ADAKAH PERLU YOU TUBE MENGENAI ROSMAH DIBUANG???
Jimmy dari CJ menemui rakyat terbanyak menemuramah mengenai wanita pertama Malaysia di dalam you tube.
BATAL PERJUMPAAN:MASAALAH KECIL UNTUK DISELESAIKAN
Malah masalah itu sengaja di besar-besarkan oleh berita arus perdana kerana ianya memang menjadi tradisi neraka . malah DSAI menjelaskan bahawa krisi dalam Bn hampir setiap hari ada.
Manakala Saifuddin Nasution pula menjelaskan bahawa ianya adalah proses kematangan untuk berbincang dan bertolak ansur antara kerajaan Pakatan Rakyat.
KES DSAI KE MAHKAMAH TINGGI
Dengan membawa kes ke mahkamah tinggi , ramai yakin dan percaya usaha memerangkap beliau kali ke 2 ini akan menjadikan Pakatan Rakyat goyang bagi menghadapi piliharaya yang ke 13.
PAKATAN ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR HARI INI
Belum pun reda dengan perhimpunan di stadium MPPJ beberapa hari lalu yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah bersatu kembali dan menyatakan bahawa ianya adalah permainan parti lawan, kini beberapa perkara muncul kembali dan dikatakan akan menghapuskan kreadibili kerajaan Pakatan Rakyat di mata rakyat umum.
Di Pulau Pinang kes kampung Buah Pala menjadi isu besar sehingga penduduk membantah dan meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan beliau, sementara di Kedah pula DAP memberi kata dua untuk keluar dari Pakatan tanpa merujuk DAP Pusat dan DAP serta PKR di Pulau Pinang pula bertelagah mengenai perbelanjaan besar pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Sementara kes penyatuan Umno- PAS pula kembali menghantui orang ramai apabila di katakan adanya perbincangan di kalangan pimpinan muda pula.Namun kenyataan dari Dewan Pemuda PAS pusat telah di keluarkan dalam blog ini.
Namun belum semuanya reda mengenai kes penyatuan dengan Umno, ianya dikatakan bermula apabila maklumat yang di terima menyatakan bahawa sesetengah artikel yang di keluarkan oleh pimpinan PAS , malah proposal mengenai kerajaan perpaduan yang telah di cetak dalam Harakah sebanyak 40,000 naskah yang diketuai oleh Datuk Mustaffa Ali telah dikeluarkan article dari di edarkan.
Helaian tersebut adalah agak berbeza dari apa yang di ilhamkan oleh Hj Hadi yang mengutarakan idea tersebut, telah di keluarkan dari harakah edisi internet yang pro penyatuan Mustaffa..
Untuk memperingatkan Kit siang berhubung dengan senario tersebut dan jika beliau melihat kembali sejarah lalu tentang kegagalan pakatan Barisan Alternatif, bagaimana DAP berpatah balik untuk tidak menyertai Pakatan Barisan Alternatif pada 2001 ialah berhubung dengan agenda negara islam yang di utarakan olah PAS, dan dalam masa yang sama ianya memberikan kekakalahan besar buat DAP pada tahun 1999.
Keadaan yang sama juga kini hampir berulang di Kedah , dimana kes pusat penyembelihan babi menyebabkan DAP mengambil tindakan keluar dari Pakatan Rakyat. Isu ini juga berulang apabila ianya pernah terjadi dengan penentangan 50 % kouta Bumiputera yang melibatkan isu perumahan kerajaan negeri Kedah.
Ianya melibatkan setiausaha agong DAP Thomas Su yang bukan sahaja menentang tentang 50% quota unuk bumiputera dari segi perumahan malah isu pusat penyembelihan babi di Kedah.
Amatlah naif apabila melihat akan situasi seperti ini dimana perbezaan pendapat dan ideologi politik yang berbeza di kalangan parti sekular DAP dan juga PAS yang memperjuangkan Islam kembali menjadi satu agenda yang tidak dapat di perhalusi secara bijaksana dalam memantapan perikatan pembangkang yang kukuh.
Kerajaan DAP di Pulau Pinang pula tidak banyak membabitkan PKR secara mendalam di Pulau Pinang , akan tetapi ianya sedikir sebanyak menjerumus apabila kes membangunkan kampung Buah Pala tersebut kemudiannya di anjak sehingga ke bulan Ogos, namun kumpulan pelobi Hindraf pula dan juga kaum India di Pulau mencetuskan situasai meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan dimana ianya menunjukkan tentangan , dalam masa yang sama juga pimpinan PKR balik Pulau YB Yusmadi pula menjelaskan bahawa pimpinan DAP di Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikannya dan menjadi kerajaan yang bertaggung jawab.
Masalah pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang pula yang mendapat kritikan dari pimpinan PKR berhubung perbelanjaan yang begitu besar untuk membinanya , kini berbeza pula dengan pandangan Guan Eng apabila beliau secara iklasnya menyatakan ianya tidak menjadi masaalah asalkan ianya diteruskan pembinaannya oleh kerajaan Pusat.Perbezaan pandangan ini jelas sekali apabila Anwar mengkritik kos pembinaannya yang luar biasa.
Tindakan Guan Eng berhubung dengan bantahan ahli majlis MPSP juga menjadi kan hubungan PKR dan DAP pimpinan Guan Eng sedikit tegang apabila ramai yang berpendapat tindakan tersebut adalah agak keterlaluan dan kuku besi kerana tidak bersetuju dengan pilihan beliau dan PKR melepaskannya ke Pusat untuk di selesaikan.Ianya berpunca dari ketidak puasan hati apabila melantik Mokhtar Jait yang di katakan penyokong Umno di lantik sebagai YDP MPSP.Johari kemudiannya di perintahkan untuk melepaskan jawatan tersebut.
PR tidak harus melihat insiden yang di anggap kecil ini sebagai satu perkara biasa sahaja sedangkan ianya haruslah di ambil perhatian yang serius kerana ini akan menjadikan mereka rugi dan sepatutnya melihat ke belakang perkara ini untuk kemajuan masa hadapan dan bukannya melihat kegagalan lalu dan meneruskannnya kembali .PR tidak boleh menyatakan ia sebagai sesuatu yang dianggap "kebebasan bersuara dan bertindak atas demokrasi" namun masalah ini akan menajdi lebih besar dan semakin berat untuk PR mengatasinya dimasa akan datang.
Mesyuarat hari ini mungkin akan dapat menyelesaikan masalah dan salah faham berhubung dengan isu-isu ini yang menjadi perkara yang utama dimana perbezaan antara parti ini akan dapat di perhalusi dengan lebih baik lagi.Selepas itu penerangan dibuat keseluruh negara.
JIka babi menjadi masalah untuk bertindak keluar dari pakatan, bagaimana pula jika penjualan alkohol dilarang di Selangor???
Sejak pilihanraya lalu PR mendakwa bahawa sokongan kepada mereka semakin melonjak namun dalam masa yang sama pula pimpinan dalam PR sendiri telah melakukan sebaliknya dengan bertindak keluar dari parti dan bertelagah pendapat seolah-olah tidak merujuk kepada ketua yang dipersetujui bersama , sehinggakan membawa kepada kejatuhan kerajan Pakatan Rakyat di Perak, dan yang selamat ialah kerajaan PAS Kelantan hingga kini.
Sementara ketua penerangan DAP Tony Pua menjelaskan dalam blog beliau berhubung dengan perbincangan yang akan melibatkan pemuda PAS dan Umno adalah sesuatu yang "luar biasa kenaifannya dan ianya bukan sekadar perbincangan intelektual namun sesuatu yang tidak dijangka dan tidak bertanggungjawab"
Mungkin jika ini melibatkan banyak permasalahan yang boleh dikaitkan dengan tindakan DAP, dan partinya Lim Kit Siang seharusnya lah memohon maaf secara terbuka kerana kegagalan DAP mengatasi banyak isu yang berkaitan dengan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Terjemahan oleh: amirudin ahmad
KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.
3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.
4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.
Sekian.
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat _
BABI PUNYA PASAL,SANGGUP KELUAR PAKATAN?????
Jika ini dilakukan oleh semua parti dalam Pakatan maka akan hancur harapan rakyat untuk meihat sebuah Kerajaan yang kukuh menggantikan BN.
Jika selama ini mengutuk Bn bertindak semborono,kini tindakan yang di ambiL dilihat amat memalukan.
ASAL TAK PUAS HATI PADA MANA-MANA KERAJAAN UNTUK KEPENTINGAN KAUM ,TUBUH PARTI BARU

Parti baru yang akan memperjuangkan kaum India dikenali sebagai Paham, Parti Hak asasi manusia yang akan ditubuhkan oleh Uthaya Kumar salah seorang pemimpin Hindraf dijangka akan di lancarkan di Kelang sedikit masa lagi. Parti ini menurut Uthaya Kumar ialah memperjuangkan kaum India berbeza dari Bn dan Juga PR.Ini adalah kerana ianya memeperjuangkan kaum india cara lain dari yang lain , lantas menempelak Pakatan Rakyat kerana kes Kampung Buah Pala.
Sebenarnya perjuanga Pakatan Rakyat telah elok buat masa ini. Namun kekangan yang dihadapi dari beberapa segi harus di sedari berbeza dengan Bn yang sememangnya rakus dan memperjuangkan kepentingan kroni dan orang kaya raya.
Elok juga Uthaya Kumar menubuhkan parti baru kerana kita taidak mahu jadi seperti apa yang berlaku di Bukit Selambau.Akibat tidak dapat jawatan keluar parti..Bila jadi pemimpin nanti, dan bila kaum India mula menuntut supaya Uthaya Kumar mengembalikan hak mereka maka ketika itulah Uthaya Kumar akan faham.
Kenapa tidak menuntut kepada Koh Tsu Koon , tak kan pimpinan tak mengetahui rumah Koh Tsu Koon.Minta penjelasan Koh Tsu koon kenapa tanah tersebut di jual atau demontrasi di mana-mana yang patut.....
Akan teteapi Hindraf terkenal dengan tuntutan mereka dan seringkali mengancam maan-mana demi kepentingan kaum India semata-mata.jika itu di laksanakan akan, menjadikan ianya lebih teruk dari MIC.Hindraf pernah menuntut untuk menyokong kerajaan Bn sekiranya pimpinan mereka di bebaskan.Pernah mengugut agar Pakatan Rakyat juga memenuhi tuntutan mereka.
Dalam usaha murni untuk menghakiskan parti yang rasis, Uthaya Kumar mengenengahkan parti yang betul-betul rasis......buatlah asal bahagia dan kini rakyat semakin bijak menilai dan jika diambil kira memang benar Melaytu banyak bertolak ansur.........
Petikan dari mungkarnangkir
KES MENYAKAT ISTERI PERDANA MENTERI.2 PELAJAR DIBEBASKAN PAGI INI
Dua Mahasiswa yang melakukan perbuatan nakal dengan menconteng "C4", "Altantunya" dan "puaka" di bebaskan oleh polis pagi ini setelah di jamin oleh ibubapa masing-masing.Mereka tidak mengaku bersalah diatas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.
Menurut polis perbuatan ini dilakukan oleh 5 orang.Polis sedang mencari 3 lagi.Salah seorang ialah Preseden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.
KES DSAI JUMAAT
Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi ditunda berikutan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan semalam.
Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan penasihat PKR itu terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.
SMS BERTIUP KENCANG KONONNYA KERAJAAN AKAN HAPUSKAN PPSMI....ADAKAH BENAR???
Mungkin minggu ini Tan Sri Muhyiddin akan mengemukakan cadangan penambahbaikkan setelah menghapuskan PPSMI.Kepentingan murid-murid lebih penting...dan mungkin guru-guru yang sebilangan kecil akan kehilangan elauns PPSMI, namun rakyat terbanyak harus juga diambil kira kerana ianya tidak membuahkan hasil berdasartkan kajian yang dijalankan.....
KAMI BERSATU:TAMPARAN BUAT BN
Perhimpunan semalam bukan sahaja berjaya menjelaskan tentang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat , akan tetapi medan bagi menjelaskan polisi kerajaan Bn yang meniru Pakatan Rakyat , namun masih gagal untuk membenteras rasuah dalam negara.Menurut Hj Hadi lagi,"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.
"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.
Turut hadir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.Lim Kit Siang, Hj Hadi,DSAI, dan pimpinan yang lain.
PAHANGDAILY AKAN SAMAN SAIFUL RM 2 JUTA
Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.
Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu , saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.
Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.
Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.
Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.
“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.
“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.
“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.
KES ANWAR DITOLAK.DAH TAHU DAHHHHHH..SKRIP LAMA
GUAN ENG:KAMPONG BUAH PALA TIDAK AKAN WUJUD JIKA PR TIDAK CAMPURTANGAN
Update 30 Jun PULAU PINANG-Ketua Menteri Pulau Pinang-Guan Eng berkata Kampung Buah Pala tidak akan wujud pada hari ini jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak campur tangan dalam kes kampung Buah Pala dimana ianya melibatkan kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Menurut beliau, kampung Buah Pala sebenarnya adalah isu yang mana melibatkan kerajaan terdahulu dan menyalahkan Koh Tsu Koon yang telah menjual tanah tanpa berunding dengan penduduk setempat.
Beliau juga menjelaskan bahawa sebarang tindakan yang akan di ambil ialah haruslah dilakukan dan diambil tindakan kepada pihak pemaju yang telah mendapat perintah mahkamah untuk membangunkan kampung Buah Pala.
Beliau juga membidas Hindraf kerana memberi ugutan kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana sepatutnya, menurut Guan Eng lagi, Hindraf harus megadakan tunjuk perasan kepada Umno,Bn termasuk MIc,MCa dan juga Gerakan kerana didapati mereka adalah antara agen yang melaksanakan penjualan tanah kepada syarikat swasta tersebut.
Menurut Guan Eng lagi, "KohTsu Koon harus menjawab kepada rakyat kenapa menjual tanah tersebut kepada pemaju serendah harga RM10 kepada pemaju sedangkan harganya melebihi dari harga tersebut." demikian jelas Guan Eng lagi.
Sementara itu menurut Guan Eng lagi, krisis yang berlaku di kampung Buah Pala ini bukan secebis isu tetapi ianya adalah isu dimana setiap masaalah adalah ditanggung bersama.Ianya adalah masaalah yang berkaitan dengan isu masyarakat semua kaum.Malah menurut Guan Eng lagi, kerajaan Pakatan Rakyat telah menaikkan taraf kaum india di Malaysia khasnya di Pualau Pinang kerana telah melantik TKM 2 dari kalangan kaum India, malah beliau juga menjelaskan bahawa Hindraf mempunyai hak dan sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi mereka berhak melakukan demikian.
ADAKAN PILIHANRAYA MAJLIS PERBANDARAN
Malahan menurut salah seorang yang memberi komen ianya adlaah menunjukan sikap tidak "bertanggungjawab dan tiadanya tolak ansur bagi pemerintah yang baru", berlainan pula dengan yang lain.
Maka kerana itu pemerintah yang baru harus menujukkan sikap telus dalam mengendalikan kes penyingkiran seperti ini.. dan yang lebih baik ialah adakan semula pilihanraya majlis perbandaran...
SAYA DULU DIGELAR SEBAGAI EGEN CINA, KINI APA PULA UNTUK NAJIB-DSAI
"Saya dulu digelar sebagai agen kaum cina dan juga sebagai pembelot kepada orang-orang Melayu.Kini apa pula yang Najib lakukan dengan keputusan beliau untuk menggunakan meritokrasi dalam persembahan biasiswa."Demikian jelan Anwar apabila dihubungi.
Baru-baru ini Najib telah mengumumkan mengenai rancangan basiswa dan juga bantuan kepada sekolah-sekolah Cina seluruh negara sebagai sebahagian agenda Bn untk mengambil hti kaum tersebut yangmenyokong Pakatan Rakyat.
Menurut Anwar kerajaan hanya membantu yang dipilih dan bukan membantu yang miskin berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang mengamalkan dua konsep iaitu membantu yang susah dan dalam masa yang sama Lebih telus dalam menjelaskan sesuatu isu dan agenda kepada rakyat.
Sumber :terjemahan dari malaysian insider
Anwar Ibrahim & kenangan manis di Tivoli Villa – Dr Novandri Hasan Basri
Hukuman tersebut dijalankan serentak. Anwar Ibrahim gagal di dalam rayuan beliau di mahkamah rayuan pada tahun berikutnya dan pada Julai 2002, Anwar sekali lagi gagal di dalam rayuan akhir di mahkamah persekutuan.
Pada 2 September 2004, dua daripada tiga hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
“We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.” – Malaysian Story
Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.
Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walaupun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang ‘minat dua alam’ Anwar Ibrahim ini. Apa tidaknya, mereka terpaku dengan ceramah dan kata-kata Anwar Ibrahim yang boleh membakar perasaan mereka yang mendengar, disulami dengan hadis dan ayat Quran.
Ironinya, sebagai seorang yang kelihatan ‘warak’, Anwar Ibrahim masih boleh mengadu domba ke Hakim yang paling tinggi sekali di dalam dunia dan akhirat ini iaitu Allah swt setelah gagal di mahkamah tertinggi di Malaysia.
Dan penyokong-penyokong beliau terutamanya parti Pas, tentunya mahukan Anwar Ibrahim berbuat demikian demi membersihkan nama beliau.
1. Sebagai seorang ahli politik yang bermatlamat tinggi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa jika beliau bersumpah tidak meliwat, sokongan rakyat ke atas beliau mungkin berlipat ganda tetapi beliau tidak melakukannya!
Kenapa?
2. Beliau mencipta pelbagai teori dan konspirasi, mengadu domba di dalam dan luar negeri, memujuk rayu agar ahli-ahli parlimen melompat dan menyokong beliau dan pelbagai lagi yang tidak terfikir oleh otak kita ini tetapi beliau tidak menggunakan satu saluran yang paling ultimate untuk mengangkat martabat beliau iaitu tuhan beliau sendiri!
Di manakah logiknya itu?
Penulis tidak mengharapkan penyokong bukan Islam Anwar Ibrahim untuk menyuruh Anwar bersumpah tetapi sekurang-kurangnya penyokong beliau yang beragama Islam. Tetapi tidak ada!
Kenapa?
Apakah mereka sudah tidak lagi mempercayai kepada sistem penghakiman yang tertinggi di alam ini?
Pelik sungguh dan hari ini Anwar Ibrahim masih dipuja dan disanjungi oleh sesetengah rakyat yang sengaja tidak mahu ambil tahu fakta dan kebesaran yang maha Esa.
Dan teori untuk menimbulkan keraguan kepada clause tersebut ialah kononnya ianya satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dan dengan kemampuan Anwar Ibrahim untuk mempersonakan peminat-peminatnya, kenyataan penutup hakim mahkamah persekutuan itu tidak mendapat tempat dan berjaya di’lupus’kan dari memori rakyat Malaysia.
Parti pemerintah BN terutamanya Umno tidak pula agresif dan ‘terlalu sopan’ apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim!
Mereka juga sebolehnya tidak akan membangkitkan kembali isu liwat Anwar Ibrahim dan kenyataan hakim tersebut di atas dasar kononnya tidak mahu mengaibkan orang lain dan tidak mahu menganggu proses pendakwaan yang masih berjalan hari ini.
Cuba kita terbaikkan isu ini dan tertuduh kes liwat tersebut adalah seorang pemimpin tertinggi Umno, apakah Anwar Ibrahim akan berdiam diri kerana tidak mahu mengaibkan orang itu dan tidak mahu mengganggu proses pendakwaan?
Jawapan kepada persoalan tersebut mudah iaitu tidak mungkin!
Anwar Ibrahim akan mencanangkan kes tersebut ke seluruh pelusuk dunia serta tidak memperdulikan pendakwaan yang sedang berjalan seperti kes Alatunya.
Tetapi, apakah kepimpinan tertinggi Umno/BN berbuat demikian?
Tidak ada!
Cuma ‘gurkha-gurkha’ Umno/BN sahajalah yang berani mengenengahkan kebenaran ini agar rakyat sedar dan tidak lagi menyokong agenda Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin tertinggi Umno/BN cuma berdiam diri dan langsung tidak berani untuk melawan Anwar Ibrahim.
Kenapa begitu?
Apakah mereka masih menyimpan ‘ketakutan’ yang Anwar Ibrahim mampu memimpin negara satu hari nanti?
Apakah mereka tidak agresif melawan Anwar Ibrahim kerana dengan cara itu mereka masih boleh melompat ke kem Anwar Ibrahim jika Anwar ditakdirkan memimpin negara satu hari nanti demi menyelamatkan karier politik mereka?
Jika ya, penulis berharap agar kita mengenepikan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang pengecut seperti itu. Kita tidak memerlukan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri dan berubah pegangan apabila merasakan kedudukan politik mereka tergugat. – pemudaumno.org
Penulis adalah Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor.
ORANG MAKAN ORANG:I BILLION MANUSIA KELAPARAN- UNITED NATION

UN agency: over 1 billion people are hungry around the world ...
Hungary. Iceland. Ireland. Italy. Lithuania. Luxembourg. Malta. Monaco ... UN agency: over 1 billion people are hungry around the world Star Tribune 2009-06-19





















































