PENAGIH BANYAK KOT...

 

Belum tahu siapa pelaku khianati masjid di Kelantan, boleh pula salahkan kerajaan Madani

Entah kenapa penyokong pembangkang tegar mahu mengheret kerajaan Madani ketika individu yang melakukan perbuatan khianat di sebuah masjid di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan masih sedang dicari pihak polis.

Kejadian mengemparkan di Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan itu menyaksikan pintu kaca masjid pecah, manakala cecair berwarna coklat kehijauan dan berbau busuk ditemui dituang pada permaidani ruang solat.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Ini bermakna belum ada pengesahan pihak berkuasa mengenai siapa pelakunya atau sama ada kejadian tersebut mempunyai sebarang motif politik.

Namun, satu hantaran di Threads yang tular mempersoalkan sejauh mana “pihak atasan” akan bertindak.

Dia turut menyebut mengenai Kerajaan MADANI dan mendakwa pentadbiran diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu perlu membuktikan bahawa Islam masih terpelihara.

Hantaran berkenaan segera mengundang reaksi warganet yang mempersoalkan mengapa kes yang masih dalam siasatan itu sudah dikaitkan dengan kerajaan Persekutuan.

“Mengapa nak salahkan kerajaan Madani pulak?! Apa kaitan?!” tulis seorang pengguna, manakala seorang lagi mengingatkan supaya orang ramai kekal waras dan tidak bertindak melulu.

Seorang pengguna turut menyindir bahawa kejadian itu berlaku di Kelantan, sambil mempersoalkan logik mengheret pentadbiran Persekutuan ke dalam insiden tersebut.

Ada juga yang meminta orang ramai menunggu hasil siasatan dan rakaman CCTV sebelum membuat sebarang tuduhan, kerana identiti serta latar belakang individu terbabit masih belum diketahui.

Polis sendiri meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, tuduhan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara siasatan diteruskan mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.



No comments: