Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

 



Court orders Mat Sabu's son to enter defence over drug charge | The Star

Bolehkah kerajaan minioriti nasihatkan Agong?



Hassan Karim (@hakarim_51) | Twitter


Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu terus menjadi tajuk perdebatan hangat di media sosial.

Antara ketidakpuasan hati rakyat berhubung perisytiharan tersebut adalah syarat-syarat utama yang membenarkan darurat dilakukan tidak terdapat di Malaysia.

Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, realitinya tidak wujud ancaman nyata yang membolehkan darurat dikuatkuasakan.

Beliau memetik perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan; ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.’

“Pada masa sekarang adakah keselamataan Malaysia terancam? Maksudnya ancaman bersenjata musuh dari luar atau dalam negara? Jawapannya tidak ada,” tegas Hassan.

“Adakah kehidupan ekonomi terancam? Maksudnya kilang-kilang pengeluaran ditutup; bank-bank ditutup; janakuasa elektrik, sistem telekomunikasi runtuh; pengangkutan darat, laut, udara terhalang; atau pelabuhan-pelabuhan terpaksa ditutup beroperasi. Jawapannya tidak ada senario sedemikian.

“Adakah ancaman Pandemik Covid-19 boleh dianggap sebagai ancaman kepada kehidupan ekonomi? Jawapannya tidak. Pandemik Covid-19 adalah isu Kesihatan Awam. Langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bidang Kuasa Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit serta Akta Majlis Keselmatan Negara (MKN) sudah mencukupi untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Hassan lagi, rakyat tidak memerlukan darurat sebaliknya menuntut vaksin Covid 19 segera diedar.

Katanya, negara-negara jiran seperti Singapuran dan Indonesia vaksin sudah pun diperolehi dan operasi suntikan untuk menyelamatkan rakyat telah bermula. Kenapakah di Malaysia vaksin masih belum tiba?

Hassan juga mempersoalkan apakah kaitannya penutupan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan kempen memerangi Covid 19? Malah kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga, katanya, tidak menghadapi sebarang halangan sepanjang 10 bulan memerintah dan memerangi Covid 19.

“Adakah pada masa ini ketenteraman awam Malaysia terancam? Berapa banyak rusuhan berlaku semenjak PN pimpinan Muhyiddin berkuasa?

“Berapa banyak mogok-mogok pekerja seluruh negara semenjak 1 Mac 2020 hingga sekarang? Berapa banyak demonstrasi besar-besaran bersaiz sebesar demonstrasi Bersih 1 hingga Bersih 5 semasa Kerajaan PKP Muhyiddin berkuasa? Adakah rusuhan-rusuhan kaum berlaku dalam tempoh Kerajaan Muhyiddin? Jawapannya tidak ada.

“Jadi kesimpulannya, tidak ada asas yang kukuh untuk darurat seluruh negara diisytiharkan mulai hari ini hingga 1 Ogos akan datang,” katanya.

Menurut Hassan berdasarkan isu-isu keselamatan, darurat yang diisytiharkan itu diragui keperluannya. Malah beliau mendakwa darurat tersebut berkemungkinan tidak sah di sisi Perlembagaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada apa yang boleh dilakukan dari segi undang-undang mengenai perisytiharan berkenaan berdasarkan Perkara 150 (8)(a) dan (b) yang menjelaskan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

Cuma Hassan menimbulkan persoalan, adakah nasihat darurat boleh diberikan oleh PM Muhyiddin yang hampir tumbang setelah beberapa Ahli Parlimen kerajaan menarik balik sokongan?

“Tetapi ada satu isu lain yang perlu dibahaskan seterusnya, iaitu adakah Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan minoriti yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat?” tanyanya.

NAK KEKAL BERKUASA.

 Salam.

 

Punyalah DIA nak kekalkan kuasa, dia berjaya menyakinkan kepada pihak Istana untuk mengisytiharkan DARURAT. Eh pelik sungguh la kan...dah ada PKPP atau PKPD, kenapa nak di isytihar darurat pulak, kan?. 

Din, ko kata ari tu..Vaksin (cov-19) akan sampai hujung bulan ni, kan?. Kata ko...vaksin tu sedang di uji. Kata ko jugak...vaksin tu 100% berkesan tetapi yang ko DARURATkan seluruh negara tu sampai bulan Ogos tu, kenapa?.

Tak pasal2, nilai ringgit jatuh menjunam semalam. Nak taknak, kita terpaksa menerima hakikat bahawa nilai pasaran/perniagaan di bursa saham telah jatuh mendadak. Akibat daripada itu?..semalam sahaja, 6 Syarikat multi billionaire telah mengumumkan untuk menutup seluruh operasi mereka di Malaysia dan memindahkannya ke Vietnam, laos, Thailand dan Indonesia. Berapa ramai lagi rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan nanti?. Apa yang ko boleh buat dan tolong mereka?. Sedangkan EPF pun ko berkira-kira. Rakyat betul2 tengah susah sekarang...boleh pulak ko halang mereka dari menggunakan duit mereka sendiri. Pundek betul lah ko Din!!!.Dahla beribu-ribu orang rakyat Malaysia kini telah kehilangan mata pencarian, tiba2 hari ini... ko nak tambah lagi derita rakyat?. Semata-mata kerana engko nak mengekalkan tampuk pemerintahan?. Dajjal betul lah ko ni Din sembap oiii!.

Pertanyaan ikhlas ni....sejak ko ambil alih kuasa ni kan, ko bagi aku satu contoh kejayaan yang PN berjaya lakukan. Satu contoh jer yang aku mintak. Hah, Satu pun takde?. Isssh, pelik ni. Rakyat nak dengar ni, please la Din oiii. Saya Malas la nak tanya barua2 bangsat PN/MN...sebab mereka semua tu bodoh talingong. Otak mereka semua tu terletak bawah bontot lembik ko, kan Din?. 

 

Mungkin ada yang marah2 dan sakit hati baca penulisan ini..tapi saya tulis benda betul, realiti dan berfakta so janganlah ambik hati sangat yek!. Saya tak suka tulis mende2 yang penuh dengan fantasi. 

 

Maka soalan terakhir saya untuk hari ini kepada si sembap Din tote, "jika semua yang engko lakukan hari ini hanya menuju ke arah kehancuran...untuk apa ko beria-ia sangat nak jadi Pee M?". Saya tanya jer nih dan ada sesape yang nak membantah tak?.

 

Tq.

Yang ikhlas, jujur dan beriman kepada Allah,

Mohd Asri Bakar.

 

 


FAILED (F9) - itulah gred yang paling layak diberikan kepada Kerajaan PN!


Mohd Nasir


Failed - itulah gred yang paling layak diberikan kepada Kerajaan Campuran Bersatu, Pas, UMNO-BN, GPS, GRS yang kini menjadi Kerajaan Malaysia.


Dahulu mereka kata kalau PH terus memerintah, ramai rakyat negara ini akan mati sebab Covid tetapi hari ini sudah terbukti bahawa mereka sebenarnya yang gagal menangani penularan Covid sehingga PKP terpaksa dikenakan semula. 


Yang rakyat nampak, kluster Menteri Kayangan bebas melanggar SOP dan terlepas hukuman undang-undang. Tetapi rakyat bawahan dikenakan denda yang berat dan disuruh patuh pada SOP.


Lebih pelik lagi, saat rakyat bawahan sedang bergelut untuk mencari makan, mereka pula makin sibuk main politik DAN naik gaji bagai.


Begitulah nasib rakyat di bawah pemerintahan Kerajaan PNgkhianat aka Kerajaan Tebuk Atap.


MEMEY JILAKER PUNYA GOMEN..!!



PAS, UMNO, BERSATU; GADUH ALIH PERABOT KATANYA…



Bob Kelanang


KOH KOH KOH… 


 

Ketegangan yang berlaku ketika ini khususnya melalui beberapa kenyataan daripada pimpinan-pimpinan parti UMNO, Bersatu dan PAS dianggap sebagai permasalahan dalaman yang diibaratkan seperti 'mengalih perabot' di dalam rumah.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan permasalahan itu diyakini mampu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memandangkan ketiga-tiga parti itu kini merupakan satu keluarga.


Tambah beliau, Pas  juga akan bertindak sebagai orang tengah atau pendamai dalam menyelesaikan kekusutan membabitkan beberapa isu antara parti UMNO dan Bersatu ketika ini.


Jelasnya, gabungan berkenaan juga dijamin akan membentuk satu kerjasama yang lebih erat DAN utuh khususnya dalam membawa suara perpaduan Melayu Islam termasuk bagi mendepani PRU-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.


"Kami (Pas, UMNO, Bersatu) sudah berkeluarga, (kami) duduk satu rumah sekarang ini, semua itu parti Melayu, UMNO parti Melayu, Bersatu parti Melayu; kita utamakan perpaduan Melayu Islam dulu, dalam masa yang sama menyedari masyarakat majmuk mesti bekerjasama dengan kita.


"Jadi urusan UMNO, Bersatu, Pas ini urusan dalam rumah, kadang-kadang orang tengok kita bising itu, 'alih perabot' saja," katanya.


Abdul Hadi berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan MUDA, di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, di sini pada Isnin.


Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi PRU15.


Beliau bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad ATAU keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.

Dalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula, menghormati sebarang keputusan dibuat UMNO termasuk penolakan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Naib Presidennya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tiada sebab untuk beliau atau mana-mana pihak menidakkan hak parti yang berbeza fahaman, khasnya dalam menentukan hala tuju masing-masing.


Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pas akan berperanan sebagai jalan pendamai bagi menjernihkan hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta gabungan parti Muafakat Nasional (MN).


Jelasnya, pihak Pas tidak akan sesekali mencetuskan api permusuhan melalui pelbagai tindakan dalam keadaan yang berlaku ketika ini.



PH masih boleh persembah sokongan pembangkang kepada Agong

 

Minggu depan bertarung lebih sengit - Anwar Ibrahim - Utusan Digital




Pelaksanaan perintah darurat ke seluruh Malaysia tidak menjadi masalah kepada pihak pembangkang untuk mempersembahkan sokongan yang dimilikki kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, darurat hanya menggantung Parlimen, untuk bertemu Agong tiada undang-undang yang menghalangnya.

Katanya, tanggapan usaha untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional telah berakhir adalah tidak tepat.

“Tak betul, itu tafsiran yang salah. Yang tidak ada itu jalur (sidang) Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan dengan kenyataan hilang kuasa sokongan di kalangan anggota parlimen maka jatuh.

“Tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat sokongan dan mempersembahkan kepada Agong,” katanya menjawab pertanyaan wartawan usai menyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Menurut Anwar, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sepatutnya bertindak sebagai demokrat sejati dengan meletak jawatan selepas mendapati sokongan terhadap beliau hilang, bukannya memburukkan keadaan politik, sosial dan ekonomi dengan perisytiharan darurat.

“Apabila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui kehilangan sokongan anggota Parlimen maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat.

“Padahal pengendalian Covid-19 mampu dilakukan melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat, melalui langkah-langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.

“Tetapi bila ini gagal, sokongan hilang dan sepatutnya sebagai perdana menteri yang waras dan bertanggungjawab (Muhyiddin) akan meletakkan jawatan dan Agong mempunyai wewenang untuk memanggil seorang anggota Parlimen yang dipercayai mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen.

“Tetapi Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya lagi.

Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Persekutuan Malaysia mulai 12 Januari sehingga 1 Ogos 2021. Menurut titah Agong darurat boleh dipertimbang untuk dipendekkan sekiranya keadaan pandemik Covid 19 pulih dengan lebih cepat.



TAMRIN TUN GHAFAR : APA PERLUNYA DARURAT?*


Tamrin Tun Ghafar

 

Selasa - 12/1/21

( 1 - 25 )

 

1.   Mungkin  tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY  yang diumumkan  YDP Agong  SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH   berbincang  dan   mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu adalah khusus   untuk tujuan menangani penuluaran  COVID 19.

 2.   Tidak lama dahulu Agong dengan persetujuan Raja - Raja Melayu telah MENOLAK  cadangan Kerajaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.

 3.  Jika alasan Proklamasi  Darurat yang diberi semata - mata  kerana ingin menangani  masalah  penularan COVID 19 maka rata - rata berpendapat ia adalah  amat PELIK DAN  AJAIB.

 4.  Rakyat tidak mempertikaikan kuasa  Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?

 5.  Atas nasihat Perdana Menteri, Agong boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN  Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei 2020.

 6.  Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap - isu COVID 19 dijadikan alasan... yang ramai berpendapat alasan BODOH.

 7. Jadi apa perlunya darurat?

 8.  Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa Tentera dan rakyat pula  masih bebas  menjalankan tugasan harian, malah pada petang semalam pula  Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah - langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja menimbulkan tanda tanya.

 9.  RAMPASAN  KUASA   SEBENAR  ialah yang telah dilakukan oleh Muhyiddin dan rakan - rakannya pada bulan Februari 2020.

 10.  TIADA  siapa  yang  mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangani COVID 19 dan  ekonomi.

 11.  Sebenarnya dengan Perisytiharan Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN  KEGAGALAN  Kerajaan Pakatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID  dan masalah rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN  diri beliau daripada dijatuhkan.

 12.  Dengan Perisytiharan ini Kerajaan BEBAS   MELAKUKAN  APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

 13.  Oleh kerana  2 orang Wakil Rakyat sudah tiada, dan 2 orang MP telah menarik balik sokongan, maka Kini Muhyiddin hanya mempunyai 108 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 49% Wakil - Wakil Rakyat dalam Parlimen.

 14.  Walaupun sudah diisytiharkan  Darurat di mana Parlimen digantung  namun ia TIDAK  BERERTI  Ahli - Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan MENARIK  SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.

 15.  Dalam  situasi begini di mana nyawa Muhyiddin tak ubah seperti :

 

     'Nyawa - Nyawa

      Ikan'

 atau buah durian yang pasti gugur apabila ditiup angin, Muhyiddin  AKAN  GUNAKAN   DAN  BUAT  APA  SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui  RAMPASAN  KUASA yang telah dilakukannya.

 

16.  Mungkin  hari ini Muhyiddin dan rakan - rakan  boleh berpesta  kerana telah  berjaya meyakinkan  Agong namun TIDAK  MUSTAHIL  mulai malam ini beliau akan diburu MIMPI  NGERI!!

 17.  TERSERAHLAH kepada Wakil - Wakil Rakyat atau MP  UMNO  khususnya  sama ada  mahu terus BERDOSA   menyokong  Kerajaan RAMPASAN  KUASA  ini atau sebaliknya.

 18.  Mungkin  hari ini  Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau  tapi  jangan lupa HANYA  ALLAH  SWT  Sahaja  yang PASTI  menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan semula di Akhirat kelak.

 19.  Sudah 2 orang rakan Saudara di dalam Parlimen yang telah pergi.

 20.  Kita Bila Pulak ?

 21.  ‘TEPUK  DADA 

        TANYA  SELERA'

 22.  Rakyat  SEKALI  LAGI DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan - rakannya yang MABUK  KUASA -  untuk  apa ;  jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada kita mengagaknya.

 23.  Untuk rakyat Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP )  dilaksanakan 2 minggu tapi untuk  SELAMATKAN diri Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.

 24.   Diharap Agong  akan MENILAI  DENGAN  TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional  sejak RAMPASAN  KUASA  dilakukan mereka setahun yang lepas.

 25.  Saya percaya cakap - cakap atau kiasan kononnya Muhyiddin telah 'MEMBELI'   Agong dengan  beberapa projek raksasa  yang memberi keuntungan  lumayan  HANYALAH  FITNAH  semata - mata.

 Wassalam

Terima Kasih.

 

 


BOM JANGKA ARAB SAUDI.


Jamzuri Ardani


Kerabat Diraja Saudi (Saudi Royal House) mempunyai sekitar 15,000 orang anggota.  Dari jumlah itu 2,000 darinya layak menjadi Raja mengikut turutan kekananan masing-masing. 


Kebanyakan dari mereka adalah bilionaires dan tidak ada yang tidak millionaire. 


Arab Saudi tidak mengutip cukai dari rakyat mereka. Rakyat Saudi hidup hampir sepenuhnya dengan subsidi kerajaan, dari perumahan, pendidikan, kesihatan, keperluan asas seperti air dan elektrik, dan pelbagai lagi subsidi. 


Malah sebelum pandemik melanda, ekonomi Arab Saudi sudah mula menunjukkan masalah apabila kerajaan terpaksa membelanjakan wang rezab negara dengan begitu banyak sekali bagi mengimbangi kekurangan pendapatan dari hasil minyak.  Keadaan menjadi semakin buruk bila pandemik melanda. Rezab negara semakin berkurangan manakala hasil negara semakin mengecil. Perbelanjaan kerajaan sukar diturunkan kerana tanpa subsidi dan pengecualian cukai, rakyat Saudi akan mengalami kejutan besar.  Banyakkan kesan ekonomi, politik, dan sosial di negara tersebut sekiranya kerajaan Saudi kehabisan wang rezab. 


Ianya ibarat bom jangka!!!



APA ITU DARURAT

 

Hamdan Taha

Pagi ni saya nak ajar tentang darurat.....apa itu darurat dari segi kefahaman pada orang melayu mengikut bahasa kampung...


Darurat ni kot dalam bahasa kita ialah terdesak yang amat sangat....dah jem dan abih pikior dah kata orang perak...contoh...


Tengah bawa kereta tiba tiba nak terberak perut dah sakit benor....otak dah ligat pikir kaedah macam mana nak berak....pecut laju selagi bole mana tau bole sampai rnr kot di haiway...pecut laju macam mana pun nampaknya dah tak boleh tahan.....akhirnya berenti kereta tepi jalan...enjin kereta pun tak sempat mati ...terus lari ke tepi haiway dan terus buang apa yang patut......huhhhh lega yak amat.....pengajarannya....


Bila dah darurat sakit perut semua undang undang ni kita langar jer...parking tepi jalan...enjin tak di matikan...tak peduli keselamatan dan tak peduli malu....janji boleh berak....dah berak lega....ikut kaedah ini sebenarnya kita tak salah sebab nak buat macam mana darurat berak namanya....jika tertangkap oleh pihak plus pun jika kita terangkan pada dia....pegawai tu faham dan kot dia berada keadaan kita pun dia buat perkara yang sama....


Darurat ada banyak contoh lagi....kot kita bermusafir tiba tiba datang waktu solat dan air tak ada untuk ambil wuduk maka islam ada ajar kita kaedah berdepan darurat itu...tayamum antaranya....ini lebihnya islam...kot terberak tepi jalan tadi air tak ada beristinjak....islam dia ada ajar kita berdepan dengan darurat....


Darurat juga membenarkan kita makan apa saja contoh dah tak ada lauk dan makanan lain dalam kehidupan kita....selain makanan tidak halal sahaja...kinzir pun di benarkan makan jika darurat....dan tak salah...


Dan banyak lah contoh contoh lain yang bole kita senaraikan tentang darurat berdasarkan peristiwa dan bahasa.


Itu juga lah apa yang di lakukan oleh tan sri muhyuddin ini. Dia di katakan buat darurat kerana nak selamatkan kedudukan politik dia. Betul dah tu dan darurat ini memang kisahnya nak selamat kan diri dari musibah...seperti contoh yang saya berikan di atas. Terbukti darurat tidak ada perasaan malu atau intergriti dan sebagainya kerana namanya pun darurat....muhyuddin tak perlu malu dan sebagainya kerana ini adalah darurat....saya menjangkakan siapa sahaja dalam keadaan seperti muhyudin dia akan lakukan perkara yang sama....kerana darurat....


Yang tahu dan hafal hukum islam pun setuju apa yang muhyuddin buat berdasarkan darurat....haji hadi pun telah mengeluarkan fatwanya semalam....


Jadi kot orang perak kata apa nak kate teman masa tu udah darurat...buat jer ler. ...




GERAK98 mohon DYMM Yang Dipertuan Agong bertindak selaras Perlembagaan Negara.



1.Kami menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku dan titah Darurat.

 2.Namun kami percaya PM telah salahguna kedudukan memberi nasihat salah dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

 3.Umum mengetahui bahawa Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti ahli2 Parlimen.Beberapa hari lalu (dan hari2 mendatang) Malaysia dan dunia menyaksikan  satu demi satu ahli parlimen menarik sokongan kepada Muhyidin sbg PM.

 4.Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan seorang PM itu dilantik oleh DYMM dari kalangan ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.Muhydin jelas dan nyata TIDAK ADA MAJORITI.

 5.Kami menjunjung kasih memohon DYMM bertindak selaras Perlembagaan Negara melantik segera seorang PM yang baru dan mempunyai majoriti.

 6.Ini penting demi menjaga nama baik DYMM Tuanku dan negara di mata rakyat dan seluruh dunia.

 7.Tindakan segera DYMM juga perlu demi menyelamat negara daripada terus dirosakkan oleh seorang PM yang hilang sokongan dan terdesak.

 

MOHAMAD EZAM MOHD NOR

GERAK98

13 Jan 2021/ 29 Jamadil Awwal 1442H

 #GERAK98

 

 


MALAYSIAKU AMAN


Hamdan Taha

 Berkenaan covid di malaysia ni sepatutnya dah sampai masanya seorang sahaja wakil kerajaan cakap dan beri arahan sudah la...

 Ini sampai ramai ramai ni apa ke jadahnya...

 Ismail sabri petang nanti cakap itu ini itu ini yang semua karut marut....

 Keluar pula Ketua Pengarah 6 petang lebih cakap macam tu macam ni nasihat tu nasihat ni berlain pula dengan menteri kanan..

 Lepas tu keluar pula menteri pelajaran dah gitu gini gitu gini lain pulak lagi...

 Lepas keluar pula menteri paling kanan sop lain pula gitu gini gitu gini....

 Sudahnya carca marba semuanya...

 Kes meningkat tak pernah turun turun...

Akhirnya keluar pula Perdana Menteri umum darurat...tapi darurat tu di dua tempat sahaja Dewan Rakyat dan Dewan Negeri kenapa jadi gitu di situ pula PKP dan Darurat kerana ikut kata PM covid 19 jenis baru dan cepat menjangkit dan merebak dan paling bahaya berada di dua tempat itu....Dewan Rakyat dan Dewan Negeri....covid jenis ini vaksin belum dapat di buat kecuali dengan cara Darurat sahaja boleh selesai.....

 

Kan aman malaysia ni

 

 

 

Di lubuk itu, Anwar tebarkan JALA..


ZanirunBaba

 

Aku tau lama dah Umno sokong Anwar. Sbb tu Anwar berani naik istana persembah majoriti. Bkn semuanya SD dari Umno tp sbhgian besar mmg dari mereka. 

Surat sokongan tu kami dpt salinan lama dah.

Petang wakil istana jumpa PM di rumahnya, malam tu dah bocor oleh geng kartel. Faham2lah siapa yg dok bocorkan.

Sbb tu Maszlee keluar Pejuang. Sbb depa bocor sekali SD dari Maszlee sampai atok marah.

Anwar x mgkn bocorkan SD walau tlh dipanggil Bkt Aman.

Selain dari PH dan Umno, ada MP lain juga yg beri SD. Tapi masih x cukup selesa majoriti target sekitar 120 tanpa kira atok & Warisan. Bila dah jadi kerajaan campur semua termasuk GPS dll blh dpt sekitar 150 mp.

Sbb tu bila Umno main tarik tali dgn PN, kita tau Umno guna Anwar PH seqodar utk ugut Muhyiddin. Anwarpon tahu tapi dia tak kisah sbb PH mmg dah pembangkang dan Nothing to lose selain bersedia utk Pru 15. 

Aku dapat berita Umno nak quit PN sekali lagi masa Bajet sebulan sblm sidang tapi ada campurtangan istana, pihak atok dan PN nego sekali lagi dgn Umno hingga Plan tersebut tahu awal akan gagal.

2 minggu lepas, kawan dok bisik kata Umno nak try lagi sekali utk tolak PN cuma lps kes istana dulu aku dah habaq kat kawan. Aku tak optimis percaya Umno ada batu sbb telor mereka dah kena pegang dgn Yidin. 

Campurtangan istana dan geng atok menyukarkan keadaan.

Depa cuma ingat depa perguna Anwar tp depa x tahu dlm masa yg sama, Anwar guna depa juga agar PN benar2 berpecah jikapon PH tak berjaya ambil semula kerajaan. 

 

Bukan Anwar tak tahu game Umno nih, cuma dia layankan saja x putus asa.

Jika tiba masa dan Umno benar2 tersepit, insya allah plan Anwar dan PH akan berjaya.

Just be patient and wait till the right time. 

Sbb tu aku x berapa teruja nak lobi dan promosi kerja geng2 Umno nih. Depa x sokong PH pon xpe janji dpt lihat depa gaduh & berpecah. Senang Pru 15.

Aku cuma nak tengok keberanian Umno dan keikhlasannya sokong Anwar PH ni sejauh mana.

Plan ni pon hanya sementara utk sblm Pru 15, Pru 15 nanti PH tetap kena lawan BN dan PN...

Kalo PH atau BN gagal dpt cukup majoriti sbb gangguan PN, mgkn juga ada perbincangan utk tubuh kerajaan bersama plak.

Harap2 PH menang besarlah nanti. X payah sakit kepala layan BN dan PN atau pihak lain. 

Sblm tu kita lawan macai Atok.🤣

 

Kredit: Afiy Shah Abu Khomsah

ZanirunBaba


SELANGOR UMUM BELI LIMA (5) JUTA VAKSIN COVID-19 MANAKALA KELANTAN NEGERI MISKIN TAK BOLEH NAK BINA JAMBATAN UNTUK RAKYAT SENDIRI…


Kerajaan Selangor akan membeli tiga hingga lima juta dos vaksin COVID-19 bagi mengawal penularan wabak terbabit.

 Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu menjadikan bekalan vaksin COVID-19 mencukupi untuk penduduk Selangor dan memastikan kesihatan rakyat terus terjamin.

 “Selangor perlu membeli sebab keperluannya lebih kerana industri negeri memerlukan pekerja, termasuk pekerja asing.


“Setakat ini, vaksin COVID-19 disediakan kepada warganegara. Mereka (pekerja asing) perlu membeli vaksin terbabit,” katanya, hari ini.

 Amirudin ditemui selepas Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, di sini.

 Amirudin berkata, pembelian vaksin itu akan dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan, selain dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rabu ini.

 “Saya sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan muktamadkan apabila semua urusan selesai,” katanya.

 Ketika ditanya mengenai langkah kerajaan negeri membendung penularan susulan Selangor mencatatkan bilangan kes COVID-19 harian tertinggi, beliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.

  Katanya, beberapa perancangan dan pelan tertentu dalam tindakan, namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 “Kita akan cuba membantu MKN kerana ketika ini suasana berbeza, memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi, terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing yang disaring.

 “Sebelum ini, mereka (pekerja asing) tidak disaring. Apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi,” katanya.

 

 


KERAJAAN PALING GAGAL


 Hasina Hamzah

Kerajaan paling gagal, hanya ramai otak tak tahu tinggal dimana! Mereka2 ini bukan shj gagal tetapi tamak, jahat dan penipu!!!! 



ADAKAH DEMOKRASI BERPARLIMEN PENYEBAB PENINGKATAN WABAK COVID-19?


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) terkejut dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa beliau telah menasihati Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara bagi membendung lonjakan kes Covid-19 di negara ini. 


Kami sangat bimbang kesan perisytiharan darurat ini terhadap usaha memulihkan situasi ekonomi kita yang semakin parah.


Muhyiddin menyatakan bahawa ianya bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan di mana aktiviti ekonomi akan beroperasi seperti biasa. 


Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan semalam masih terpakai. 


Beliau juga menyatakan bahawa tujuan utama darurat adalah untuk membendung wabak Covid-19 yang telah mengalami peningkatan kes secara mendadak selama beberapa bulan yang lalu.


Namun kesan utama darurat ini adalah tergantungnya sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta semua bentuk pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 terkawal atau pulih. 


Sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada YDPA mengenai penamatan atau penerusan darurat. 


Meskipun telah dinyatakan bahawa tempoh darurat adalah sehingga 1 Ogos 2021 namun tempoh darurat boleh ditamatkan lebih awal jika keadaan semakin baik atau dapat dilanjutkan jika perlu.


Kami mempersoalkan keperluan penggantungan Parlimen dan pilihan raya apabila semua aktiviti yang lain berfungsi seperti biasa di bawah syarat darurat ini. 


Kami berpandangan bahawa pilihan raya yang wajib seperti Pilihan Raya Umum, pilihan raya negeri yang dijadualkan setelah penggal penuh atau pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan perlu dijalankan. 


Pilihan raya ini boleh dan perlu diadakan dengan SOP yang ketat serta pelaksanaan penggunaan kaedah pengundian jarak jauh ataupun secara digital untuk mengurangkan risiko jangkitan. 


Walau bagaimanapun, seruan pelaksanaan pilihan raya tidak wajib atau pilihan raya separuh penggal harus dielakkan memandangkan wabak ini masih melanda.


Kehilangan majoriti kerajaan tidak bermaksud secara automatik akan mencetuskan pilihan raya kerana perkara tersebut merupakan budi bicara YDPA atau Yang di-Pertua Negeri sama ada perlu mengadakan pilihan raya atau membenarkan wakil rakyat yang lain untuk membentuk kerajaan. 


Kebijaksanaan seperti itu harus dilaksanakan oleh YDPA dan tidak ada ahli politik yang boleh merampas budi bicara ini dari Seri Paduka Baginda.


Selain itu, pilihan raya wajib dapat dijalankan dengan selamat seperti yang telah ditunjukkan oleh banyak negara dan YDPA mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan Parlimen pada separuh penggal. 


Hal ini menjadikan penangguhan pilihan raya dengan perisytiharkan darurat adalah tidak wajar sama sekali. 


Sekiranya ini benar-benar untuk mengelakkan pilihan raya, maka kuasa YDPA untuk menolak permintaan pembubaran daripada Perdana Menteri telah tergugur.


Tambahan pula, undang-undang tidak menetapkan kerajaan minoriti tidak boleh terus berfungsi. 


Kerajaan sentiasa boleh memeterai Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang agar dapat meneruskan pentadbiran sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. 


Penyusunan multi-partisan seperti itu akan menjadi teladan baik bagi politik di negara ini selain daripada keputusan belanjawan, parlimen dan reformasi politik lain boleh dipersetujui.


Justeru, berkemungkinan alasan sebenar untuk pengisytiharan darurat ini adalah bagi menangguhkan demokrasi berparlimen dan menafikan pemantauan Parlimen terhadap kerajaan, ataupun merupakan usaha untuk mengelakkan kejatuhan pemerintahan Muhyiddin disebabkan oleh perpecahan yang sedang berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) apabila UMNO sedang mengugut untuk menarik diri dari gabungan tersebut.  


Sekiranya ini adalah alasannya, perisytiharan darurat bukan sahaja berlebihan tetapi merupakan penyalahgunaan kuasa Eksekutif yang meletakkan negara ini dalam kancah bahaya di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi terburuk yang pernah dihadapi negara ini.


Kami juga ingin mempersoalkan kemampuan pentadbiran Muhyiddin dalam menangani pandemik dan krisis ekonomi ketika keabsahan mereka sebagai kerajaan pemerintah sedang dicabar hampir setiap hari, tidak hanya dari pihak pembangkang malah dari parti komponen kerajaan itu sendiri. 


Setakat ini mereka telah menunjukkan ketidakmampuan untuk menguruskan keadaan Covid-19 berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini.


Kami menyeru semua parti politik untuk mengutamakan kepentingan nasional pada saat kritikal ini dan mengetepikan segala komplot politik untuk merampas kuasa. 


Semua usaha harus dilakukan untuk memerangi Covid-19, memulihkan ekonomi dan melakukan reformasi politik yang utama bagi mengembalikan kestabilan yang mapan dan meratakan padang permainan kepada semua pihak.


Dikeluarkan oleh:

BERSIH 2.0, ABIM, IKRAM, KLSCAH dan GBM.

12 Januari 2021.



TIBA MASANYA KEADILAN DIBERI KEPADA ANWAR IBRAHIM


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. 

 

Tun Mahathir pula pernah dilantik sebagai PM interim, selepas beliau dengan sengaja meletakkan jawatan sebagai PM di bawah kerajaan PH pada Feb 2020 tanpa ada perbincangan dengan Majlis Presiden PH.   

 

Sekarang, jelas dan nyata bahawa Muhyiddin selaku PM kerajaan PN iaitu kerajaan tanpa mandat rakyat setelah kumpulan beliau dan Azmin khianat serta belot kepada PH, Muhyiddin kini kehilangan majoriti di kalangan Ahli Dewan Rakyat.  Secara prinsip dan moralnya wajib Muhyiddin meletakkan jawatannya kecuali beliau seorang yang tidak bermoral dan tidak menghormati perlembagaan negara.  

 

Kini negara kita dalam polemik luar biasa.  Covid dan darurat.  Krisis perlembagaan turut menambah derita rakyat apabila seorang PM tiada sokongan majoriti dan kerajaannya pula bukan pilihan rakyat melalui pilihanraya.  Dalam menangani polemik serta situasi luar biasa yang pertama kali berlaku dalam sejarah pemerintahan dan sistem politik Malaysia, adalah menjadi keperluan untuk negara dipimpin seorang pemimpin yang hebat dan dihormati.

 

Dan berdasarkan situasi semasa, hanya seorang sahaja pemimpin yang layak memikul tanggungjawab ini iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.  Maka, harapan kita agar Kebawah Duli Tuanku dapat memberi perkenan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bagi mengadap dan mempersembahkan sokongan yang beliau perolehi bagi membolehkannya dilantik sebagai PM.  

 

Saya yakin, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai rakyat di negara ini akan diberi keadilan yang sewajarnya.  

 

WFAUZDIN NS

 

 


MUHYIDDIN Letak JAWATAN? - Apa Respond ANWAR, Mahathir, Hadi & Rakyat?

[🔥SIRI 13🔥] "DARURAT APA MAKNANYA? APAKAH PN HILANG MAJORITI?"

RENTASAN 803 | NEGARA DIDARURATKAN - ANTARA KEPENTINGAN POLITIK DAN RAKYAT




MENARIK DALAM RENTASAN 802
1. PAS KEKAL MAIN DUA KOLAM 2. PROKLAMASI DARURAT – TIADA PRU 3. PEMBANGKANG PERLU DIPANGGIL TUBUH JAWATANKUASA BEBAS





Gempar! Pegawai Muhyiddin akui darurat langkah politik selamatkan PN

 


Gempar! Pegawai Muhyiddin akui darurat langkah politik selamatkan PN

Seorang pegawai kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hari ini mengakui bahawa perisytiharan darurat adalah langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Perikatan Nasional.

Menurut Azman Mat Hussin, perisytiharan darurat oleh Muhyiddin petang tadi telah sekaligus “checkmate” musuh-musuh politik Muhyiddin.

Pengakuan pegawai Mubyiddim melalui Facebook

“Hangpa ingat hangpa terer? Tnggu sat lagi,” kata Azman sebelum perisytiharan darurat dibuat.

Pengakuan Azman di Facebook

“Kan aku cakap dah… Hangpa ingat hangpa terrer ka,” kata Azman selepas perisytiharan darurat dibuat, dipercayai keberjayaan Muhyiddin menyekat langkah-langkah politik yang dilakukan oleh UMNO.

Pengakuan pegawai Muhyiddin melalui Instagram

“Checkmate semua.. tunggu pengumuman ye..,” kata Azman melalui Instagram.

Kerajaan Muhyiddin telah hilang majoriti baru-baru ini, ekoran pergelutan kuasa di antara partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO.

Dua Ahli Parlimen UMNO, iaitu Ahmad Jazlan Yaakub dan Nazri Aziz telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, menjadikan kedudukan majoriti Muhyiddin berkurang kepada 109 Ahli Parlimen sahaja.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin telah mengisytihar darurat hari ini, bagi menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undang Negeri.

Perisytiharan darurat ini sekaligus berjaya mengelak usul tidak percaya dibuat terhadapnya.

Azman juga dikenali sebagai “Man Panching”

Semakan ke laman Facebook Azman mendapati beliau merupakan pegawai video Muhyiddin Yassin.

Beliau juga bekas calon AJK Bahagian Bersatu Putrajaya.

Akaun twitter rasmi SKMM digantung?

 


Gempar! Akaun twitter rasmi SKMM digantung?


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan yang mana akaun Twitter rasmi mereka, @SKMM_MCMC telah digantung buat sementara waktu.

Hal ini hadir lanjutan daripada sejumlah Tweet-Tweet lama daripada akaun berkenaan yang dilihat dikongsikan semula oleh para pengguna dalam bentuk RT.

Pihak SKMM mengatakan yang mana akaun berkenaan telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Namun, daripada pengamatan kami sendiri, ia bukan diceroboh. Sebaliknya, ia lebih kepada Tweet daripada akaun berkenaan – sebelum diambil-alih oleh SKMM. Mungkin pihak yang mengendalikan akaun media sosial Twitter untuk SKMM ini terlupa memadam Tweet lama-lama sebelum ia dijenamakan semula kepada akaun @SKMM_MCMC.

Pihak SKMM turut mengatakan supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan daripada akaun berkenaan.