Rakyat Perlu Yakin Dengan Kredibiliti PR, Kata Aziz
LAWATAN DSAI KE TEMERLOH.PAHANG BAKAL BERUBAH KERAJAAN.
LAWATAN DAN CERAMAH KELOMPOK-1
Temerloh-Semalam lawatan DSAI ke Temerloh mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ceramah yang di adakan di kampung baru kaum cina ini pada mulanya akan di adakan di salah sebuah restoan di pekan lama temerloh ,namun di batalkan di saat akhir kerana MCA tidak mahu ianya di adakan di situ.
Jadi Lokasi berubah di dalam kawasan kampung kaum Cina dan sambutan tetap tidak menghampakan.Lihat sendiri gambar...Bn gagal lagi.
LAWATAN KE DUA KE JENDERAK UTARA
Selepas di Temerloh DSAI ke kawasan Jendedak Utara dimana ceramah kelompok yang sama di kawasan jenderak Uatara di adakan.Umno yang pada mulanya mahu mengadakan provokasi akhirnya tidak dapat melakukannya kerana kawasanini di kuasai Pakatan Rakyat.
Turut hadir ialah dikalangan kaum asal pengundi dikawassantersebut."Pak Jabib" turut hadir sebagai MC di dalam ceramah.Man Kadir lebih di kenali di kawasan Jenderak Utara kerana bergerak bersama Hj Suhaimi Said yang dikatakan akan menjadi calon di salah satu DUN di Pahang ini.
Ceramah Terakhir ialah di markas besar PAS di Kuala Krau .Lebih 10,000 hadir mendengar ceramah yang turut dihadiri Sdr Mat sabu,Dato Tn Ibrahim Tn Man,Siti Aishah Srikandi Keadilan, Fauziah Salleh,Yb Syeikh, dan pimpinan setempat.
Umno RESAH BAKAL JADI PEMBANGKANG
“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.
“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.
“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.
Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.
“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.
Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.
Umno Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun, Kata Anwar
Sendayan, Pangkalan Baru TUDM Ganti Sg. Besi
AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo
Nik Aziz : Pemfitnah Harus Minta Maaf
Hadi : PAS Bela Peneroka Dari Jadi Hamba Felda
PAS bersama Pakatan Rakyat: Harus tegas kerana pendirian, bukan kerana tekanan
Perkembangan pasca "tsunami politik" membawa PAS ke persimpangan jalan, dan halatuju masa depannya dijangka akan ditentukan dalam pemilihan pada tahun 2009. Mohamad Sabu dan Husam Musa yang berpendirian lebih tegas untuk menutup pintu rundingan bersama UMNO - akhirnya gagal menawan jawatan Timbalan Presiden, sungguhpun jumlah undi kedua-dua mereka melebihi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.
Kesudahan sedemikian mencungkil ramalan bahawa isu "kerjasama UMNO-PAS" atas nama perpaduan umat Islam akan terus menghantui PAS, malah PAS mungkin mengalami retakan dalaman berikutan isu ini. Bagaimanapun, isu ini akhirnya berjaya dimatikan dalam Seminar Politik PAS, selepas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara terbuka menyelar beberapa pemimpin yang "tak habis-habis nak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan".
Untuk berlaku adil kepada Presiden PAS, beliau sebenarnya telah berulang-kali menegaskan pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat selepas "Seminar Politik" tersebut. Bagaimanapun, "ketegasan" Abdul Hadi Awang tetap tidak meyakinkan sesetengah orang - misalnya Profesor Abdul Aziz Bari yang masih menuding jari terhadap kelemahan pimpinannya.
Tegas kerana terpaksa tegas?
Pemerhatian ini dilontarkan kepada Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada Jun 2011, disusuli dengan persoalan mengapa keadaan ini berlanjutan. Beliau tidak menyanggah pemerhatian tersebut, sambil berkata, "Dia satu, tegas kerana pendirian kita. Satu lagi tegas (kerana) terpaksa tegas kerana kehendak orang ramai. Kita mahu tegas di sudut pendirian, bukan tegas kerana terpaksa tegas."
"Kita kata kita bersama Pakatan Rakyat. Bukan soal Anwar ada atau tak ada; Nik Aziz ada atau tidak ada. Sebab manusia boleh datang dan pergi. Sama ada keluar parti, meninggal dunia... sebab tu kita kena tegaskan dengan Pakatan Rakyat. Bukan the person, tapi parti. Gobalakrishnan pun dah pergi, Ezam..." kata Mat Sabu (gambar kanan).
Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 12 Mei 2011, di Hotel Armada Petaling Jaya.
Jawapan Mat Sabu mengisyaratkan bahawa wujudnya pandangan berbeza dalam isu kerjasama antara PAS dengan gandingan parti politik yang berbeza. Dan beliau tanpa berselindung untuk mengaku bahawa dirinya bersama sekumpulan rakan perjuangan dalam PAS berpendirian untuk bersama Pakatan Rakyat buat masa kini, agar membentuk formula politik baru untuk Malaysia.
Dari sebermulanya, Mat Sabu enggan mengulas kelemahan atau kelebihan "lawan"-nya, meskipun berkali-kali diaju dengan soalan untuk menilai saf pimpinan asal. Beliau berkata, "Apa yang penting ialah apa yang saya nak buat bila saya dipilih nanti."
PAS kurang agresif
"Saya nampak bila kita sebagai parti yang tidak memerintah, ia mesti bersifat agresif. Bukan radikal, (tapi) agresif. Saya melihat Keadilan (PKR), partinya tidak sekuat mana. Tetapi dia lebih agresif dari segi menyatakan sesuatu isu, misalnya isu rasuah, penyelewengan, nampak lebih ke depan...sedangkan ahli dan kekuatan mereka tidak seberapa..."
Beliau menambah, "Tapi Parti Islam, ia lebih ramai ahli, dan lebih established, organisasinya mantap, tetapi untuk nak eksploitkan orang ramai menyokong parti itu, perlu dipertingkatkan. Itu yang saya nampak ruang yang saya boleh mainkan peranan di sini."
Mat Sabu secara terang-terang menolak perjuangan radikal, misalnya mengangkat senjata; tetapi dari segi tindakan, beliau berpandangan bahawa pimpinan harus lebih progresif dan proaktif. Wartawan menyusul dengan soalan sama ada inilah yang kurang dalam pimpinan yang sedia ada, Mat Sabu menjawab, "Ya."
"Misalnya corruption (rasuah), penyalahgunaan ISA, penyalahgunaan Akta Cetak dan sebagainya, kita nampak parti lain dan pertubuhan lain lebih terkehadapan, sedangkan kita lebih berupaya..." katanya.
Mat Sabu jelas bahawa PAS tidak akan menang dalam pilihan raya hanya dengan sokongan ahli partinya, tetapi sokongan orang ramai yang menjangkau kaum Cina, India, dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Pemidato popular ini yakin bahawa dirinya "ada sedikit keupayaan untuk mendamping mereka", barangkali latar belakangnya yang lahir di Pantai Barat, iaitu Pulau Pinang, dan hidup bersama komuniti bukan Melayu, katanya. Lebih-lebih lagi, persahabatan yang terjalin antara pemimpin DAP misalnya Lim Guan Eng, Karpal Singh dan lain-lain, ketika mereka ditahan bersama di bawah ISA dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.
Mat Sabu berterus-terang bahawa PAS perlu bergerak bersama orang-orang bukan Melayu yang tidak menyokong MCA dan BN, seandainya "berangan-angan untuk memerintah Malaysia". Beliau mendakwa bahawa masyarakat Tionghua lebih gelisah dan sensitif dengan isu hak asasi, rasuah dan sebaginya, berbanding masyarakat Melayu.
Padahalnya, pendekatan untuk menjangkau komuniti bukan Melayu/Islam terbukti strategi yang berjaya, sebagaimana apa yang berlaku dalam "tsunami politik" 2008. Menurut analisa Mat Sabu, antara faktor yang mencetuskan "tsunami politik" adalah perhimpunan BERSIH dan HINDRAF. Mat Sabu mendakwa bahawa dirinya bersama beberapa rakan dalam PAS antara yang cuba meyakinkan pimpinan lain untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.
Ketika ditanya apakah kekhuatiran yang membelenggu sesetengah pimpinan dalam PAS yang enggan menyertai, Mat Sabu berkata, "Mereka, setengahnya menganggap bahawa Cina dan India ini selamanya tidak boleh terima Parti Islam. Kita kata, pernahkah kita berdamping dengan mereka, bercakap, berdialog berterus-terang? Lalu benda-benda seperti ini, kami, sekumpulan mainkan peranan sehingga parti menjadi begini sekarang."
