GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI. LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR



Tamrin Tun Ghafar
Selasa – 05/05/2020
( 1 – 35 )
1. Bagi menghormati Bulan Ramadhan ini saya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen seperti yang lazim dilakukan.
2. Namun dengan beberapa peristiwa dan kenyataan politik beberapa hari ini, tidak dapat tidak atau suka tak suka saya TERPANGGIL juga untuk memberi ulasan.
3. Walaupun ramai yang bersetuju namun tidak dapat dinafikan ada juga segelintir ‘pengampu- pengampu’ yang tak senang dengan pandangan dan kritikan saya sama ada secara terang – terangan mahu pun secara sinis.
4. Kita perlu menegur dan BERCAKAP BENAR jika mahu melihat negara kita terus maju, malah lebih maju dari negara lain yang sudah maju.
5. Perkara ini tidak mustahil; jika kita masih ingat kehebatan negara kita pada awal 1990 dibawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad ketika itu, negara kita disanjung tinggi sehingga digelar ‘THE ASIAN TIGER’ oleh dunia.
6. IMF dan George Soros yang pernah mengkritik Dr. Mahathir ketika Asian Financial Crisis AKHIRNYA memuji kehebatan dan kecekapan beliau menangani situasi tersebut dengan baik dan berkesan.
7. Begitu juga walau pun TIDAK disenangi oleh 9 orang Raja – Raja Melayu, namun Dr. Mahathir memilih menyelamatkan negara dan rakyat dari terus ‘DIBULI’ dan dalam masa yang sama BERJAYA MENYELAMATKAN Institusi Raja Berpelembagaan semasa Krisis Perlembagaan dahulu; malangnya masih ada di kalangan mereka yang marah dan menggangap Dr. Mahathir seorang ‘PEMBELOT’.
8. Tun Dr. Mahathir BUKANLAH MAKSUM seperti Hadi, beliau juga tak lepas dari melakukan kesilapan.
9. Menjelang Pilihanraya Umum ke14 pada 9hb Mei 2018, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun ketika itu namun Parti – Parti Gabunagan PH ( PKR , AMANAH, DAP dan BERSATU ) pada masa itu TERPAKSA memujuk Tun bagi mengepalai mereka bagi menumbangkan UMNO/BN.
10. Kerana keengganan Kerajaan Najib membenarkan penggunan nama dan simbol Pakatan Harapan ketika itu, AKHIRNYA mereka semua bersetuju MEMINJAM nama dan simbol PKR.
11. Situasi sama ini hampir menjadi kenyataan apabila PAS dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz pernah membenarkan DAP ( yang kini dianggap oleh Hadi sebagai anti Melayu dan Islam ) bertanding atas nama dan simbol PAS.
12. Tun telah dipilih sebagai Pengerusi BERSATU dan Muhyiddin pula sebagai Presidennya.
13. Mengikut Perlembagaan BERSATU, Pengerusi mempunyai kuasa yang lebih dari Presiden; sebagai contoh Presiden MESTI TERLEBIH dahulu mendapat persetujuaan Pengerusi bagi segala apa yang hendak dilakukan, ini termasuk dalam perlantikan Setiausaha Agung Parti.
14. Langkah Sheraton telah mengubah corak amalan politik negara apabila Muhyiddin SANGGUP melupakan PERJANJIAN PERSEFAHAMAN antara 4 Parti Gabungan PH yang mana beliau sendiri menandatanganinya dan bekerjasama dengan UMNO , PAS dan disokong pula oleh GPS Sarawak dan 10 bekas Ahli Parlimen PKR pimpinan Azmin Ali bagi menubuhkan Kerajaan yang TIDAK DIPILIH rakyat.
15. Bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor SANGGUP dengan mudah menyerahkan Kerajaan Johor dari BERSATU kepada UMNO.
16. Di Johor, Wakil-Wakil Rakyat dari Bersatu sudah TIDAK LAGI DIHORMATI oleh UMNO.
17. Rakyat Johor mula terasa telah DIPERALAT dan DITIPU oleh Muhyiddin dek kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.
18. Mereka masih TERBAYANG bagaimana BENCI dan JANJI Muhyiddin bahawa apa pun jadi TIDAK AKAN BERSAMA UMNO lagi; jika di Jepun terutama di zaman SAMURAI dahulu demi menjaga maruah…..mmm faham sajalah.
19. Jika Dewan Negeri Johor dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula, BERSATU yang kini ada 11 kerusi Dewan Negeri akan HANYA dapat TAK LEBIH 4 kerusi sahaja.
20. Pada rakyat Johor khususnya mereka terlalu bosan dari terus dipermain-mainkan dan ditipu seolah-olah undi mereka pada BERSATU TIDAK DIHORMATI, apa faedah menyokong BERSATU jika Muhyiddin yang kini sudah dapat apa yang diidamkan beliau selama ini, maka beliau sendiri TIDAK PEDULIKAN perasaan pengundi di sana.
21. Walaupun TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA atas sebab tekanan politik dan barah tali perut sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai Perdana Menteri setengah hari (beliau perlu balik ke rumah setiap hari dan berehat selepas mengambil ubat-ubatan) namun yang penting bagi Muhyiddin ia terukir dalam sejarah negara bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri walaupun TAK SAMPAI setahun.
22. INILAH SIKAP MEMENTINGKAN DIRI daripada menghormati suara dan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dan PAS.
23. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mat Sabu, Presiden AMANAH:
‘YANG MENANG
JADI
PEMBANGKANG
YANG KALAH
JADI
KERAJAAN.’
24. Dalam politik tidak ada kawan dan lawan yang kekal – dulu Muhyiddin dan Azmin adalah ‘orang kepercayaan’ Tun Mahathir tapi demi kepentingan diri masing-masing, kedua-dua mereka sanggup MENIKAM Tun dari belakang; lupakah kita peristiwa Muhyiddin ‘menikam’ Abdullah Badawi dan lupakah kita bagaimana Azmin ‘menikam’ Anwar serta Wan Azizah ekoran ‘Langkah Kajang’?
25. Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) hari ini tak ubah seperti nyawa di hujung pedang.
26. Ekoran kenyataan Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO beberapa hari lepas, sudah ada laporan-laporan dibuat kepada ROS yang ingin kepastian apakah PN pernah didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan bila pula Azmin Ali dan 9 orang Ahli Parlimen PKR mengisi Borang Keahlian BERSATU dan diluluskan pula oleh parti yang mana Tun bukan sahaja sebagai Pengerusi, bahkan telah diumumkan MENANG
tanpa bertanding bagi penggal akan datang sedangkan Muhyiddin sebagai Presiden pula menghadapi tentangan.
27. Bagi menentukan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu tidak tergugat, beliau SANGGUP MENJADI PAK TURUT – kini tak ubah seperti mesin duit atau ‘ATM machines’ – siapa saja orang politik yang berjawatan tak kira ssma ada di Pusat mahu pun Negeri membuat ugutan, maka bagi menutup mulut, mereka akan diberi jawatan dalam GLC.
28. Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor kini TIDAK MAMPU berbuat apa – apa terhadap UMNO yang terang – terangan membuli BERSATU di peringkat negeri Johor walau pun BERSATU mempunyai 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan majoriti Kerajaan PN HANYA 1 Kerusi sahaja.
29. Difahamkan Kerajaan negeri Perak juga sedang bergolak di mana hampir kesemua Ketua – Ketua Bahagian UMNO TIDAK senang dengan Menteri Besar mereka yang kebetulan pula penyokong kuat Muhyiddin; jika ini berlaku BERSATU yang HANYA punyai 4 Kerusi Dewan Undangan Perak, termasuk 3 yang melompat, pasti akan tumbang.
30. QUE SERA SERA – APA NAK JADI, JADILAH – yang maha penting bagi Muhyiddin ialah jawatan Perdana Menteri saja.
31. Apakah benar RM250 Billion bagi menangani masalah yang dihadapi Makcik Kiah seperti yang pernah diumumkan dan disambut dengan titisan air mata gembira benar – benar mencapai sasaran atau satu lagi gula – gula yang dicampakan keatas tanah untuk kutipan Makcik Kiah?
32. Rakyat tak sabar menunggu bagi melihat sejauh mana Kerajaan PN ini boleh bertahan.
33. Muhyiddin ada 2 pilihan :
i. Bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri, tangguhkan lagi Sidang Parlimen ATAU,
ii. Pilih jalan mana yang sesuai untuk keluar SEBELUM DIHUMBAN – pintu depan, belakang, tingkap atau bak kata Hadi, Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, ‘melalui’ TEBUK ATAP’.
34. Bagi tujuan meraih simpati dan sokongan dan dalam masa yang sama MENYALAHKAN TUN kerana meletak jawatan, nasihat ikhlas saya Hentikan DRAMA atau MAINAN POLITIK konon nya beliau TAK BERMINAT nak jadi Perdana Menteri
35. ‘YA ALLAH MASUKKAN AKU DARI PINTU YANG BENAR DAN KELUARKAN AKU JUGA DARI PINTU YANG BENAR’ – Amiin !
Wassalam
Terima Kasih.

KENYATAAN MEDIA



Menjawab Amaran Menteri Azmin Ali Terhadap Kerajaan Negeri-Negeri

Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Kanan Azmin Ali perlu merujuk butiran No.7 dalam Senarai III – Senarai Bersama (Concurrent List) Jadual Kesembilan (Ninth Schedule) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri-Negeri mempunyai kuasa bersama dalam perkara Kesihatan Awam (Public Health) dan Pencegahan Penyakit (Prevention of Diseases).

2. Peringatan ini diberi sebagaai jawapan terhadap amaran Menteri Kanan Azmin Ali bahawa ‘’ Negeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri’’. Azmin Ali atau Kerajaan Persekutuan tidak boleh cukup hanya sekadar bergantung punca kuasa dari Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk memaksakan kehendaknya supaya kerajaan-kerajaan negeri menurut keputusan Kerajaan Persekutuan supaya sektor ekonomi dibuka semula pada 4 Mei 2020.

3. Perlu diingat bahawa Senarai III – Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan status kuasa perundangannya lebih tinggi berbanding AKta 342 tersebut.

4. Jadi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hubungan Negeri-Negeri dengan Persekutuan saya menyeru supaya Menteri Kanan Azmin Ali, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Pusat supaya mengambil pendekatan yang terbaik dengan menghormati kuasa kerajaan-kerajaan negeri kerana Malaysia ini sebuah negara persekutuan yang mengamalkan prinsip Federalisme yang bidang kuasa masing-masing (Negeri-Negeri dan Persekutuan) telah tertulis dengan nyata di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

5. Keputusan yang dipersetujui bersama dalam soal untuk membuka semula sektor ekonomi akibat wabak penyakit Covid-19 adalah satu keputusan besar yang penting. Keputusan itu perlu dilihat ada kewibawaan, diyakini, tepat dan boleh dipertanggungjawabkan supaya ia akan dihormati oleh semua pihak, sama ada rakyat, pihak industri, pelabur dan masyarakat antarabangsa. Imej dan nama baik Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga akan terpelihara.

Hassan Abdul Karim
Pengerusi
Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-Negeri Dan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Gudang
4 Mei 2020

Isu rasuah di Kementerian Kesihatan jika di tutup dengan batu konkrit. Adakah anda fikir bau busuk tidak keluar.

MACC investigating RM30 million contract related to Covid-19 testing


MACC RM30 million contract between a company and the Health Ministry involving mass 

Covid-19 tests and PPE supplies to front-line medical workers. – The Malaysian Insight pic

 by Irwan Majid, May 4, 2020THE Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)

 is investigating a company over its RM30 million contract to supply mass testing labor

ZAHARIN MAT YASIN



Khabar seorang pegawai Menteri kata.. 'Saya buat utk boss'. Dari segi moral apa yang berlaku kes rasuah di satu Kementerian itu arahan Menteri. Punya bongkak pegawai khas menteri ini. .

Khabanya melibatkan juga berapa orang pemimpjn UMNO di peringkat Bahagian.. Kerja mereka nak menyamun aja..

Pegawai Khas Menteri dahulu dan hari ini.

Saya pernah kerja dengan Menteri. Menteri itu selalu nasihatkan pegawai dan saya. 'Kamu jangan sekali ambil rasuah wang ringgit dan rasuah lain' dan 'jangan libatkan diri dengan tender'.

2. Tetapi di zaman now dan berkerja di zaman 'norma baru'. Pegawai Menteri lantikan politik semuanya akan berubah hidup. Ada yang berubah dalam setahun dua .. Ada yang berubah dalam masa yang singkat.


3. Maka bermulalah dia berlagak sombong.. Dulu masa sama2 menjadi rumput di atas bumi, dia bertegur sapa. Sekarang dia sudah memandang langit. Bila bercakap macam baru kenal.


4. Itu sebab Menteri saya dulu.. ada juga berbelas pegawainya.. Hanya SetPol sahaja orang politik. Lain pegawai termasuk pegawai khas semuanya jika tidak PTD, pegawai kerajaan yang dipinjamkan.

5. Bila PTD jadi pegawai khas.. semua urusan dia sama dia dalam PTD. Semua masalah rakyat dapat diselesaikan.

6. Kini orang Politik.. Di peduli pun tidak oleh PTD di Kementerian. Itu sebab kerja mereka ini menyamun aja. Bukan ada pun mereka terlibat dalam keputusan tender.

7. Tetapi kerana mereka di pejabat Menteri, keputusan itu diketahui awal. Maklumat itu digunakan untuk mengambil rasuah dari syarikat yang menang tender. Modes operandi ini dah dipakai 40 tahun dahulu.

Satu lagi pegawai politiknya ialah Pegawai Wakil Peribadinya di kawasan Piilihanraya, sekarang menggunakan juga nama Pegawai Khas. - Sang Kelembai

Kuala Lumpur
Mei 5, 2020

PKPB: Peringatan Azmin Ali mengundang kecaman orang ramai

PKPB: Peringatan Azmin Ali mengundang kecaman orang ramai


Rata-rata berpendapat ruang perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengekang penularan Covid-19 di luar kawalan.
Ada juga yang menganggap Azmin perlu sabar memandangkan pengumuman Perdana Menteri berkenaan PKPB hanya dibuat pada 1 Mei lalu iaitu cuti umum.
Terdahulu, Azmin mengingatkan kerajaan negeri bahawa pihak industri mungkin boleh mengambil tindakan undang-undang jika sektor ekonomi tidak dibuka semula di bawah PKPB seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat.
Kata bekas pemimpin PKR itu, kerajaan negeri yang ingkar untuk membuka semula ekonomi tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan bercanggah dengan dasar kerajaan Pusat.

BILA MUHYIDDIN DAPAT DISINGKIRKAN? 18 MEI, JULAI ,NOVEMBER,2021,2023?



Berdepan tekanan yang berterusan, khususnya daripada UMNO yang terus menagih pelbagai habuan dan jawatan, persoalan yang banyak dibualkan ketika ini ialah sampai bilakah kerajaan PN yang meletakkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini mampu bertahan?
Sehingga ini, selain UMNO menuntut lebih banyak jawatan di peringkat Pusat, UMNO di Sabah, melalui surat Zahid Hamidi kepada Muhyiddin, mereka juga menuntut jawatan dalam kerajaan dan GLC untuk empat pemimpin negeri itu.
Dalam perkembangan mutakhir, di sebalik Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran jawatan dalam GLC, Ahli MT UMNO, Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pemimpin nombor dua UMNO itu sepatutnya dilantik sebagai menteri atau timbalan perdana menteri oleh Muhyiddin.
Sekali fikir, kalau ditawarkan jawatan menteri, tentu mustahil Tok Mat Hasan menolaknya, apa lagi jika ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri.
Selain itu, kritikan beberapa pemimpin UMNO terhadap Azmin Ali berhubung penolakan 9 negeri untuk melaksanakan PKPB turit dilihat sebagai suatu bentuk tekanan secara tidak langsung terhadap Muhyiddin.
Dengan semua ini, hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu dalam PN, kalau pun belum retak, ia bolehlah dikata dalam keadaan suam-suam kuku situasinya.
Meskipun Muhyiddin mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik, tetapi bagi UMNO, mereka tidak pernah muak melakukan tuntutan dan tekanan sehinggalah semua kehendak mereka dipenuhi.
Secara umumnya, sekurang-kurangnya ada lima cabaran di depan Muhyiddin yang boleh menyebabkan beliau hilang jawatannya dan dengan tekanan berterusan daripada UMNO, sampai bilakah kemampuannya untuk bertahan?
Pertama, sidang Parlimen 18 Mei depan ini adalah penangguhan daripada tarikh asal yang yang sepatutnya pada 9 Mac. Ia ditangguhkan berikutan Muhyiddin baru mengangkat sumpah pada 1 Mac dan kerana bimbang usul tidak percaya akan dikemukakan terhadapnya, beliau telah menangguhkannya kepada 18 Mei.
Oleh kerana wabak Covid-19 sedang melanda, sidang Parlimen 18 Mei nanti hanya diadakan selama sehari dan sesuai dengan surat pemberitahuan kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa tiada usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawatan, kemungkinan besar tiada usul undi tidak percaya dapat dikemukakan pada hari tersebut.
Tetapi, selain PH berterusan mendesak agar sidang Parlimen penuh selama 14 hari diadakan, terbaru, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang pro Tun Mahathir Mohamad, Warisan dan PH telah pun bergabung tenaga membuat desakan yang sama.
Kesepakatan baru ini tentu saja tambah menggerunkan Muhyiddin, apalagi Tun Mahathir sudah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH di dalam Parlimen.
Untuk itu, sidang Parlimen 18 Mei ini, kalau pun usul undi tidak percaya tidak berjaya dikemukakan kerana keengganan Muhyiddin mengadakan sidang penuh, imej beliau sudah pun tambah merudum dan beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang penakut.
Kedua, sidang Parlimen seterusnya pada bulan Julai tidak dapat dielakkan daripada diadakan, selain untuk membentangkan banyak rang undang-undang yang tertangguh, ia juga perlu untuk membahas titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang disampaikan baginda pada 18 Mei sebelumnya.
Dalam sidang itu nanti, sukar untuk Muhyiddin mengelakkan diri daripada berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya. Mahu tidak mahu, bellau mesti mempersiapkan 112 Ahli Parlimen cukup dengan habuan jawatan serta kedudukan sebelum bermulanya sidang Parlimen Julai yang dijadual pada 13 Julai hingga 27 Ogos.
Ada seorang dua yang berkecil hati atau berasa jawatan yang diberikan tidak sepadan dengan martabat diri, bererti kedudukan Muhyiddin berada dalam bahaya.
Begitu pun, kejayaan usul undi tidak percaya itu juga bergantung kepada sejauh mana Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan PH dapat mencapai persefahaman untuk bekerjasama semula.
Gerakan Tun Mahathir secara sendirian atau Anwar secara sendirian, tidak mungkin mampu membuahkan kejayaan untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mahu tidak mahu, mereka mesti bergabung semula.
Tetapi dengan kesediaan Tun Mahathir untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH dan setujunya beliau mengeluarkan kenyataan media bersama PH serta Warisan menuntut sidang Parlimen semalam dengan sendirinya memperlihatkan persefahaman dengan Anwar hampir pasti terjalin semula.
Ketiga, sekiranya usul undi tak percaya kepada Muhyiddin tidak berjaya dibawa pada Sidang Parlimen Julai disebabkan Speaker tidak memberi laluan kerana mahu mendahulukan usul-usul kerajaan, usul tersebut boleh dibawa semula pada Sidang Parlimen seterusnya yang dijadual 28 September hingga 26 November.
Namun, jika kerajaan terus berhelah tidak membenarkannya juga, pihak pembangkang atau PH boleh melakukannya dengan cara tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.
Jika pembangkang berjaya menolak kelulusan Belanjawan 2021, kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan tumbang dengan sendirinya.
Keempat, tahun 2021 adalah tahun pemilihan bagi UMNO dan tahun tersebut adalah kritikal bagi Zahid Hamidi dari segi mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO.
Kiranya menjelang tahun 2021 iaitu tahun depan, belum ternampak tanda-tanda Muhyiddin sedia campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO, ramai yang percaya bahawa UMNO akan menarik diri keluar daripada PN.
Keghairahan UMNO menggugat kerajaan PH sehingga ia tumbang bukanlah kerana faktor DAP, Melayu terancam, Islam tergugat atau apa-apa sebab yang lain, sebaliknya faktor terbesarnya ialah kerana kes mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpinnya, terutama Zahid Hamidi dan Najib Razak.
Harus disedari bahawa tanpa kesediaan Muhyiddin untuk campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi hampir pasti akan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya jika beliau dicabar oleh pemimpin lain yang ada jawatan menteri dalam kerajaan.
Dalam budaya UMNO, di mana ada gula, disitulah banyak semut akan datang.
Setelah bersusah payah bekerjasama menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Zahid Hamidi pasti tidak mahu ia akhirnya akan menyebabkan beliau kerugian dengan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.
Pemimpin UMNO lain yang ada kes mahkamah juga lebih mungkin bersama Zahid Hamidi dalam perkara ini.
Situasi kelima iaitu PRU15 yang dijangka bakal diadakan pada tahun 2023 adalah merupakan tarikh mati yang tidak dapat dielakkan bagi PN berdasarkan pengesahan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan yang mengatakan parti itu hanya mahu bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam pilihanraya tersebut.
Dengan UMNO, BN dan Pas bakal bergabung dalam MN untuk berhadapan dengan PH yang dalam PRU15 akan datang, Bersatu pro Muhyiddin yang sekarang bersama UMNO, Pas dan GPS membentuk kerajaan PN tanpa berdaftar, hanya akan terbiar sendirian tanpa teman yang meyakinkan untuk memenangi pilihanraya.
Berdasarkan lima situasi cabaran tersebut, sampai ke tahap manakah Muhyiddin mampu bertahan?
Paling ramai menjangkakan, terutama melihat tekanan UMNO yang makin mencengkam, Muhyiddin diramal tidak mungkin mampu membawa hayat politiknya melepasi tahun 2021. (ShahbudinHusin 05/05/2020)



RENTASAN 673 | PANAS!!!INI PUNCA KERAJAAN PN DIDESAK ADAKAN SIDANG PARLIMEN PENUH?




MENARIK DALAM RENTASAN 673 1. PERIKATAN NASIONAL TAKUT SIDANG PARLIMEN? 2. BERSATU-UMNO BERANTAKAN DI JOHOR 3. LANGGAR PKP - ADA JENAYAH DUA DARJAT? 4. JANGAN REMEHKAN PENCEROBOHAN KAPAL CHINA!

PROFF KANGKUNG KENA SEKOLAH.ORANG TAWAR JAWATAN,TAK MAU..TAKUT TAK LAMA YA



Seronoknya melihat Prof Kangkung ini disekolahkan. Punyalah dok burukkan Dap tak habis2, rupa2nya di bawah kjaan PH, di bawah menteri dari Dap, baru ada usaha nak wujudkan undang2 lebih keras untuk pemandu mabuk. Biar cerdik sikit pro kangkung tu...ehehh

Imej mungkin mengandungi: teks




Kalau bukan disebabkan Covid-19, Muhyiddin Yassin sudah tentu hilang kuasa



Parti Pribumi Bersatu tidaklah kuat mana, jadi ianya amat sukar untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nak kawal atau mengarahkan Umno dan kerajaan-kerajaan negeri yang bukannya dibawah Bersatu.

Dia masih mainkan isu DAP kembali berkuasa....bukan DAP la...PH...ANWAR JADI PM mengaku ya...


KASIHAN....

KESIHAN....

" Sehubungan itu, kerajaan memandang serius terhadap pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan (perlaksanaan PKPB) ini," katanya dalam kenyataan, hari ini."

Owhhh.,kasihan....



Kesihan menteri dari kerajaan tanpa mandat rakyat ini.

KASIHAN.,....

Dalam kerajaan PH pun dia tak berfungsi, berada di bawah kerajaan pintu belakang lagi teruk imej dia.  Lebih separuh dari semua negeri tidak peduli pun arahan yg dikeluarkan.  Kalau di negara bertamadun, pastinya menteri akan letak jawatan apabila terasa dirinya tidak berguna langsung.

Benarlah kata orang tua-tua, benih yang baik dicampak ke pulau mana pun tetap hidup.  Tapi kalau najis, letak di dalam longgokan emas pun, tetap membusuk.

WFAUZDIN NS



Muhyiddin di Persimpangan - Pulang ke PH atau kembali ke UMNO?



