PH boleh teroka kerjasama berbilang parti - Abdullah Sani



Perkembangan politik terbaharu yang memperlihatkan Pakatan Harapan di Perak dan Johor boleh bekerjasama meluluskan Belanjawan 2021 di kedua-dua negeri berkenaan memungkinkan satu konsep kerjasama berbilang parti pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, konsep seperti itu mungkin masih belum dihalusi pada peringkat tertinggi parti namun selepas kerjasama ditunjukkan dalam beberapa isu di Perak dan Johor, tidak mustahil pada masa hadapan kerjasama boleh dilakukan dengan parti-parti musuh.

"Saya nampak (ada kemungkinan) begitu dan Malaysia ke arah itu untuk memberikan keharmonian dan kesaksamaan untuk kita menjelmakan reform itu sendiri.

"Seperti mana yang berlaku di Perak dan Johor, petandanya itu menunjukkan kerjasama itu boleh diwujudkan dengan adanya coalition kerajaan. Dengan adanya perpaduan kerajaan, jadi ia tidak menjadi masalah, malah itu memantapkan Parlimen itu sendiri," ujarnya.

Kerjsama berbilang parti wujud di Jerman yang mana gabungan parti-parti kerajaan peringkat persekutuan tidak sama di peringkat negeri atau wilayah, dan menjadi contoh sebutan para penganalisis politik yang membincangkan perkembangan muktahir politik tanah air.

Mengenai terdapat segelintir penyokong DAP atau Amanah yang mengkritik langkah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya gagal dalam usaha mengambilalih kerajaan persekutuan dengan kerjasama sebilangan Ahli-ahli Parlimen Umno, Abdullah berkata, Anwar telah diberi mandat untuk mengusahakannya, sama ada berjaya atau tidak, penyokong perlu menerimanya.

"Kedua-dua (penyokong) parti ini kena tahu, kita ambil mandat rakyat (pilihan raya umum 14) tetapi pengkhianatan berlaku. Menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri (masa hadapan) merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu," katanya.

Bagaimanapun, semalam ketika merasmikan kongres Pemuda Amanah, Timbalan Presiden parti itu Salahuddin Ayub berkata Gabungan Besar yang dicadangkan tidak akan 'mengusik' kedudukan Anwar dan dengan syarat PH memimpin parti-parti pembangkang lain.

 

Anwar Ibrahim – nasib baik dan nasib tidak baiknya

 Mohsin Abdullah



Pasti ada kesan ayahnya dipukul setengah mati' | Harian Metro


Anwar Ibrahim tidak bernasib baik apabila dipecat oleh Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berada hanya satu tapak sahaja lagi sebelum ke puncak pentadbiran negara. Peristiwa berlaku pada September 1998.

Kita tahu ketika itu Anwar ialah timbalan kepada Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri.

Bukan sahaja Anwar dipecat, beliau dilempar pelbagai tuduhan mengaibkan termasuk melakukan liwat dan dituduh juga agen Amerika Syarikat dan Yahudi. Nasib tidak baik bertambah buruk. Ditangkap, dipukul dalam tahanan, dan kemudiannya dipenjara kerana mahkamah mendapati beliau bersalah kerana meliwat – satu tuduhan menurut beliau direka.

KHABAR SIYASAH :: : Kerana mata lebam Anwar, Hadi merasa jadi MB, Kata  Awang Malaya

Namun Anwar bernasib baik apabila ribuan rakyat turun ke jalan raya membantah apa yang mereka lihat sebagai kekejaman keatasnya. Benar mereka menuntut reformasi atau perubahan dalam urus tadbir kerajaan tetapi demonstrasi setiap minggu yang diadakan khususnya di Kuala Lumpur dilihat sebaga bukti ribuan rakyat tidak percaya akan tuduhan yang dilempar ke atas beliau.

Berdasarkan itu saya kata beliau “bernasib baik” kerana ribuan menyebelahinya. Bukan sesuatu yang mudah rakyat tidak “termakan” tuduhan yang disajikan setiap hari melalui media massa dan sebagainya.

Turun ke jalan raya beramai-ramai menentang kerajaan bukan sesuatu yang lazim bagi masyarakat Malaysia. Apa lagi berdepan dengan kekerasan pasukan polis simpanan, gas pedih mata, dan pancutan air.

Anwar bernasib baik juga kerana akibat pemecatannya satu gelombang kebangkitan sebahagian besar rakyat tercetus dan beliau berjaya menggabung parti politik pembangkang. Maka lahirlah Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat, dan disusuli Pakatan Harapan.

Yang menyokong Anwar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datangnya bukan sahaja parti politik tetapi juga pelbagai NGO dan kumpulan aktivis dengan bermacam fahaman.

Mereka bergerak sebagai satu “force” and tampil juga membantu keluarga Anwar yang amat memerlukan sokongan dan bantuan ketika itu.

Rata-rata mereka membantu tanpa mengharapkan balasan dan tanpa menuntut ganjaran. Memang Anwar bernasib baik.

Apabila beliau bebas dari penjara dan bergerak aktif semula dalam arena politik, Anwar mendapati dirinya dalam keadaan perlu membuat keputusan kritikal dan penting.

Lantas ada orang yang “setia dan banyak berkorban untuknya” diketepikan, atau “terpaksa diketepikan”. Tentunya bagi Anwar, beliau telah berbuat keputusan paling adil dan yang terbaik. Pun begitu tidak boleh dinafikan beliau tentu ada juga membuat kesilapan ketika memilih aanggota psukannya. Tidak boleh dinafikan kemungkinan “ada orang baik” yang diketepikan dan ada perkara penting yang beliau “terlepas pandang”.

Pada situasi begini, beliau tidak bernasib baik kerana ada orang bagus kecewa, makan hati, dan bertindak meninggalkannya.

Rafizi Ramli, antara tokoh PKR yang terkemuka, baru-baru ini mendakwa pernah menasihati Anwar berhati-hati dan jangan membiarkan dirinya dikelilingi dengan apa yang beliau sifatkan sebagai golongan “oportunis” dan “kaki ampu”.

Kata Rafizi, presiden PKR itu pernah memilih dan mempercayai Azmin Ali “dan lihat apa yang terjadi”. Azmin kita tahu pernah menjawat posisi timbalan presiden PKR tetapi berpaling tadah.

Gambaran yang diberi Rafizi ialah nasihatnya kepada Anwar tidak dituruti.

Jika apa yang Rafizi katakan itu benar, Anwar tidak bernasib baik kerana dikelilingi golongan “oportunis dan kaki ampu”.

Namun tidak boleh disangsi juga ada golongan setia dan bagus di sisi Anwar sekarang. Oleh itu beliau dalam keadaan bukan tidak bernasib baik, tetapi sukar kerana terpaksa membuat pilihan tepat – memilih mana kaca mana permata.

Anwar nama besar. Di universiti beliau terkenal sebagai pemimpin pelajar yang hebat pada 1970-an. Namun ramai generasi muda tidak tahu akan kehebatan zaman lampaunya. Era reformasi juga ramai orang muda yang tidak tahu.

Oleh itu ada pemerhati politik beranggapan orang muda masa kini tidak ramai yang boleh “relate” dengan Anwar.

Begitu juga peranannya dalam penubuhan apa yng dikenali sebagai Yayasan Anda. Ia satu institusi pendidikan swasta yang diasaskan sekumpulan siswazah universiti tempatan dan dipelopori Anwar.

Antara lain Yayasan Anda menyediakan peluang kepada pelajar khususnya pelajar Melayu miskin yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Lalu bagi saya, Anwar tidak bernasib baik kerana generasi sekarang tidak tahu itu semua. Terpulanglah kepada Team Anwar untuk memperbetulkan jika mereka mahu orang zaman ini tahu akan itu semua.

Anwar juga tidak bernasib baik kerana Mahathir “keberatan” untuk serahkan kuasa kepada beliau walaupun ada pejanjian yang dimeterai dalam kalangan Pakatan Harapan.

Bagi Mahathir pula, Anwar tidak boleh jadi perdana menteri kerana partinya PKR dianggotai pelbagai bangsa dan agama. Menurut beliau, seorang PM mesti datang dari parti Melayu.

Maknanya apa yang dikatakan beliau ialah PKR bukan parti Melayu dan Anwar tidak cukup Melayu dan terlalu “liberal” dan akan banyak “memihak” kepada masyarakat bukan Melayu. Sekali gus Anwar tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan Melayu.

Anwar memang banyak bercakap dalam konteks “keadilan buat semua bangsa”. Namun ada golongan bukan Melayu mengganggap Anwar “terlalu Melayu”. Nasihatnya kepada orang bukan Melayu supaya jangan “menakut-nakut” orang Melayu dengan membuat pelbagai tuntutan kepada Pakatan Harapan (yang ketika itu memerintah Malaysia) dilihat sebagai “pro-Malay” dan “anti-non-Malay”.

Malah oleh kerana Anwar “berasal” daripada ABIM sebelum menyertai kerajaan Mahathir pada 1982, ada golongan bukan Melayu (termasuk ada orang Melayu sendiri) yang menyalahkan beliau akan wujudnya kumpulan “hardline Muslims” dalam masyarakat Malaysia. Kata mereka Anwar bergerak aktif dalam kempen penerapan nilai Islam anjuran pentadbiran Mahathir.

Mereka juga tidak lupa penekanan yang Anwar beri terhadap Bahasa Melayu semasa beliau menjadi menteri pendidikan dalam Jemaah Menteri Mahathir dan menggalakkan juga penggunaan sebutan baku.

Ertinya dituduh oleh orang Melayu sebagai pro-bukan Melayu dan tidak cukup Melayu, dan dilihat golongan bukan Melayu sebagai terlalu Melayu dan anti-bukan Melayu. Jelas pada aspek ini Anwar tidak bernasib baik.

Kini Anwar mendapati kedudukannya sebagai ketua pembangkang dipertikai dalam kalangan pembangkang sendiri walaupun diakui sokongan terhadap beliau masih ada. Lumrah ada yang sokong ada yang tidak. Persoalannya mana yang lebih ramai?

Semuanya kerana kegagalan menumbang kerajaan sedia ada khususnya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melalui pengundian Belanjawan 2021.

Sokongan Ahli Parlimen UMNO untuknya tidak terjadi.

Pengumumannya sebelum ini mendakwa mempunyai “the numbers” untuk mengambil-alih Putrajaya juga tidak menjadi. Sekali lagi yang menjadi sandaran ialah sokongan Ahli Parlimen UMNO.

Dakwaannya mempunyai sokongan yang “kuat, utuh, meyakinkan” atau “strong, forminable, convincing” kini dipersendakan.

Beberapa penganalis dan pemerhati politik percaya semasa Anwar membuat pengumuman sedemikian beliau yakin (mungkin terlalu yakin) akan sokongan yang (akan) diperolehi tetapi “orang UMNO buat U-turn” dan janji tinggal janji.

Anwar tidak bernasib baik kerana (menggunakan istilah kasar) “kena game” dua kali.

Sekarang ada pihak dalam pembangkang mahu satu “reset” atau ketetapan semula strategi politik mereka. Ada yang mahu fokus diberi terhadap persediaan menghadapi PRU-15. Ada yang kata Anwar masih ada strategi yang boleh menumbangkan Muhyiddin tanpa PRU.

Walaupun ada pihak yang mahu jawatannya sebagai ketua pembangkang dilucutkan, Anwar bernasib baik kerana ramai dalam kalangan pembangkang dan juga pemerhati politik yang mengakui pembangkang tidak ada pilihan selain beliau untuk mengepalai gabungan oposisi. Tetapi dengan membuat beberapa perubahan kata mereka. Mungkin daripada segi pendekatan dan sebagainya.

Yang jelas Anwar punyai matlamat besar. Untuk mengubah nasib tidak baik menjadi nasib baik.

 


PPBM Selangor tidak ketagih ‘simpati’ UMNO, sedia lawan, jika terpaksa, pada PRU, kata Rashid


PETALING JAYA: PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor, namun bersedia “bertembung” dengan parti itu pada pilihan raya umum ke-15, jika terpaksa, kata Pengerusi PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari.

Beliau membayangkan bahawa UMNO setakat ini menolak usaha PPBM untuk merungkai isu pengagihan kerusi di Selangor dalam menghadapi PRU yang dijangka diadakan tahun depan apabila pandemik Covid-19 reda.

“Jika (kena) bertembung (dengan UMNO), maka bertembunglah. Hendak buat macam mana lagi. Sudah jelas rakyat Selangor tidak menerima UMNO sebagai pemimpin di Selangor. Jadi, kita akan teruskan agenda kita bawah Perikatan Nasional (PN),” kata beliau kepada FMT.

Rashid berkata pengundi Selangor menolak UMNO dalam tiga PRU lalu dan jelas, perlu ditawarkan alternatif baru dalam bentuk PN yang menggabungkan PPBM dan PAS sebagai tonggak utamanya.

Beliau berkata PPBM Selangor akan berusaha menunaikan hasrat presiden parti, Muhyiddin Yassin, yang mahukan PPBM berunding dengan UMNO, bagi mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, pada masa sama, PPBM negeri akan bersikap realistik dan tidak menagih simpati UMNO, kata Rashid.

“Kita akan teruskan perbincangan dengan UMNO tetapi kalau mereka menolak perbincangan, pertemuan, apa lagi yang kita hendak buat. Saya akan cuba teruskan perbincangan, perjumpaan dengan mereka, sekiranya mereka sudi,” kata beliau.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar, dilaporkan berkata, UMNO akan mengelakkan pertembungan dengan PAS pada PRU15 namun bersedia melawan PPBM jika parti itu “menganggu” kerusi milik UMNO.

“Kalau PPBM cuba nak ganggu kawasan kita, UMNO tiada pilihan melainkan terpaksa melawan PPBM,” kata beliau.

Rashid berkata PPBM dan PAS bawah naungan PN sepakat untuk terus berusaha menawan hati pengundi, bagi memastikan gabungan kerajaan itu memenangi kerusi yang disasarkan pada PRU15.

“Kita bukan tagih simpati tetapi kita rasakan bahawa sekiranya PPBM dan UMNO bersatu di Selangor, kita akan merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH). Itu usaha yang kita akan teruskan,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, sekiranya UMNO berterusan menutup pintu perbincangan, PPBM tidak akan tersasar daripada meneruskan kerjasama dengan PAS dalam membawa agenda perjuangan PN.

“UMNO dan PAS ada Muafakat Nasional tetapi tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, berbeza dengan PN. Ia sudah didaftarkan dan diluluskan. Jadi, apa yang sah hanyalah PN, sebab itu kita (PPBM dan PAS) akan gunakan logo PN menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Rashid turut berterima kasih dengan PAS kerana begitu konsisten dalam pendirian mereka untuk terus menerus menyokong PN.


UMNO SELANGOR PATUT JADI NEGERI PERTAMA PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU

 Ini penegasan UMNO Selangor:

Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar mengingatkan Bersatu negeri itu agar jangan mengganggu kerusi-kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU lalu.

Menurut beliau, jika parti serpihan UMNO itu masih berdegil, mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa melawannya.

“Hasrat ini telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO dan Presiden Pas di Selangor agar UMNO dan Pas tidak bertembung, namun kalau Bersatu cuba nak ganggu kawasan kita, UMNO tiada pilihan melainkan terpaksa melawan Bersatu.

“Jadi saya minta kepada Bersatu, tolong kaji balik Pusat Daerah Mengundi (PDM) mana yang mereka menangi, tolong tengok dan buat kajian betul-betul,” katanya lagi.

Tegas Noh, UMNO sekali lagi mengulangi pendirian hanya mengiktiraf Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dengan Pas sebelum ini.

“Kita di Selangor berpegang kuat kepada prinsip tetap akan bersama dengan Pas dan pendirian kita jelas bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertembungan dengan parti itu.

“UMNO tiada pilihan lain sekiranya Bersatu tetap berdegil untuk meletakkan calon di kawasan yang pernah dimenangi UMNO sebelum ini,” tambah Noh.

Ini pula jawwpan balas Bersatu:

Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari berkata, pihaknya masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di negeri itu namun bersedia “bertembung” pada PRU akan datang jika terpaksa.

Beliau mengakui bahawa UMNO Selangor setakat ini menolak usaha Bersatu untuk berunding merungkai isu pengagihan kerusi di negeri itu

“Jika (kena) bertembung (dengan UMNO), maka bertembunglah. Hendak buat macam mana lagi.

“Sudah jelas rakyat Selangor tidak menerima UMNO sebagai kerajaan. Jadi, kita akan teruskan agenda kita bawah Perikatan Nasional (PN),” ujar beliau.

Rashid berkata, pengundi Selangor telah menolak UMNO dalam tiga PRU lalu dan jelas, perlu ditawarkan alternatif baru dalam bentuk PN yang menggabungkan PPBM dan PAS sebagai tonggak utamanya.

“Kita akan teruskan perbincangan dengan UMNO tetapi kalau mereka menolak perbincangan, pertemuan, apa lagi yang kita hendak buat.

“Saya akan cuba teruskan perbincangan, perjumpaan dengan mereka, itu pun sekiranya mereka sudi,” kata beliau lagi.

Apa lagi patut dilakukan?

Dengan pendirian UMNO itu, mereka sepatutnya menjadi negeri pertama memutuskan hubungan dengan Bersatu?

Berani ke?

 (Shahbudindotcom 26/12/2020)




Tengku Razaleigh malu dengan tindakan Presiden Umno

 


Tengku Razaleigh malu dengan tindakan Presiden Umno

Tengku Razaleigh malu dengan tindakan Presiden Umno

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata dia “agak malu” dengan keputusan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Umno bukanlah ahli PN.

Ketika ditanya mengenai langkah seterusnya yang harus diorak Umno selepas kerajaan menang undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Razaleigh berkata, tindakan Zahid “sangat aneh”.

“Saya tak tahu (langkah Umno seterusnya). Saya rasa awak perlu tanya Ahmad Zahid sebagai presiden untuk memberikan jawapan yang lebih jelas tentang soalan ini.

“Sebab dia pun dah bersetuju untuk menjadi ahli Majlis Presiden PN. Saya agak malu, atau memandangn (keputusan itu) sebagai sangat aneh untuk dia menerima (menjadi ahli) di dalam majlis presiden (itu), sebab Umno bukan ahli PN.

“[…] Dari mana datangnya Umno? Umno tak ada langsung (dalam hal ini),” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia di Kajang hari ini.

PN merupakan satu kerjasama politik yang dibentuk selepas Langkah Sheraton menumbangkan PH pada hujung Feb lalu.

Pada asalnya, ia menyaksikan kerjasama antara Bersatu yang keluar daripada PH, untuk membentuk kerajaan baru bersama BN, PAS, bekas ahli PKR yang keluar parti, GPS, PBS, dan Star.

Kini PN secara rasminya hanya dianggotai PAS, Bersatu, Star dan SAPP, manakala BN pula hanya menyokong, tetapi tidak menyertainya, namun Bersatu dilihat dominan sementelahan perdana menteri datang daripada parti itu.

Minggu lalu, PN bersama parti lain dalam kerajaan sepakat menubuhkan majlis presiden yang dianggotai ketua parti – termasuk Ahmad Zahid – selain penubuhan sekretariat yang dianggotai oleh semua setiausaha agung parti dalam kerajaan PN.

Pada forum hari ini juga, moderator bertanya MP Gua Musang, apakah gabungan yang lebih sesuai untuk Umno antara Muafakat Nasional (MN) atau PN, atau apakah Umno perlu menerokai gabungan baru.

Jawab Tengku Razaleigh, dia sendiripun keliru dengan keadaan yang berlaku kini.

Bagaimanapun, katanya, hakikat Bersatu ialah parti yang “mencuri” banyak ahli Umno, bukanlah sesuatu yang boleh dimaafkan.

“Tak boleh nak samakan BN dengan Bersatu. Bersatu wujud kerana curi orang dari Umno. Itu tak boleh kita ampun. Dari segi moral pun dah tak betul Bersatu ni.

“[…] Kekuatan dia lahir daripada pencurian. Banyak orang duduk jadi menteri itu adalah orang yang dicuri daripada Umno.

“Nak suruh Umno pergi melutut dengan mereka? Tak boleh. Mana maruah kita,” katanya.

Jelasnya lagi, PAS juga telah memberi kata putus untuk tidak sesekali akan bersama parti serpihannya, Amanah.

Menurut Tengku Razaleigh, pada pilihan raya akan datang, Umno mesti mendapatkan semula kuasanya dengan melaraskan semula (reset) agenda parti, termasuk lebih banyak melibatkan orang muda. .

Dia juga percaya Umno boleh membuat pakatan dengan kumpulan-kumpulan yang produktif yang “tidak anti siapa-siapa”, yang katanya, boleh diharapkan untuk menumpukan masa dalam pembangunan masyarakat.




VAKSIN COVID-19, MALAYSIA TETAP KETINGGALAN!



Katanya, kerajaan turut memperuntukkan dana penyelidikan dan pembangunan yang membolehkan Thailand menghasilkan vaksin dibangunkan secara tempatan oleh Universiti Oxford. Selain Thailand, AstraZeneca juga menandatangani perjanjian dengan Filipina untuk pembelian 2.6 juta dos vaksin.



PROJEK KEDAH BINA DARULAMAN - MANA PEMUDA PAS?




“Memandangkan projek ini sudah menjadi kepentingan awam, Putra menggesa SPRM menyiasat secara terperinci perkara itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka terlibat jika wujudnya unsur penyelewengan atau salah guna kuasa,” katanya selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Meru Raya, Ipoh, lapor Sinar Harian. Terdahulu, tular satu tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp antara Takiyuddin Hassan dan Tengku Zafrul berhubung penglibatan Kedah Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan penglibatan Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di negeri itu.



UMNO DAN BERSATU, BENCI TAPI RINDU



Ketika istiadat pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Dato' Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar negeri itu yang ketiga, Sultan Nazrin bertitah secara sinis terhadap sejarah yang berlaku di negeri tersebut. “Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan,” titah baginda.


APA KHABAR KAMPUNG BARU?


ANNUAR MUSA CAKAP PANDAI TAPI YELLEK....


Namun Khalid diperlekeh oleh, tak lain tak bukan, Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa dengan ciapan di Twitter pada 22 September 2019: “RM850 satu kaki persegi bukan nilainya tanah di Kampung Baru. Undang-undang memberi hak bagi pemilik mendapat harga pasaran. Kampung Baru adalah kawasan yang sudah di bangunkan la bro. Semua prasarana tersedia.Kenapa nak diskriminasi.Yg beli bukan swasta tapi kerajaan!!”



ISU TERAKHIR YANG NAK DIBAWA-PAS PARTI YANG MENGGUNAKAN AGAMA DEMI SEVIVAL POLITIKNYA


Rasanya rakyat dah faham perangai parti agama yang selma ini kita dapat melihat wajah sebenar mereka. Bagi penyokong Pas teruskan menyokong walau seribu dalil, rakyat dah tahu perangai sebenar parti agama ini. Nak tunjuk bagusnya islam memang tak ada, nak kata negeri yang di takbir pun tak ada, malah negeri yang ditakbir oleh Pas, nampak tidak mencerminkan pun apa yang diperjuangan selama ini, sama ada hudud, atau RUU 355 yang dijanjikan bulan dan bintang, akhirnya kelaut juga perginya. Apa lagi tokoh tokoh yang dahulunya melalak, bila berjawatan tidak dapat pun menunjuukkan kelebihan dari menteri sebelum ini, sama ada menampakkan kemajuan atau lebih baik , tidak nampak...jadinya Pas ini tak lebih sebuah parti yang menggunakan agama demi kelangsuangan politik mereka sahaja. 


Image may contain: one or more people and text

GEMPAR | PEMUDA PAS JANJI BERI SOKONGAN PERTANDINGAN RATU CANTIK..??

 

GEMPAR | PEMUDA PAS JANJI BERI SOKONGAN PERTANDINGAN RATU CANTIK..??



Papa

Bob

: Kita tunggu je la dalil dari pok lebai...

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) semalam telah bertemu dengan penganjur program pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit setelah mula mendapat kecaman dari warganet berikutan dari program tersebut yang disifatkan bertentangan dengan tuntutan agama Islam.

Namun ia terus mencetuskan perbahasan apabila ramai yang menyangka bahawa Dewan Pemuda Pas Malaysia itu akan menentang sekeras-kerasnya pertandingan tersebut. Pas terkenal dengan laungan memartabatkan Islam dan menentang sebarang tindakan yang disifatkan bertentangan dengan syariat agama ketika menjadi pembangkang.

Penganjur program melalui Facebook rasmi Miss Plus World Malaysia/Ms Plus Intercontinental Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak mereka bakal bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas bagi menjaga kepentingan bersama.

“Perbincangan mengenai sama ada untuk batalkan malam gala atau tidak” namun “Pemuda Pas memberi cadangan dan berjanji akan menyokong program kami tetapi mereka meminta untuk dilakukan sedikit perubahan”.

Baca Artikel Berkaitan : Miss Plus Malaysia: Pemuda Pas minta tukar nama pertandingan

https://utaradaily.com/miss-plus-malaysia-pemuda-pas.../

“Peganjur akan memberikan kerjasama kepada Pas untuk menyediakan program yang

terbaik

bagi wanita di Malaysia”, katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.

Penganjur juga tidak akan membatalkan program terbabit yang dijadualkan bakal berlangsung pada 2 Januari kecuali mendapat arahan dari pihak berkuasa untuk membatalkan acara tersebut.

Terdahulu Yang di-Pertua Yadim, Nasrudin Hassan menyifatkan pertandingan seumpama itu sebagai tindakan menyuburkan budaya hedonism dan pengeksplotasian wanita. Beliau yang juga Jawatankuasa Pas Pusat berkata penganjuran acara seumpama itu bakal memberikan isyarat kepada masyarakat seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional merestui program yang seumpama itu.

Dua pandangan yang berbeza dari Jawatankuasa Pas Pusat yang kurang menyokong acara tersebut berbanding Dewan Pemuda Pas Malaysia yang berjanji akan menyokong program-program seumpama itu.

 

Tiga tokoh intelektual Amanah tolak Mahathir

 

Bila Prof Kamil Majid sindir pimpinan Amanah

Tiga tokoh intelektual Amanah tolak Mahathir

MAT, DIN AYOB, LID, FUZ PUNCA PH LEMAH

Menjelang Konvensyen Amanah... sila lah perwakilan Amanah bertanya kpd pimpinan mereka di manakah relevannya utk Amanah bersama Mahathir???

Selepas Husam Musa memberi hujah dgn fakta secara intelektual, diikuti Dr Mujahid.. hari ini Prof Kamil Majid juga memberi gambaran yg serupa. Ketiga tiga mereka ini sememang dikenali pimpinan intelektual yg ada dlm parti Amanah. Mari kita baca sedikit komen Prof Kamil yg tular di wall FB beliau hujah Prof Kamil..

"POLITIK Malaysia betul betul gawat. Setiap parti politik menghadapi kemelut kepimpinan. Hatta parti baru sepertu Amanah pun tidak terlepas dari keadaan itu.

PAS zaman Fadhil Nor dan TGNA masih menyeru kpd idealisme perjuangan Islam. Teapi apabila HH di kelilingi para profesional seperti Shamsuri dan TAKI ia menyanjung politik kuasa. Hingga tertubuhnya AMANAH yang ingin mengekal idealisme. Tetapi selepas menang PRU 14 dan jadi sebahagian kerajaan PH. AMNAH juga mengekal politik kuasa sehingga kuat mendokong Tun M berbanding kesetiaan kepada DSAI.

Harap Dr Mujahid terus memperjuangkan رحمۃ للعالمین. Tokoh lain nampanya lebih tertarik dengan politik kuasa."

Ya semua pemerhati atau penganalisis politik terkejut dan hairan dgn hujah yg sgt dangkal dari empat pimpinan Amanah yg tidak putus asa saban bulan mahu PH bersatu dgn Tun. Saya juga puas memikirkan apa yg ada dibenak pemikiran 4 org ini.

Dgn audio, saksi dan tingkah laku Mahathir sendiri yg ingin sengaja mahu mengkhianati PH... mahu diangkat semula oleh Mat, Din Yob, Lid dan Fuz. Mahathir itu bukan sekali tapi sudah dua kali mengkhianati Anwar.

Kita berhujah sedikit dgn 4 org ini. Mat mungkin dia terhutang budi dgn Mahathir. Ye lah belajar tak habis boleh jadi Menteri Pertahanan dan begitulah juga Mahfuz. Tapi Lid dan Din Ayob kita ingin bertanya?

1) Jika kita serahkan sekali lagi 30-40 kerusi Parlimen kpd Mahathir & The Gang dan sekali lagi dia mengkhianati PH... lalu bagaimana? Grand Coalition konon...fikirlah implikasi jangka panjang.

2) Mahathir sendiri berkata ( melalui audio ) dan disahkan oleh Zahid Md Arip yg dia tidak mahu DAP dan Anwar? Jadi kalian ini bagaimana mahu Anwar jadi PM tapi mahu Mahathir bersama...yg buat kalian berempat hilang jawatan Menteri dulu siapa? DAP mahu Mahathir sdgkan terang2 Mahathir bencikan DAP..???

3) Sdgkan kita boleh anggarkan 2 juta ahli dan penyokong PH secara terang terangan menolak Mahathir utk bersama PH sekali lagi. Mahu 4 ahli Parlimen atau mahu kehilangan lebih 2 juta pengundi?

4) Sepatutnya Amanah perhebat perkuatkan Amanah tetapi sibuk perhebatkan utk PH bersama Mahathir. Ia boleh diibaratkan org Melayu yg hendak berniaga terus mahu membuka perniagaan yg besar dgn meminjam sana sini? Mee segera...

5) Betul lah pimpinan utama Amanah ini dilihat hanya mengejar jawatan. Malah menjadi jurucakap Mahathir. Mahathir bawa UMNO tak mengapa, Anwar mahu kerjasama dgn UMNO tak boleh... ? Lid dan Din hampa kata hampa tak berjuang utk mengangkat mana2 pemimpin menjadi PM... dulu hampa duk letak nama Tun kemudian Anwar tu apa? Perangai PAS tu terbawa bawa sampai dlm Amanah.

6) Sayang di saat PN dan BN berentakkan, PH pula berentakkan hanya kerana geng 4 ini sibuk mahu bersama Mahathir dan bukannya mahu perkuatkan Amanah dan PH... memang Melayu asli depa ni.

Just nak cabar pimpinan Amanah... mahu tak Amanah bersama Mahathir dan Wawasan bentuk satu kerjasama. PKR, DAP dan UMNO bentuk satu kerjasama hanya utk jatuhkan PN... menjelang PRU15 kita lwan secara profesional... apa pendapat kalian. Kerjasama dgn Tun dan UMNO sama sahaja risikonya...

Yg saya bimbang ialah pasti akn berlaku sabatoj dari penyokong Anwar kpd pimpinan Amanah. Begitulah sebaliknya cuma Amanah kita tahu ahli dan pendokongnya tidak ramai. Sekaligus akn menjejaskan suasana kempen PRU15 nanti. Pasti ahli PKR dan Amanah serta DAP sukar bekerjasama seperi sebelumnya.

Kedegilan Mat, Ayob, Lid dan Fuz boleh diibaratkan sebagai Lebai Malang. Yang dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

kredit...

Norman Radzuan

 

 

 

 

MENCARI SESUATU YANG ABADI BUAT PEMAIN RAGBY INI

 

Sonny Williams adalah salah seorang pemain ragbi

terbaik dunia. Dia pernah berkata "jiwa ku merindui sesuatu tetapi tidak tahu apakah itu". Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Kredit: American muslim

#dakwahsentapofficial

#dtmjinspirasi

 

 Image may contain: 5 people, people standing and text

 

EZAM AKAN TENTANG ATOK95

 MAN TOBA

Puak-puak caiTun dalam Amanah marah betul dengar

Mohamad Ezam Nor

nak lawan bos dia.

https://www.malaysiakini.com/news/556464

Ezam umum akan cabar Mahathir dalam PRU depan

24 Dis 2020

Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengumumkan akan bertanding melawan Dr Mahathir Mohamad dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, dia sedia bersemuka dengan bekas perdana menteri itu sama ada di kerusi disandangnya di Langkawi atau di mana-mana tempat.

“Kita tidak boleh biarkan Mahathir berjaya hancurkan reformasi lagi,” katanya yang kini bergerak melalui platform Gerakan Reformasi 98 (Gerak98).

Gerak98 merupakan platform bagi pendukung semangat gerakan reformasi 1998 yang dicetuskan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas dipecat oleh Mahathir pada tahun 1998.

Mahathir ketika itu menjadi perdana menteri buat kali perdana dan Anwar bertindak sebagai timbalannya.

Ezam yang terkenal dengan pidato lantangnya ketika itu berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar.

Dia bagaimanapun pernah terlibat dengan pelbagai parti, termasuk PKR, Umno dan Bersatu, selepas itu.

Ezam umum akan cabar Mahathir dalam PRU depan


Bercakap kepada Malaysiakini, Ezam juga berkata Presiden Parti Pejuang Tanah Air yang juga anak Mahathir, Muhkriz, akan turut dicabar oleh tokoh Gerak98 daripada Kedah.