Isu Negara Kristian: Usaha Utusan yang cukup jahat
Sungguhpun demikian, "keghairahan" selepas "tsunami politik" kelihatan tidak bertahan lama. Tsunami berlaku di bandar dan airnya tersekat di luar bandar. Malah beberapa PRK kebelakangan ini, yang kebetulan berlaku di kawasan luar bandar - mungkin sedikit sebanyak melemahkan semangat Pakatan Rakyat. Mat Sabu mengingatkan, padahal pembangkang agak sukar menang dalam PRK mengikut pengalaman lalu, kerana terpaksa melawan dengan jentera negara, yang kini semakin "terang-terang" disalahgunakan.
Apabila wartawan membangkitkan bahawa PR pun pernah menang dalam beberapa PRK yang awal selepas PRU 12, menyusul dengan pertanyaan sama ada ia tanda "lunturnya semangat PR", sambil senyum Mat Sabu menjawab, "Itu yang saya cuba, nak menaikkan semula!"
Beliau mengupas perbezaan antara pola pengundian masyarakat Cina di bandar dengan masyarakat Melayu di kampung. Untuk Mat Sabu, gula yang ditaburkan memberi kesan kepada penduduk kampung, sungguhpun PAS terkenal untuk mengingatkan pengundi agar tetap undi PAS walaupun menerima kebaikan daripada UMNO-BN. "Sikit (orang) yang ambil (kebaikan) tapi tak balas budi," katanya.
"Masyarakat Tionghua ini sejak awal dulu dia masyarakat yang independent (berdikari). Dia tak bergantung kepada subsidi, dia tak bergantung kepada... Tak kan you nak bagi orang di Petaling Jaya 50 ringgit untuk undi dia? Jadi berlainan. Tapi saya yakin kalau sekarang berlaku pilihan raya, undi Melayu akan melonjak..."
Bagaimanapun, pemimpin yang kerap berceramah di peringkat akar umbi mengakui bahawa serangan UMNO-BN cukup berbisa, dan perlu ditangani dengan baik. Misalnya, beliau menganggap "isu negara kristian" yang ditimbulkan Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai "usaha yang cukup jahat", kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan Melayu/Muslim. "Orang kampung tak tahu yang nak tubuh negara kristian tu memerlukan majoriti dua pertiga dalam parlimen," katanya, sambil menambah bahawa pihak Pakatan memerlukan beberapa minggu untuk "cover-balik" (menangkis dengan baik) isu yang ditimbulkan ini.
Beliau turut menyifatkan bahawa BN "tersepit sungguh" untuk memainkan isu sebegini, kerana UMNO sedar bahawa gandingan PAS, PKR dan DAP boleh menjurus kepada pertukaran kerajaan. "PAS kalau berpisah dengan DAP, BN akan memerintah selama-lamanya," katanya, menambah bahawa ini adalah soal perkiraan matematik yang mudah.
Tidak bercita-cita untuk jadi Presiden
Ketika ditanya MerdekaReview, Mat Sabu secara terus-terang mendakwa bahawa dirinya tidak berniat untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi, iaitu Presiden, pada masa depan - setelah menilai keupayaan diri. Beliau sekadar mahu menyumbang tenaganya selaku Timbalan Presiden, seandainya direstui perwakilan dalam pemilihan parti akan datang.
Bagaimanapun beliau enggan menamakan calon yang sesuai untuk jawatan Presiden selepas Abdul Hadi Awang, cuma yakin bahawa ada orang yang lebih layak.
Mat Sabu bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2009, memperolehi 261 undi, berbanding Nasharuddin Mat Isa (480 undi) dan Husam Musa (281 undi). Kali ini, Mat Sabu diberi laluan oleh Husam Musa, memperolehi pencalonan yang tertinggi untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau berdepan dengan dua orang pesaing yang sudah mengumumkan kesediaan bertanding, iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. (Bahagian kedua, tamat)
Bahagian Pertama: Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Tarif Elektrik : Kroni Terus Kaut Untung, Rakyat Kekal Menderita
| TARIF BAGI KAD KEAHLIAN UMno dikurangkang....ha..ha...ha SHAH ALAM 27 MEI : Kenaikan tarif elektrik yang hanya akan diperincikan butirannya Isnin ini mungkin menyaksikan kenaikannya dilakukan secara berperingkat-peringkat demi mengelakkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah terus merudum menjelang Pilihan Raya Umum. Walau bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, strategi Umno-BN ini tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat memandangkan ketirisan subsidi kepada kroni masih diteruskan kerajaan pemerintah. “Kalau ia (tarif elektrik) tak naik, juga bermaksud pilihanraya sudah dekat (tetapi ) kerajaan akan naikkannya selepas pilihanraya, jadi isu tarif ini tidak selesai. “Mereka hanya buat sedikit perubahan untuk menahan sekejap (kenaikan) sahaja tetapi mereka tidak selesaikan masalah ketirisan subsidi kepada kroni-kroni yang kaya,” kata Tian kepada TV Selangor. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik. Jelas beliau, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga. Walau bagaimanapun berikutan perjanjian itu, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya semula pada kadar harga subsidi tetap. “Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar. Justeru itu katanya, ekoran perjanjian yang rumit dan berat sebelah itulah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi. Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang bermesyuarat hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik dan butirannya akan diumumkan Isnin depan.
|
Pusat Tak Bantu Percepat Selesai Masalah Air Selangor
SHAH ALAM 27 MEI : Tindakan kerajaan pusat menolak cadangan Selangor mengenai idea penstrukturan semula air di negeri ini menyukarkan penyelesaian proses itu dilakukan.
Hal ini kerana, tindakan kerajaan Pusat yang enggan menimbang sebaik mungkin tawaran yang diberikan kerajaan negeri lah yang menyebabkan isu ini masih berlarutan sehingga sekarang, kata ahli parlimen Klang, Charles santiago.
" Apa yang lebih malang ialah, kerajaan Persekutuan pun tidak ada apa-apa cadangan yang baru, pandagan mereka ialah untuk tidak lakukan apa-apa perubahan mengenai cara untuk menguruskan, yang pasti mereka takut untuk cakap dengan terus terang, oleh kerana itu apa-apa cadangan yang dibentangkan kerajaan negeri ditolak dalam mesyuarat," kata Charles.
Berita Harian hari ini melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor gagal menyusun langkah sesuai untuk mengatasi masalah ini sehingga mengakibatkan kerajaan Pusat terpaksa masuk campur.
Bagaimanapun, menurut Charles, kenyataan menteri itu amat tidak bertanggungjawab memandangkan umum mengetahui kerajaan negeri beberapa kali membentangkan tawaran kepada empat syarikat konsesi di negeri ini namun "diganggu" oleh kerajaan Pusat.
"Apa yang dikatakan oleh Datuk Peter itu memang tidak patut dan tidak bertanggungjawab sebab kita telah lakukan banyak cadangan tetapi ditolak dan perkara ini membuatkan ia berlarutan dalam jangka masa yang lama,"katanya.
Charles menyatakan kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang- pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat menyelesaikann isu dengan kerajaan Persekutuan bagi menyusun semula perkhidmatan air seperti yang diperuntukkan bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Malangnya, kerajaan Pusat pula tekad mengambil alih bon air dari kerajaan Selangor atas alasan menstabilkan industri air Selangor.
Justeru menurut Charles, penyelesaian Selangor perlu diberi hak dan ruang dalam menyelesaikan masalah ini.
"Kalau Peter Chin tidak mampu uruskan biar kerajaan negeri uruskan, dan kini dia bagi pembelaan kepada pemegang bon dan jelas tindakan ini tidak masuk akal, ini menunjukkan keadaan sedia ada iaitu menggunakan pihak swasta menguruskan air (yang terbukti) telah gagal,"katanya lagi.
DAP hari ini mendedahkan, kerajaan membayar 73% lebih tinggi daripada nilai pasaran walaupun sepatutnya baki bon tersebut harus diselesaikan oleh pemegang saham syarikat terbabit.
Untuk rekod, kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Selepas Pakatan Rakyat memerintah pada Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.
Pemegang konsesi menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.
Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima konsesi SPLASH dan ABBAS.
Pada Mac 2010, kerajaan persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.
Skandal Scorpene : Peguam Perancis Akan Tiba Ke Malaysia
Hubungan Pemuda Umno Dan Perkasa Rapat - Khalid Samad
SHAH ALAM 27 MEI : Penglibatan bersama antara Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia minggu lalu jelas menggambarkan mereka mempunyai hubungan rapat.
Hutang Air : 'Putrajaya Terlebih Bayar 73% Peratus', Kata DAP
KUALA LUMPUR 27 APRIL : DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.
“Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.
Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.
Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.
Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.
water paipsNamun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.
Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.
Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010. Malaysiakini
Nizar Sahkan Bertanding Saat-Saat Akhir
Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.
Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.
Beliau akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.
Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini.
Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.
Antara 3 calon pilihan
Sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya, tetapi selepas bergelut mempertahankan 'maruah' kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas, menyebabkan karismanya semakin menyerlah.
Walaupun kerajaan Pakatan yang dipimpinya runtuh selepas 11 bulan, beliau masih berjaya mengekalkan momentum pembangkang apabila menang dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada April 2009.
azlanTidak terhenti di situ, beliau kemudiannya menang dengan undi terbanyak dalam pemilihan parti dua bulan kemudiannya selepas bergelar ahli parlimen.
Sehubungan itu, pemerhati politik melihat beliau merupakan salah seorang calon pilihan untuk mengisi kekosongan satu daripada tiga kerusi naib presiden.
Sementara itu, dua lagi calon tumpuan dalam persaingan itu adalah exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan naib presiden sekarang Salahudin Ayub.
Husam sebelum ini pernah menyandang jawatan itu. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dianggap anak emas mursyidul am PAS itu.
Lebih mudah pilih
Manakala Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian antara pemimpin kanan PAS yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengetuai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dan DUN Tenang sebelum ini.
azlanPemerhati politik juga menyifatkan tentangan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz juga tidak kurang hebatnya khusus perjuangannya membantah saman ekor melalui kempen Anti Saman Ekor (KASE).
Bagaimanapun ketika mengumumkan pendiriannya bertanding naib presiden, beliau mengakui 'agak sulit untuk mendapat tempat' kerana kemampuan dan kebolehan calon lain.
Mohd Amar dan Idris pula dilihat sebagai calon yang boleh mengisi 'kuota ulama' bagi menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Disebabnya hanya enam -- daripada 14 yang layak -- menyahut pencalonan kawasan, ia lebih memudahkan sejumlah 1,100 perwakilan membuat pilihan.-Malaysiakini
HA..HA..HA TAK BERANI NAK POTONG,NAIK, NAK TIPU RAKYAT
BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP
KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Tegas Lim (gambar), langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.
“Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.
“Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.
“Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.
“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya.
Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.
“Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.
“Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.
“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” katanya.
Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.
Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.
Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
Hospital Shah Alam : JKR Dokong Syarikat Tidak Layak, Kata Khalid

SHAH ALAM 26 MEI : Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.
Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.
Khalid berkata Frontier menawarkan RM30 juta kepada Sunshine supaya syarikat itu mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak baru pembinaan hospital itu diberikan kepada Frontier.
Sebagai balasan, FSSB akan membayar sejumlah RM30 juta dalam bentuk pemberian sub-kontrak kepada SFSB, menurut syarat yang didedahkan oleh Khalid.
"Dia (FSSB) (janji) akan membayar balik RM 30 juta kepada Sunshine. Syarikat Sunshine sebelum ini sudah pun mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit sebelum ini apabila diberikan projek tersebut. Dari RM 480 juta dia dapat RM 60 juta," kata Khalid.
Khalid turut menunjukkan senarai pembida baru projek hospital itu berasaskan tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya pada Disember tahun lalu. Senarai itu menunjukkan FSSB tidak membida untuk projek berkenaan.
Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan menerusi sepucuk surat menggarahkan Kementerian Kerja Raya menyenarikan FSSB sebagai pembida projek berkenaan.
"Sunshine mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan. Akhirnya Pengarah Kerja Raya yang menerima surat arahan ini daripada Kementerian Kewangan bertindak memasukan FSSB dalam senarai," kata beliau.
Khalid menegaskan tindakan mencurigakan Kementerian Kewangan, FSSB dan Sunshine adalah 'permainan' syarikat kroni-BN yang menyebabkan projek Hospital Shah Alam terus terbiar.
"Frontier Structure Sdn Bhd bukan kontraktor kelas A, jadi bagaimana surat (Kementerian Kewangan) ini boleh keluar? Inilah mainan di antara semua kroni yang berebut projek, yang jadi mangsa ialah rakyat Shah Alam. Projek ini sudah setahun terbengkalai. Dah jadi kawasan terbiar. Tak ada orang jaga," kata Khalid.
Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011 namun sehingga kini, bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sebelum ini menyatakan JKR dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.
Khalid mengakui beliau tidak mengetahui kesahihan surat tersebut namun ia nampak seperti surat rasmi
Justeru, beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat pendedahan-pendedahan dalam tiga surat berkenaan dan mengambil tindakan yang diperlukan.
"Saya hendak buat laporan kepada SPRM suruh siasat sama ada betul atau tidak. Tapi inilah surat yang saya terima. Ada Kementerian Kewangan boleh tulis kepada Pengarah JKR untuk masukkan syarikat yang bukan kelas A. Alasannya nak tunggu FSSB dapat lesen kelas A," kata Khalid.
PAS Bantah 1,120 Ahlinya Dipindah Kawasan Undi

SHAH ALAM 26 MEI : Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa seramai 1,120 orang pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan pengundi tersebut.