PH, BERSATU DAN WARISAN KINI BERGABUNG TUNTUT SIDANG PARLIMEN PENUH


4 Mei 2020

PARLIMEN PERLU BERSIDANG PENUH

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan mengambil maklum keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020.

 Keputusan ini bermakna pada perkiraan kerajaan wabak Covid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai pelitup muka, serta melakukan saringan Covid-19 bagi Ahli-Ahli Parlimen.

Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan, dan memandangkan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang telah diumumkan.

Persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam, serta membolehkan Ahli-Ahli Jemaah Menteri melaksana agenda legislatif Kementerian masing-masing.

Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu.

YB Tun Dr Mahathir Mohamad Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
YB Dato’ Seri Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (WARISAN)
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

BEZA PH DAN PN




Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

KLUSTER KERAS KEPALA


ZULAIFA IBRAHIM

[5/4, 14:15] Zarul Hp: Selamat datang "KLUSTER KERAS KEPALA"
[5/4, 14:15] Zarul Hp: Ape lah nak jadi dengan org Malaysia ni langsung tak paham bahasa .. nak sgt mati gamaknye !
Sia2 je usaha kerajaan dan orang yang dah menurut perintah kawalan pergerakan .. lagi kesian usaha frontlines kite bertungkus lumus hari-hari  tapi tak dihargai ..
Langsung tak ada penjarakan sosial .. berasak-asak .. paham panas nak cepat masuk tapi bertolak ansur lah sikit dalam keadaan kita sekarang ni ..

6 JALAN DIBUKA SEMULA


IBRAHIM MAT ISA


Sebanyak enam lokasi jalan tutup di sekitar kawasan Petaling Jaya akan kembali dibuka esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata jalan berkenaan melibatkan Jalan PJS 5/46, Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) dan Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8).
Selain itu, Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara; di lampu isyarat PJU8/1 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara.
Beliau berkata kesemua lokasi jalan tutup itu boleh dilalui orang awam berkuat kuasa pada 12 tengah malam ini (5 April).
"Pembukaan ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan polis mengatur gerak semula petugas barisan hadapan bagi penugasan 'mobile' di kawasan tumpuan orang ramai," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. #Bernama

KEDAI PAJAK GADAI DIKERUMUNI


Hamsina Hamzah



𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗚𝗔𝗗𝗔𝗜.. dikerumuni ramai. Bukti rakyat tak kira bangsa ramai dah pokai.

BPN ramai mengadu belum masuk. BSH apa kan lagi. Duit i-lestari KWSP pun ramai baru dapat mesej dari KWSP beritahu duit masuk Mei. Ada awal Mei. Ada tengah Mei. Ada yg permohonan masih dalam proses 😭😭😭

Ramai terkurung masa PKP ni...

𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜.. MP Pas, Umno dan Bersatu agih²kan jawatan dengan gaji $$$ puluhan ribu sebulan. Rakyat berbaris ke Pajak Gadai untuk sesuap nasi.

Inikah kerajaan yg kita perlukan ‼

#PajakGadaiRakyatDahPokai


Tiada penerangan foto disediakan.

Dari isu pemandu mabuk hingga faedah bank: ‘Hairan Pas mendiamkan diri’

Dari isu pemandu mabuk hingga faedah bank: ‘Hairan Pas mendiamkan diri’

Laksana PKPB, tiada alasan halang Parlimen bersidang penuh

Laksana PKPB, tiada alasan halang Parlimen bersidang penuh

Food Bank Nadi Bantuan Di Kulim Bandar Baharu





Bantuan bakul makanan di Parlimen Kulim Bandar Baharu kerana telah ada Food Bank sejak 2 tahun lalu. Bantuan dari kerajaan negeri Kedah juga diagihkan dengan baik. Bagaimanapun, bantuan daripada Kementerian Luar Bandar bermasalah. 1,000 bakul makanan dipolitikkan. Agihan diberi kepada parti politik. Umno, Bersatu, Pas dan melibatkan pula geng kartel KEADILAN yang tiada kena mengena dengan parti. Pengagihan tidak diberikan kepada pemimpin KEADILAN, sebaliknya diberi kepada individu yang menyokong Azmin Ali.