SEMUA SALAH FADLINA.

 


Daripada keputusan akademik, kes buli hinggalah masalah akhlak pelajar, nama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sering menjadi antara yang paling awal dipersalahkan apabila sesuatu berlaku di sekolah.





Namun satu hantaran yang tular mengingatkan bahawa tanggungjawab membentuk anak bukan terletak pada sekolah dan Kementerian Pendidikan semata-mata.


“Anak tak pandai, salah Fadhlina.


“Anak kena buli, salah Fadhlina.


“Anak membuli, salah Fadhlina.”


Penulis hantaran itu kemudian membangkitkan satu perkara yang kadang-kadang tenggelam apabila isu pendidikan menjadi pertikaian politik — peranan ibu bapa di rumah.


Siapa yang memberi anak kecil akses TikTok tanpa pengawasan?


Siapa yang membenarkan YouTube atau Netflix ditonton tanpa kawalan kandungan?


Dan siapa yang paling dekat untuk memantau perubahan tingkah laku anak setiap hari?


Ini tidak bermaksud KPM boleh lepas tangan.


Sekolah mesti selamat, kes buli perlu ditangani, guru memerlukan sokongan dan kelemahan sistem pendidikan tetap menjadi tanggungjawab kerajaan untuk diperbaiki.


Malah Perdana Menteri sendiri ketika bercakap mengenai masalah buli di sekolah menegaskan pendidikan bukan sekadar Matematik, Sains atau teknologi, tetapi turut melibatkan nilai kemanusiaan, disiplin dan pembentukan sahsiah.


Tetapi sekolah mempunyai murid beberapa jam sehari.


Selebihnya, pendidikan dan pembentukan anak turut berlaku di rumah serta dalam persekitaran mereka.


Sebab itu apabila berlaku sesuatu kepada generasi muda, mencari siapa yang hendak dipersalahkan mungkin mudah.


Yang lebih susah ialah bertanya:


Kerajaan dah buat apa?


Sekolah dah buat apa?


Dan kita sebagai ibu bapa pula dah buat apa?





No comments: