PATUT DIA TAK KEMANA PUN. BIAR DIA JA. JANGAN SAMPAI KE ANAK CUCU.



 Shahrol Shiro mempersoalkan kenapa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tidak dimasukkan terus ke dalam akaun bank ibu bapa. Katanya, kaedah pemberian secara bersemuka menyusahkan ibu bapa.




Dia samakan apa yang berlaku di Johor rakyat disuruh jumpa ahli politik untuk terima bantuan tapi mengapa dikritik dan ini tidak.


Ironinya, pada 14 Mac 2024, Berita Harian pernah melaporkan bagaimana Shahrol sendiri tersilap menghantar anaknya ke sekolah berlainan.


Barangkali di situlah hikmahnya apabila ibu bapa digalakkan untuk berjumpa dengan guru. Bukan sekadar datang ambil duit, tetapi mengambil tahu perkembangan dan prestasi anak-anak di sekolah.


Ada satu lagi perkara menarik yang dibangkitkan netizen dalam ruangan komen Shahrol sendiri.


Dalam kes pasangan yang sudah bercerai, ada anak yang dijaga oleh ibu, tetapi bantuan pula masuk ke akaun bapa. Seorang netizen turut berkongsi bahawa situasi seperti ini pernah berlaku kerana guru tidak mengetahui status terkini perceraian ibu bapa.


Pemberian secara bersemuka juga dapat membantu memastikan bantuan sampai kepada penjaga yang benar-benar menguruskan keperluan anak.


Kadangkala apa yang kita anggap menyusahkan itu sebenarnya ada hikmahnya. Pendidikan anak bukan sekadar soal menyediakan duit, tetapi juga soal penglibatan ibu bapa.


Ada juga netizen secara berseloroh tidak menyalahkan apa yang Shahrul buat, sebab mungkin katanya 'tengah tak ada job'. Tapi mungkin itu tidak gambarkan hal sebenar.


#AhmadMursi #BantuanAwalPersekolahan #Pendidikan




No comments: