KETUAI PH+? SIAPA YANG CADANG?"PENJELASAN YANG PERLU DIDENGARI DAN JELAS.







BICARA YB KHALID SAMAD (SIRI 89) TAJUK: TUN KETUAI PH+? SIAPA YANG CADANG? TARIKH: 24 DISEMBER 2020 (KHAMIS) MASA: 9.30 MLM MODERATOR: MOHD SHAIFUL ROSEMAN





BERITA VIDEO : MENGARUT! DENDA RM2 JUTA, MINTA DIKURANGKAN KEPADA RM2 RIBU




“Tetapi yang lebih mengejutkan, dalam pembelaan oleh peguam Ku Nan semalam, beliau memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda kurang RM2,000 sahaja! “Ambil RM2 juta, merayu pulang RM2 ribu? Mengarutlah,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

BERITA VIDEO : VAKSIN RM 3 BILION, RAHSIA KOMERSIAL SENSITIF TERDEDAH!



Pagi tadi, Muhyiddin memberitahu kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai bersama fasiliti Covax dan Pfizer. Katanya, melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, kerajaan akan membelanjakan keseluruhan AS$504.4 juta atau RM2.05 bilion.

Antara Illi Najwa dan Navpreet Kaur; sebagai mualaf, izinkan saya berbicara…

 

Antara Illi Najwa dan Navpreet Kaur; sebagai mualaf, izinkan saya berbicara…

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

December 21, 2020

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara (buang emak buang agama),

Kerana kasih saya turutkan.

Hebat

orang Melayu dahulu berseloka. Melangkaui zaman. Ternyata sudah menjadi realiti. Ini yang diketahui, yang tidak diketahui, bagaimanalah keadaannya. Buang emak buang agama, kerana kasih, saya turutkan.

Masih terbayang kisah Aishah Bukhari dan Lina Joy. Sebagai mualaf, terpanggil saya. Izinkan saya untuk berbicara. Tidak usahlah berdolak-dalih lagi. Jika sudah sebegitulah upacara perkahwinannya. Lupakanlah buat sementara bahawa beliau masih lagi beragama Islam.

Masih Islam atau tidak, tidak perlu tunggu permohonan untuk murt4d. Melihat kepada tingkah laku, sudah dapat diketahui, sama ada sudah murt4d mahu pun belum. Jika pasangan tersebut masih berada di Malaysia, mungkin senang untuk diuruskan, tetapi jika sudah terlepas ke Punjab, gigit jarilah jawabnya.

Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini?

Semakin hari, semakin hilang pedoman dan identiti dirinya. Jika di hospital, wad bersalin, boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja anak luar nikah dilahirkan. Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak diketahui, sejauh mana ser1us, ada atau tidak kekerapan permohonan untuk keluar Islam. Cuma berdasar kes di mahk4mah, memang ada.

Ini belum lagi pendedahan, anak-anak perempuan India Muslim bercinta dengan anak-anak lelaki Hindu. Terselamatkah akidah kita? Kepada ultra k1asu, perkara ini tidak ada apa-apa, atas dasar hak asasi manusia. Inilah pun yang mereka perjuangkan selama ini. Dah tentu mereka gembira. Precedent demi precedent bagi memudahkan tugas mereka.

Kepada kita bagaimana? Maruah kita? Perlembagaan kita?

Tak usahlah terlalu defensif dalam perkara ini. Sedarlah, ini semua kelemahan kita. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan sistem pendidikan keluarga, kelemahan media yang sentiasa mensensasikan cerita-cerita cinta seperti pantun di atas dan sebagainya.

Kalau dah sampai tunduk kepada berhala, tukar nama, nak bersangka baik lagi bagaimana?

Katakanlah keluarga lelaki sudah biasa panggil dengan panggilan Navpreet Kaur, kenapa biarkan. Katakan dengan tegas, nama saya Illi Najwa Anuar. Panggil Illi atau Najwa, kenapa mesti dibiarkan, dipanggil Navpreet Kaur. Kaur dan Singh, itulah identiti agama Sikh.

Islam memang agama hikmah (wisdom) tetapi bukan berhikmah selamanya. Perlu ada penegasan terutama hal-hal berkaitan, akidah, nikah kawin cerai dan sebagainya. Ia tidak boleh dilakonkan atau olok-olok.

Dalam keadaan itu, kita diminta bertegas…

Sama seperti kedudukan kami sebagai mualaf, tidak ada masalah untuk berbaik dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara yang belum Islam, setelah memeluk Islam. Malah, dituntut bertambah baik, eratkan hubungan sebaik mungkin.

Tetapi jika mereka paksa kita menyembah berhala, maka penegasan ketika itu amat perlu, kecualilah antara hidup dan mati. Rasanya kita belum berada dalam situasi antara Mashitah (bersama anak) dan Firaun, memilih untuk menyembah Allah atau menyembah Firaun.

Ketika itu, boleh dibenarkan pilih, bertegas, terjun ke dalam kawah panas atau menyamar ikut Firaun. Mashitah bersama anaknya memilih penegasan daripada menyamar menyembah Firaun, walaupun menyamar itu tidak salah, kerana darurat.

Isunya adakah kita berada dalam situasi antara hidup dan m4ti? Sudah tentu tidak…

Saudaraku, Islam bukan agama main-main? Kemuliaan dan kehebatan Islam kerana penegasan. Apabila perkara berhubung dengan akidah, kita mesti bertegas, tidak boleh tidak. Bukan perkara main-main. Pemimpin negara perlu bertegas, seperti mana kita bertegas mempertahankan Zakir Naik.

Bawa balik Illi Najwa. Buat penegasan, sama ada dia Illi Najwa atau Navpreet Kaur…

Begitu juga dengan suaminya, Manpreet Singh. Dilaporkan telah memeluk agama Islam. Tidak diketahui sama ada namanya sama Manpreet Singh atau ada sedikit tambahan (ubah) dengan identiti nama-nama Arab. Tetapi itu bukanlah suatu yang penting. Ada apa dengan nama. Nama Ridhuan pun, kalau perangai macam mangkok hayun tak guna juga.

Justeru, penjelasan dan pengakuan itu yang lebih penting. Jika Manpreet Singh yakin dengan Islam. Maka selamatlah Illi Najwa. Jika sekiranya Manpreet bertindak sebaliknya. Maka hilanglah Illi Najwa, yang ada hanya Navpreet Kaur.

Pilihan seterusnya, jika Illi Najwa bertegas bahawa dia bukan Navpreet Kaur, dia boleh bertegas untuk meninggalkan Manpreet Singh, sebelum keadaan jadi lebih rumit, apabila melahirkan anak nanti. Islamkah anaknya atau sebaliknya?

Persoalannya, mampukan beliau melakukan sedemikian? Mampukah beliau ubah pantun Melayu, demi emak, demi saudara, kerana Islam aku turutkan? Sama-sama kita mendoakan.

Kredit; Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah