“ Terpulang kpd rakyat, saya di mana pun boleh, kita kalau benih yg subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung," kata Azmin menjawab soalan kesediaaan beliau kembali menerajui negeri itu.
- maknanya
Polis menemui dua beg plastik masing-masing berisi cat biru dan merah di hadapan pintu masuk kediaman rasmi menteri besar Kedah. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR: Bahagian pintu pagar dan tembok hadapan kediaman rasmi menteri besar Kedah, Seri Mentaloon, dekat sini dilempar cat oleh individu tidak dikenali, pagi ini.
Ketua Polis Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu, 10 pagi daripada anggota yang bertugas di pos pengawal kediaman rasmi menteri besar.
“Anggota pos pengawal memaklumkan kejadian itu belum berlaku semasa dia datang bertugas pada 7 pagi tadi. Jadi, kita percaya ia berlaku sebelum 9.55 pagi kerana staf bertugas hanya menyedari kejadian sekitar waktu itu sebelum melaporkan kepada polis, 10 pagi.
“Hasil siasatan telah menjumpai dua beg plastik masing-masing berisi cat biru dan merah di sekitar kawasan kejadian yang ditinggalkan oleh suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berdekatan lampu isyarat Pantai Johor dan Alor Merah berikutan tiada CCTV di sekitar kediaman berkenaan.
“Pihak forensik juga telah menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.
Ahmad Shukri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Idris Ahmad dilapor mahu bertanding di Parlimen Bukit Gantang yang disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang memenangi kerusi itu atas tiket BN sebelum menyertai Bersatu.
PETALING JAYA: Parlimen Bukit Gantang di Perak kekal ditandingi Bersatu walaupun PAS berhasrat menuntut semula kerusi berkenaan selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 lalu, kata sumber.
Kerusi berkenaan dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengalahkan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (16,052) dan calon dari PKR, Khadri Khalid (18,361) dengan majoriti 4,089 undi. Hussin kemudian keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum menyertai Bersatu.
Sumber itu berkata, pada dasarnya pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu adalah penyandang kekal di kerusi masing-masing, selain mengambil kira jumlah undi yang diperolehi setiap calon pada pilihan raya umum lepas.
“Kalau dia (Idris) nak, kena ikutlah ‘principal’. Dia kalah dulu (PRU14)… duduk nombor 3 dalam senarai calon, Hussin dapat lebih 22,000 undi, dia hanya dapat 16,000 undi.
“Jauh tinggal. Nak kena ambil kira jugalah angka-angka itu,” katanya kepada FMT.
Tambah sumber itu lagi, pertemuan dengan bekas Ahli Parlimen dan ketua bahagian Bersatu Bukit Gantang yang diadakan pagi tadi juga mahukan Hussin kekal bertanding di kawasan berkenaan.
Malah katanya, perbincangan antara presiden Bersatu bersama penyandang serta ketua-ketua bahagian sebelum ini juga kekal dengan prinsip bahawa Bersatu akan kekal bertanding di kerusi yang dimenanginya.
“Dalam mesyuarat bersama pemimpin akar umbi, presiden ada menyebut PAS boleh cari tempat lain (selain Bukit Gantang) kerana dia (Idris) naib presiden (PAS), dia boleh pergi ke mana saja,” kata sumber itu sambil mengesyorkan pemimpin PAS itu bertanding di Parit Buntar yang dimenangi Mujahid Yusof Rawa dari Amanah.
Sementara itu, Hussin ketika dihubungi FMT berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan mengenai masa depannya di kawasan berkenaan, namun mengakui positif akan dicalonkan semula bagi mewakili suara rakyat Bukit Gantang.
“Secara dasarnya dalam rundingan pembahagian kerusi, penyandang kekal di kerusi masing-masing. Itu persefahaman antara PAS dan Bersatu. Presiden juga mempertahankan ini (Bukit Gantang) adalah kerusi menang untuk Bersatu,” katanya.
Bukit Gantang menjadi antara “kerusi panas” kerana menjadi rebutan antara Bersatu dan PAS apabila Idris yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 mahu kekal bertanding di situ.
FMT sedang mendapatkan komen Idris dan pemimpin tertinggi PAS.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memberi penjelasan berbeza berhubung penggunaan logo, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan penggunaan logo gabungan itu, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, satu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan berhubung penggunaan logo, termasuk perkara berbangkit lain.
Beliau berkata, sebelum itu ada perbincangan dibuat, namun ia masih belum muktamad kerana masing-masing mempunyai pandangan serta cadangan tersendiri.
“Dalam PN selagi mana belum ada keputusan dibuat di peringkat pusat, maka setiap parti bebas menyuarakan pandangan dan cadangan masing-masing.
“Bagi saya cadangan PAS (guna logo parti mereka) perlu dibincangkan dan pastinya ia akan dibincangkan di peringkat MPT PN yang mana apabila keputusan dibuat Insya-Allah semua akan ikut.
“Sebelum ini ada perbincangan sikit tetapi belum muktamad, sebab tu dalam PAS ada pandangan, begitu juga dengan Bersatu dan Gerakan, masing-masing mempunyai pandangan.
“Itu menunjukkan kita belum capai keputusan muktamad dan kita raikan pandangan yang mana dalam meraikan, sudah pasti setiap parti ada hujah masing-masing,” lapor Berita Harian.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau percaya bahawa MPT PN akan membuat keputusan terbaik untuk memastikan gabungan itu menggunakan satu logo bagi menunjukkan kesatuan antara mereka, pada masa sama mahu memudahkan rakyat membuat pilihan.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata semua calon PN akan menggunakan lambang PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pada PRU15.
Beliau berkata, perkara itu sudah mendapat “lampu hijau” dan kelulusan daripada PN.
“Setakat ini telah diterima dan dipersetujui. Kita lihat kenyataan daripada pengerusi PN (Muhyiddin Yassin) pun mengatakan bahawa beliau memahami rasional permintaan PAS itu.
“Bagi saya, saya fahamlah. Mungkin tiada masalah. Jadi maknanya setakat ini semua calon PN akan menggunakan logo PAS kalau itu yang dimuktamadkan,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Pendakian 121 Puncak Sempena Ulang Tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM) di Taman Eko Rimba.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan logo parti itu khususnya di tiga negeri berkenaan.
Propaganda yang sengaja direkayasa sejak beberapa hari ini mengenai kemungkinan Pakatan Harapan (PH) akan melakukan pakatan pilihan raya atau electoral pact bersama PN dan GTA mustahil akan berlaku biar pun terdapat ahli akademik pro PH yang mahukan hal sedemikian.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, prinsip asas PH perlu diterima oleh mana mana parti yang ingin berkerjasama, terutama isu calon Perdana Menteri PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Juga ada banyak isu lain termasuk lawan rasuah, tadbir urus baik, reformasi kita perjuangkan selama ini, isu rakyat.
“Itu isu asas yang menjadi rukun,” katanya dalam siri bual bicara bersama Jom Channel kelmarin.
Oleh itu, Pengarah Komunikasi PH itu menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan gimik media atau propaganda pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan kemungkinan terjadinya electoral pact bersama PN dan GTA.
Lebih daripada itu, katanya, pembahagian kerusi telah lebih 90% dimuktamadkan, amat sukar untuk merombaknya semula sekiranya dua gabungan itu akan berkerjasama dengan PH.
“Bagi saya PH telah memutuskan kita perkukuh PH itu sendiri. Dari segi agihan kerusi sudah hampir ke penghujung. Jadi saya tidak lihat ada ruang.
“Akar umbi juga sukar terima, pengundi sukar terima. Mereka melihat beberapa tindakan kawan kawan yang dulu dalam PN (berkhianat), sukar untuk mereka terima langkah pengkhianatan yang mereka lakukan,” ujarnya.
Fahmi juga menegaskan, KEADILAN tidak mudah melupakan sikap Tun Mahathir yang tidak menerima senarai lantikan menteri daripada KEADILAN, sebaliknya melantik rakan rakan Azmin Ali untuk menduduki kuota menteri dalam kabinet beliau.
“Bagi kami dalam KEADILAN sukar untuk kami terima, sebab banyak lantikan menteri yang dia buat, dia tidak mengindahkan pandangan pari. Itu sebab Rafizi tarik diri, Nurul Izzah tarik diri. Sebab mereka patah hati dengan Dr Mahathir,” katanya.
Bagi ahli akademik yang mahukan penyatuan semula pembangkang untuk satu normalisasi baharu PRU 15, kata Fahmi, normalisasinya adalah pertandingan 3 – 5 penjuru dalam PRU kali ini, dan itulah normal baharu politik Malaysia.
KENAPA BARU SEKARANG CAKAP UMNO RASUAH, LIM SIP ENG SOAL HADI
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Presiden
PAS Abdul Hadi Awang bersekongkol dengan pemimpin Umno yang didakwanya
baru-baru ini sebagai “penerima rasuah”, ketika partinya sebahagian dalam
kerajaan.
Lim Lip Eng berkata demikian sebagai mengulas ucapan Hadi bahawa
PAS “menangguhkan” kerjasama dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN) kerana
terdapat kekeruhan penerima rasuah yang rakus mahu memerintah lagi.
“Peliknya, semasa bersekongkol dengan parti-parti BN (Barisan
Nasional) dalam Kabinet Muhyiddin dan kemudian Kabinet Ismail Sabri (Yaakob)
sebelum Parlimen dibubar pada hari Isnin lalu, mengapa Hadi tidak berani
berkata BN ada penerima rasuah?
“Oleh yang demikian, saya mendesak pihak polis dan SPRM
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengambil keterangan daripada Hadi
dengan segera kerana partinya pernah bersama-sama dengan BN dalam kerajaan.
“Kemungkinan besar Hadi memiliki maklumat tentang kesalahan
rasuah yang melibatkan menteri-menteri BN dan parti-parti BN,” katanya dalam
kenyataan.
Lim yang juga penyandang Parlimen Kepong, berkata Hadi juga
mengeluarkan kenyataan membimbangkan berunsur hasutan apabila mendakwa dalam
Pakatan Harapan (PH) “ada puak komunis dan yang tolak raja pun ada”. Kenyataan
itu dilapor dibuat dalam kuliah mingguan di Marang, Terengganu, pada Jumaat.
Beliau mencabar Hadi membuat laporan dalam tempoh 48 jam kerana
ini melibatkan satu kesalahan yang amat serius dan perbuatan derhaka yang
khianat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.
“Sekiranya Hadi gagal buat laporan polis tersebut, bermakna
beliau telah berbohong dalam ceramah yang dibuatnya, dan beliau sepatutnya
meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat,” katanya
“Mantan Menteri AGAMA PH sokong ElJiBiTi? Waktu PH memerintah dahulu, awal-awal lagi mereka dah bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu ElJiBiT! Baca lanjut di : https://t.co/ZgLKWJbMdf #TolakPH #StabildanBersih #PASBerintegriti #MalaysiaSejahtera”
Akhlak parti penjual
agama. Takut kena saman, tak berani nak tuduh tepat, nak eja LGBT pun tak
berani. Bertambah teruk akhlak parti lebai penunggang agama ni. Akhlak
parti penjual agama. Takut kena saman, tak berani nak tuduh tepat, nak eja LGBT
pun tak berani. Bertambah teruk akhlak parti lebai penunggang agama ni.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberi penjelasan segera berhubung beberapa dakwaan pemindahan kawasan pengundian tanpa kebenaran pengundi.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH, terdapat aduan dari beberapa pengundi, sama ada bagi kawasan DUN mahu pun parlimen yang mana didakwa nama mereka ditukar ke kawasan lain tanpa pengetahuan.
“Terdapat dua pemilih di Sabah telah diubah DUN dan Parlimen. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan PRN Sabah yang lepas, mereka telah mengundi di Parlimen Tawau dan DUN Sri Tanjung, namun mereka mendakwa telah diubah ke Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai.
“Selain itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu, saudara Rozan Azen Mat Arip juga telah mendakwa empat pengundi di Cabang mereka telah ditukarkan ke Parlimen Gombak, Wangsa Maju dan Kepong.
“Berdasarkan Seksyen 12A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, sekiranya seseorang pemilih ingin menukar tempat pengundian, mereka hendaklah memohon kepada Pendaftar SPR atau Penolong Pendaftar dengan mengisi Borang A untuk menukar alamat.
“Namun daripada siasatan kami, pemilih tersebut tidak pernah memohon pertukaran tempat pengundian,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, BERSIH turut mempersoalkan tindakan pihak polis menangkap dan menggari Rozan Azen bagi menyiasat beliau di bawah Seksyen 282 Kanun Keseksaan semalam.
“Apakah alasan penahanan Rozan apabila beliau hanya membantu pengundi untuk menyemak status dan tempat pengundian mereka?
“Sekiranya wujud penukaran tempat pengundian tanpa kebenaran pengundi, pihak polis sepatutnya menyiasat dalang di sebalik penukaran tersebut dan bukannya menangkap pengadu,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam isu perubahan kawasan mengundi, BERSIH tegas menyatakan ketidakjelasan dalam proses dan perubahan yang tidak dimaklumkan kepada pengundi, akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada SPR malah lebih berbahaya terhadap proses pilihan raya itu sendiri.
Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran Dewan
Undangan Negeri (DUN) secara serta-merta.
Saarani
menamatkan teka-teki berhubung pembubaran DUN Perak apabila mengesahkan Sultan
Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk membubarkan dewan
bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan bersama dengan pusat.
Saarani
berkata pembubaran DUN itu dibuat selaras dengan Fasal 2, Perkara 36 Bahagian
Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
“Pembubaran
bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya
Umum di peringkat Persekutuan,” katanya dipetik laporan BH .
Rabu
lalu, Saarani dilapor berkata, Sultan Nazrin belum memberi perkenan untuk
pembubaran DUN Perak ketika sesi sembah menghadap di Istana Kinta, Ipoh, selain
menambah bahawa pengumuman keputusan permohonan itu akan dilakukan selepas
baginda membuat pertimbangan sewajarnya.
Jumaat
lalu, media melaporkan Pahang dan Perlis masing-masing membubarkan DUN ke-14
berkuatkuasa hari itu juga bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan
serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Setakat
ini, hanya DUN di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Perak, Pahang,
dan Perlis dilaporkan akan dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya bersekali
dengan pemilihan di peringkat Parlimen.
Ia
kecuali bagi DUN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak yang baharu melalui pilihan
raya negeri di mana DUN tidak akan dibubarkan kerana belum mencapai tempoh
matang.
Seorang pemimpin kanan GTA tidak setuju dan menyanggah tulisan saya di blog ini semalam yang menyebut Tun Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam PRU15 akan datang dan sesiapa yang bersamanya juga bakal kecundang sama.
Katanya, tulisan itu dibuat mengikut sesedap rasa saya semata-mata dan tanpa kajian teliti di peringkat akar umbi.
“Nak kata banyak sangat GTA boleh menang memanglah mustahil, tapi 20 kerusi Parlimen dalam tangan,” ujarnya penuh yakin.
Wowww…kuat tu 20 kerusi dalam tangan!!
Dengan keyakinan tersebut, ini sekaligus bermakna GTA sekarang ini lebih kuat daripada Bersatu yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika PRU14 dan walaupun disokong oleh PKR, DAP dan Amanah tetapi hanya mampu menang 13 kerusi saja daripada 52 yang ditandinginya.
Menurut pemimpin kanan GTA itu lagi, Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh yang besar di kalangan rakyat.
“Parti yang bermusuh dan tak pandai menari mengikut rentak Tun Mahathir, akan gigit jarilah jawabnya,” tambah beliau.
Pemimpin kanan itu berkata, membawa kapak atau gergaji untuk melawan bekas Perdana Menteri itu tidak akan membawa mereka ke mana-mana.
Beliau seterusnya memberi contoh beberapa pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Harun Idris dan Ghazali Shafie yang “mati berangan” dalam karier politik masing-masing kerana memilih untuk bermusuh dan tidak menari mengikut rentak Tun Mahathir.
Sebaliknya, kata pemimpin kanan GTA itu, jika mahu bermusuh dengan Tun Mahathir, cara yang betul ialah menggunakan “cara racun serangga” yang akhirnya pokok akan mati tanpa disedari. – ShahbudinHusin 17/10/2022.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil turut mengakui kepentingan media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil yakin pengundi muda akan menolak Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Isham berkata, golongan muda mempunyai pandangan buruk terhadap PH kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto 2018 dan mungkin tidak akan mengundi PN kerana gabungan itu terdiri daripada golongan “lompat parti”.
“Berdasarkan pemerhatian kita (Umno), orang muda ini tak suka penipu. PH dulu tipu dalam manifesto pasal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), pasal tol, minyak, pekerjaan … yang banyak terkesan pada orang muda,” Isham memberitahu FMT dalam satu wawancara.
“Mereka (juga) tak suka pelompat parti. Akta lompat parti yg kita buat itu pun, NGO org muda yang mulakan. Sebab itu org muda tak suka PN, sebab (mereka semua) pelompat parti.
“(Tetapi) saya selalu kata dalam mesyuarat (BN/Umno), kita tak boleh cuma bergantung kepada faktor itu (orang muda tak suka PN dan PH) saja. Kita kena tawarkan apa yang kita boleh bagi kepada orang muda. Banyak tawaran kita boleh buat.”
PRU akan datang adalah yang pertama selepas had usia pengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan pengundi didaftarkan secara automatik.
Perubahan itu menyaksikan seramai 5.8 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih, peningkatan sebanyak 40%.
Isham berkata, keyakinannya bahawa Umno boleh mendapatkan undi anak muda datang daripada sokongan kuat yang ditunjukkan golongan tersebut kepada parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.
Katanya, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh sekitar 80% daripada undi segmen belia.
Isham turut mengakui kepentingan media sosial dalam usaha menarik pengundi pada PRU15 dan berpendapat Umno akan mendapat kelebihan jika bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjara, masih boleh menyumbang dengan platform media sosialnya yang sangat popular.
Media sosial ialah “medan pertempuran” baharu untuk meraih undi, katanya, terutamanya apabila diambil kira populasi yang lebih besar di kawasan pilihan raya moden.
Beliau berkata, ceramah Umno pada masa lalu hanya dapat menarik, paling ramai, ratusan orang.
“Kini dengan media sosial, ceramah boleh sampai kepada jutaan orang,” katanya.
Menyentuh kritikan bekas perunding komunikasi Najib bahawa BN kurang menonjol di media sosial, Isham mengalu-alukan maklum balas itu dan gembira Romen Bose menyuarakan pendapatnya sebelum PRU15 diadakan.
“Kalau terlebih yakin, nanti kita tak ‘push’ diri kita sampai hadnya,” katanya.
“Biar dia (Bose) nak kritik kita, jadi kita gusar sikit dan berusaha dengan lebih lagi,” katanya.
Umno kekal dengan keputusan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN menang PRU15, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi
Zahid yang juga pengerusi BN itu berkata, dakwaan bahawa dia yang akan menjadi perdana menteri jika BN menang adalah usaha untuk memecahbelahkan gabungan itu.
“Jika ada parti pembangkang ‘menamakan’ orang lain sebagai calon perdana menteri selain Ismail Sabri itu adalah usaha memecahbelahkan Umno dan BN.
“Kita berpegang kepada prinsip Umno telah mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri itu tidak boleh dipertikaikan lagi,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan persidangan Umno bahagian Bagan Datuk, hari ini.
Namun, kata Zahid lagi, kuasa melantik perdana menteri tetap merupakan kuasa mutlak Yang di di-Pretuan Agong mengikut perkara 40 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah mencalonkan Ismail Sabri yang juga perdana menteri kerajaan sementara sebagai ‘poster boy‘ BN.
Bagaimanapun ada pihak mendakwa Ahmad Zahid yang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN kekal di Putrajaya.
Penganalisis politik yang berpendapat kedudukan Ismail sebagai poster boy BN bukan jaminan dia akan dilantik semula ke jawatan itu selepas PRU15.
Semalam, beberapa Umno bahagian yang telah bersidang membuat ketetapan menyokong keputusan Umno memilih Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri.