“SUMBANGAN POLITIK KEPADA PARTI KERAJAAN DAN PEMBANGKANG TIDAK SAMA”

 

Unsur rasuah apabila parti kerajaan menerima dana atau sumbangan  politik tidak sama seperti apabila dana sedemikian disalurkan kepada parti pembangkang, kata sumber SPRM.

Ini kerana pembangkang tidak berada dalam kedudukan untuk menghulurkan apa-apa kepada penyumbang mereka, tidak seperti kerajaan, kata pegawai kanan itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pada Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang disalurkan ke akaun partinya.

Muhyiddin mendakwa dana itu adalah derma politik, dan mencabar SPRM supaya juga memburu PKR dan Umno – parti yang dakwanya juga menerima pembiayaan sedemikian.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, pegawai kanan SPRM berkenaan berkata, secara umum, sama ada sesebuah parti itu berkuasa atau tidak adalah pertimbangan utama bagi setiap siasatan.

“Katakanlah kamu parti Pejuang. Saya beri sumbangan untuk kempen dan sebagainya, tetapi saya tidak mempunyai sebarang urusan sama ada rasmi atau tidak kerana kamu tidak pernah beri saya sebarang projek.

“Jadi saya boleh beri dan awak boleh terima. Ini tidak salah.

“Berbanding dengan parti pemerintah yang mempunyai kuasa untuk meluluskan projek, dan kemudian syarikat itu dapat projek dan diminta memberikan peratusan tertentu projek tersebut. Ini berbeza,” kata sumber itu.

PKR adalah dalam pembangkang sebelum pilihan raya umum ke-15, manakala Umno pula membentuk kerajaan, bersama-sama dengan Bersatu dan PAS.

Pembiayaan politik ketika ini tidak dikawal walaupun rang undang-undang telah digubal selama bertahun-tahun, dengan kerajaan terdahulu berikrar untuk membentangkan undang-undang sedemikian.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan semasa berkata rang undang-undang itu akan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk pertimbangan selanjutnya.

Sementara itu, mengenai mengapa hanya penerima didakwa dalam kes berprofil tinggi, seperti Muhyiddin, walaupun Akta SPRM juga menghukum kedua-dua pemberi dan penerima, sumber itu berkata terdapat perbezaan antara kes rasuah dan salah guna kuasa secara langsung.

Dalam kes rasuah, pegawai itu berkata, lazimnya sama ada pemberi atau penerima, atau kedua-dua mereka, akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, dalam kes salah guna kuasa, individu yang menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan akan didakwa di mahkamah.

“Baca Seksyen 23 Akta SPRM. Ia mengatakan bahawa apabila seseorang pegawai badan awam menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan sama ada untuk faedahnya, atau untuk faedah keluarganya, atau untuk rakan sekutunya, dia telah melakukan kesalahan. “

Menurut sumber itu, walaupun dalam kes rasuah lazim, pertuduhan biasanya akan dikenakan terhadap penerima, yang dalam kedudukan untuk menekan pihak satu lagi untuk memberi rasuah.

“Biasanya orang yang menerima akan didakwa kerana dia menindas pihak lain untuk memberi wang, sebab itu orang yang menerima sentiasa menjadi tertuduh utama,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah bahawa pemberi juga sering menjadi saksi pendakwaan, dan mendakwa mereka akan menyukarkan penyiasat untuk mendapatkan kerjasama.

“Jadi, siapa yang mahu bekerjasama (dengan SPRM) nanti?” soal pegawai kanan itu lagi.


MALAYSIAKINI



APA PENTINGNYA TAULIAH - MINTA SUPAYA HARMONI SEMUA


 

ANTARA YANG DIPANGGIL ATAS PANDORA PAPERS


 

ADAKAH ANWAR PERNAH HINA PAS TERUS TERANG SEBEGINI-ADAKAH WALAUN TAK PERNAH TANYA HAL INI- LOKMAN ADAM JUGA PUNYA BUKTI DAN SEHINGGA KINI TIDAK PERNAH MENYAMAN BELIAU


 

MAHIADDIN DICABAR SAMAN PMX DI DALAM DEWAN JIKA ITU ADALAH FITNAH


 

BUKTI SEDEKAH PARLIMEN MARANG CUKUP BUKTI


 

HAI ....SIAPA YANG MELIWAT ?MINTA PDRM SIASAT DAN BUKA BALIK KERTAS SIASATAN GAMBAR KABUR TU


 

ARAK DI LANGKAWI BILA NAK HAPUS ?

 

Kalau Bodoh Tentu Walaun....

Kalau betul Perjuangkan Islam Tutup Jualan Arak di Langkawi Dulu....Negeri Penang DAP pun bukan mcm tu.


Buruk buruk DAP yang hangpa dok kata, berapa banyak orang Kedah mai duduk Penang tak mau balik.


Bukan itu sahaja, zaan Pas bersama Bersatu lah jenama baru ni dikeluarkan..senyap habih para lebai. Ini pun tak boleh buat apa pada hal ketika itu Menteri undang undang Takiyuddin derhaka dan Deris 5 hari tak bercakap semasa beliau menjadi menteri hal ehwal Agama Islam.

Amatlah memalukan kerana di luar sana para lebai berteriak terlolong dengan islam sebagai jati diri, dalam masa yang sama tercatat dalam sejarah ketika kamu menjadi kerajaan, kamuntidak halang pun ketika jenama ini dilancarkan secara gilang gemilang. 

Kamu sebenarnya penipu kepada orang Melayu,kamu menunggang agama untuk kepentingan kamu. 


BUKAN LEVEL..TAPI ELOK JUGA KALAU BERI PELUANG MB TEBUK ATAP NI DEBAT.

 


Bila aku tulis cabar Sanusi debat dengan DS Anwar, ramai yang tak terima. Cakap Sanusi bukan level DS Anwar la, tak payah layan la dan sebagainya.


Tapi tengok macamana Sanusi dan PN tunggang isu Lapangan Terbang Kulim ni. Dia tiada fakta pun. Cuma retorik nak burukkan nama DS Anwar je.


Aku tahu kalau cabar Sanusi debat pun dia takkan berani nak terima. Sebab tu aku kata kena banjirkan ruangan komen dia dengan cabaran debat.


Kalau dia takut nak sambut, itu akan jadi modal kita untuk kata dia penakut dan sembang lebih. Mudah nak patahkan apa yang dia kata terhadap PMX.


Sanusi cakap main hembus je. Mana ada fakta dan data. Kata ada banyak syarikat nak buat. Suruhlah dia senaraikan syarikat apa. Confirm telan air liur je dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


ULASAN KWSP LAGI

 

Kali ini GM akan sentuh isu KWSP, bukan dr perspektif kerajaan mahupun pembangkang. Dh berapa kali pengeluaran KWSP selepas langkah Sheraton ? 4x pengeluaran.

Sekali lg, bukan nak backup kerajaan...bukan juga nak backup kalian yg nk keluarkan KWSP.

Makluman yg kami terima, wang kwsp jika nak beri rakyat keluar...kwsp dah tak ada kecairan nak beri. Hampa melaunglah sebanyak mana sekali pun, desaklah banyak kali pun. Pokok sebenar mengapa kwsp berkeras utk tidak membenarkan ialah kwsp dh tak buleh bayar duit kalian.

Duit yg kita carum setiap bulan itu, di buat pelaburan dlm beberapa projek utama kerajaan. Keduanya, pihak kerajaan semasa Muhyiddin ambil alih jadi PM, kemudian datang Ismail Sabri...wang kwsp di gunakan utk masalah covid, benarkan 4x pengeluaran, dan kegunaan sektor pelaburan.

Masih ingat Muhyiddin kata belanja RM600bilion yg kami dedahkan habis dalam tempoh beberapa bulan ? Dalam RM600b itu ada duit kwsp.

Masalahnya, kwsp tidak ada kecairan nak beri. Inilah fakta sebenar.

Jika kalian berkeras nak kwsp juga, pertamanya yg kwsp perlu buat ialah lepaskan/jual beberapa pegangan projek besar contohnya konsesi Plus Highway. Kwsp perlu menjual pegangan semata nak beri hampa duit! Kemudian, masalah lain akan sampai iaitu "untung dividen". Dividen pemegang unit simpanan kwsp hanya buleh beri 2%-3% keuntungan setelah banyak pegangan di lepaskan.

Persoalan sebenar, mengapa duit kwsp susut ? Sebab pemerintahan kerajaan terdahulu. Berbelanja melebihi kepentingan.

Utk pengetahuan, tahun 2017 kwsp hampir2 melupuskan pegangannya dlm Plus Berhad. Sebab politik ketika itu antara 2014-2016 jadikan KWSP sbg backup. Selain KWSP, duit Petronas juga adalah lubuk bg ahli politik. Bayangkan jika pegangan itu terlepas, ia datangkan masalah pd pencarum.

Tidak. GM bukan nak backup Anwar mahupun kerajaan. Situasi & fakta sebenarnya ialah jika nk beri pencarum keluarkan duit, kwsp perlu jual bangunan, projek, pegangan saham...pendek kata mencairkan semua aset yg ada semata nak ikuti kehendak kita.

Ya, memang betul 70% pencarum kwsp hanya tinggal RM10k dalam kwsp. Lagi 30% itu dah tentu lebih. Sekiranya pengeluaran bersasar sekali pun di beri kepada 30% pencarum kwsp...tetap perlu mencairkan aset utk tampung pembayaran.

Ya betul, idea buleh cagarkan duit kwsp utk loan bank itu tak popular. Dari satu perspektif, duit kalian itu tak terusik...cuma perlu hadap interest bank. Di sana, akan datang faktor lain pula sekiranya tak dapat bayar loan bank, duit kwsp td tetap akan di gunakan bayar loan.

Tindakan yg tak popular tp terpaksa. Memang kalian akan hina & caci kerajaan apatah lg Anwar sbg PM.

Tindakan yg tak popular ini sebenarnya penyelamat utk diri kalian sendiri sebenarnya. Pemerintahan baru melintasi 4 bulan, bahana yg kerajaan tanggung kini ialah hutang yg di tinggalkan pentadbiran lalu.

Sekali lg, GM menulis bukan nak ikut perspektif kerajaan. Tapi, nak menerangkan contoh seandainya GM duduk sbg Pengarah sesebuah sykt...bagaimana nak buat utk survival company. Memang tindakan tidak popular, tapi ketika hutang negara yg terlalu besar...dan tindakan utk tidak menjual aset yg beri pulangan demi nak dapatkan kecairan duit, tindakan yg tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan.

Kita belum lepas covid, dari pandemik ke endemik. Duit kwsp & petronas nampak sbg emas yg berguna. Apabila pemimpin salah buat percaturan perbelanjaan lebih ketika hutang tinggi, kesannya pada rantaian.

Inilah yg KWSP alami. Anwar sbg PM perlu uruskan situasi yg tidak popular. Jika desakan dr rakyat terlalu banyak, kemudian di beri juga pengeluaran...beberapa pegangan yg beri pulangan hasil terpaksa lupus dan tahun hadapan % dividen tetap akan berkurang.

Jadi antara realiti & hak pencarum, tindakan tidak popular itu sebenarnya penyelamat keadaan. Tambah lg, bagi had umur pencen...bila2 masa saja buleh nak keluar, tak jadi masalah pun. Umur lepas 55 tahun pun dh buleh nak keluar setiap bulan tanpa ada masalah.

Masalahnya ialah pd rakyat kebanyakan yg tidak menghampiri pengeluaran kwsp umur wajib.

Apapun, selamat membaca.

Yang berkarya,

Gino Marvela

 

TAHUKAH ANDA..INI LAH SYARIKAT YANG MENJATUHKAN KHIR TOYO

 


MASIHKAH KAU INGAT ?

 


MASIH LAGI BERKISAR PADA PENAFIAN TENTANG KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN- TETAPI KETIKA TEBUK ATAP, TAK ADA PULA ZALIM




4 pertuduhan salah guna kuasa. =RM232.5j

2 pertuduhan pengubahan wang haram. =RM120j

Ingatkan bagus & terbaik, rupanya Penyakau Nasional. Kurung rakyat dgn lockdown hingga rakyat terjun jambatan bunuh diri & tutup dewan parlimen.

Projek kerajaan di wujudkan utk membantu kontraktor melayu buat jalanraya, kedai perabut cina yg dapat. Buat aktiviti haram, dapat RM120 juta.

Kini dh jadi kluster mahkamah, kos ikat jamin RM2j.

Hoi...hoi ya hoiiii!!! Description: 😂Description: 😁

 


Penganalisis ekonomi sokong cagar KWSP untuk pinjaman bank




 

Langkah kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman sebagai cagaran pinjaman peribadi dilihat wajar.

Penganalisis Ekonomi i-CATS Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor dari University College Kuching ketika mengulas langkah itu memberi pandangan kaedah tersebut akan memberi penyelesaian kewangan kepada pencarum tanpa menjejaskan caruman hari tua mereka.



Melalui langkah itu pencarum yang benar-benar memerlukan boleh memulakan atau meneruskan perniagaan, serta membayar hutang.



"Mereka dapat menunaikan setengah daripada akaun-akaun mereka yang berbentuk pinjaman dibayar balik semula melalui institusi bank.



"Jadi di sini kita lihat simpanan mereka tidak akan terjejas dan kita menyangkakan bahawa keperluan mereka inilah keperluan sementara. Mereka boleh membayar balik secara ansuran kepada pihak bank," katanya dipetik.



Mengulas lanjut hal berkenaan, Dr Shazali turut mengingatkan Bank Negara Malaysia (BNM) agar memastikan caj yang dikenakan oleh bank kepada pencarum tidak lebih daripada dividen yang diberi oleh KWSP supaya pencarum masih boleh menyimpan.



"Sebagai contoh, jika dividen itu 5.5 peratus, bank tidaklah boleh caj lebih dari 3 peratus. Mungkin 2.5 peratus setahun secara kadar rata, di sini masih ada berbaki sebanyak 3 peratus yang boleh dimasukkan pada akaun pencarum," katanya.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menawarkan kaedah itu bagi mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.



Dengan syarat kaedah diperketatkan, beliau turut menegaskan hanya individu tertentu sahaja akan diberi pertimbangan menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan untuk mengelakkan wang hari tua pencarum itu dikeluarkan secara tidak sewenangnya.

 

BETULKAH DAKWAAN MUHYIDDIN KERAJAAN PERPADUAN GAGAL?

 

1. Berucap dalam persidangan Bersatu hari ini, TSMY mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai gagal. Katanya, “Bukan kita yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata.”

2. Beliau merujuk kenyataannya merujukkepada kaji selidik yang dilaksanakan oleh sebuah firma penyelidikan dengan kerjasama media arus perdana.

3. Saya juga rakyat, tetapi berasa amat puas hati dengan pemerintahan PM Anwar. Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022, pelbagai usaha telah dilakukan oleh PM Anwar untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

4. Kerajaan meminda perlembagaan mengenai kerakyatan, menghidangkan menu rahmah RM5 kepada golongan miskin tegar, memotong 20% gaji menteri sehingga ekonomi pulih, membawa masuk pelabur, dan membina hubungan yang baik dengan negara luar.

5. Selain itu, kerajaan pimpinan Anwar juga menyelesaikan masalah MA63 dengan Sabah dan Sarawak. Kerajaan menyemak geran khas tahunan untuk Sarawak dengan menaikkannya kepada RM300 juta, manakala bagi Sabah RM260 juta. Kedua-dua negeri itu turut diberi autonomi berhubung projek infrastruktur bernilai kurang RM50 juta.

6. Pada 24 Februari, Anwar membentangkan belanjawan berjumlah RM388 bilion bagi 2023. PKS antara penerima manfaat terbesar dan menerima pelbagai inisiatif dalam belanjawan itu. Ini adalah antara kejayaan terbesar Anwar.

7. Dengan banyak pembaharuan yang dibuat, dalam masa hanya tiga bulan sahaja memerintah, wajarkah kerajaan ini dikatakan gagal?

8. Bajet baru dibentang, dan apabila masuk fasa pelaksanaan, saya yakin bajet ini akan memberikan impak kepada rakyat dan ekonomi kita. Jika tak berpuas hati 5 tahun akan datang buat pilihan baru. Sekarang, bagi peluang rakyat merasai bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi keluarga kita dan negara.

Berbanding dengan kejayaan perpaduan pimpinan Anwar, apa kejayaan Muhyiddin?

9. Suatu yang nyata berlaku ialah rakyat terjun bangunan, rakyat angkat bendera putih, parlimen tutup kerana darurat, Muhyiddin takut untuk membuat undi percaya di dewan, ramai anak tidak dapat pulang berjumpa keluarga akibat sekatan PKP, rakyat menganggur, dan pelabur lari. Selain itu, selama 33 bulan PN-PAS memerintah, lebih RM427juta kes masuk mahkamah.

10. Dinilai dari perbandingan ini, biarpun pelbagai fitnah ditabur ke atas pemerintah sekarang, Anwar Ibrahim adalah PM terbaik. Semoga Anwar tabah dalam meneruskan kerja-kerja membela rakyat dan membawa perubahan kepada politik negara.

11. Analisis akhirnya, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak gagal. Yang gagal ialah sudah cukup jumlah, melebihi dari cukup tetapi tidak dapat membentuk kerajaan. Inilah kegagalan yang sebenarnya.

 

ZAMAN SIAPA JADI PEMERINTAH ? NAK TOLONG PROMOSI KA LAGU MANA ?


 

Aku tak sokong filem ni dan tiada rancangan nak pergi tonton pun. Cuma aku nak kata, kalau filem ini laku antara sebab promosi lebai.

Baik-baik orang tak tahu dah jadi tahu filem ni ada banyak adegan seksi. Silap-silap walaun pun ramai yang sanggup pergi Kuantan nak tonton sebab filem ni diharamkan di Terengganu.

Lain kali kena bijak sikit. Cara yang salah walaupun niat baik boleh buatkan hasil yang salah. Apa lagi kalau niat pun dah tak elok, cuma nak nampakkan kerajaan tak betul. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SELAMAT DATANG KE KLUSTER MAHKAMAH- DULU KETIKA ADA KUASA , MERENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN


 

SEMUA NAK PEGANG KUNCI SYURGA


 

ULANG SOLAT SEMULA LEPAS IMAM SILAP DOA MUSNAH PN

 

GINO MARVELA

Mana ada solat hajat yg dh silap baca doa kemarin di batalkan, kemudian nak buat solat sunat hajat yg baru.

Daripada batal, nape tak buat solat sunat rayuan ?Description: 😑

Dah salahguna kuasa & pengubahan wang haram, jawablah di mahkamah. Tang kena org lain, pandai mengata. Bila terkena pd batang hidung sendiri, berpusing kepala nak lepas diri. Agama di persenda & perlekehkan, sesuka hati ja ckp mcmtu. Makin pelik persatuan kebas lebai kelarah ni.

#ajergampang

#team_gelembung

 

PADU ULASAN DR. BAZRUL ISU PENAHANAN PEMIMPIN GENG SAPU BERSIH!!

DOA SESAT LEBAI LEBAI! NI KOMEN PADU USTAZAH YANG TERBAIK!

Muhyiddin kena terima, seperti pemimpin UMNO terima


Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya bersikap defensif terhadap pertuduhan berkaitan rasuah yang dihadapi dan perlu melalui proses di mahkamah untuk membersihkan namanya, kata Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

GEMPAR!! RTM KURANG DIMOBILISASIKAN? MENTERI MASIH LENA- NAK BUAT MACAMANA ?

KECUALIKAN CUKAI- SIAPA YANG ARAHKAN ? CUKAI 700 JUTA DIA BAGI DERMA 232 JUTA .


 

KENAPA RAMAI TAK MAHU JADI PEMBANGKANG


 

BERAPA KITA BAGI PEMBANGGUNAN NEGERI NEGERI KERANA KITA TAHU KEPERLUAN


 

BUKAN MASAALAH TAKFIRI- HAKIKATNYA TAKFIRI NI BERLAKU DIATAS KASIH SAYANG BUKAN DASAR SEMANGAT PULA TAK FAHAM..KITA KENA SEDAR IALAH MEREKA LEBIH SEMANGAT NAK KAFIRKAN ORANG

 


DIA KATA TAK ADA PERTUDUHAN AMBIL RASUAH - PROSES BELA DIRI DALAM PERHIMPUNAN ? DIA HALA PADA ZAFRUL


 

MUHYIDDIN INI KATA KATA KAU KAN-JADI JANGAN LA SAMPAI TAK LENA PULAK




 

WAN SAIFUL PERLU CERMIN DIRI TUDUH ANWAR KUKU BESI


DAKWAH DENGAN KASIH SAYANG, BUKAN MAKI HAMUN.

 

KOMUNITI Yang ingin berhijrah jangan sesekali disisihkan, sebaliknya perlu didekati dan disantuni sebaik mungkin.

Mereka sebaiknya dibimbing bukan saja untuk diri mereka sendiri, tetapi juga untuk keseluruhan komuniti berkenaan.

Sesuai dengan gerak kerja dakwah ini, YADIM pada 10 hingga 12 Mac terlibat menganjurkan program Gold Camp: Pembangunan Jati Diri dan Hala Tuju Bersama Komuniti Disayangi Siri 2 di Kem Baitun Nur, Banting.

Seramai 50 peserta komuniti disayangi ini terlibat dengan pelbagai pengisian bertujuan memberi bimbingan kepada mereka.

Selain solat berjemaah, slot pendidikan, persembahan berkumpulan, turut diselitkan ialah sesi pengurusan jenazah.

Para peserta juga bergotong royong membersihkan Masjid  Diraja Sultan Alaudin berhampiran kem.

Pada sesi penutup, yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin, para peserta menzahirkan harapan agar program ini terus diadakan lagi pada masa depan.

Haji Zamri dalam ucapannya menyatakan pihaknya akan terus menyantuni komuniti disayangi lagi selepas ini kerana ujarnya, dakwah seharusnya tiada sempadan.

Hadir dan terlibat sama sepanjang program ialah Yang Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Puan Rohaizah Jawahir, Pensyarah Universiti Islam Selangor (UIS) merangkap Penasihat Program, Dr Nor Hafizah Mohd Haridi, Pengerusi Pertubuhan Usrah Fitrah, En. Rohaizad Abdul Rahman dan pelajar pelajar UIS selaku fasilitator.