Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi!

 Selamat datang ke Malaysia, Presiden El-Sisi! 














Usai pembentangan Belanjawan MADANI Kelima, saya terus ke Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi menyambut ketibaan Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, yang mengadakan Lawatan Negara atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Insya-Allah, esok kami akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi menilai kemajuan kerjasama serta bertukar pandangan terkait isu serantau dan antarabangsa, selain menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman antara Malaysia dan Mesir.


======


Welcome to Malaysia, President Abdel Fattah El-Sisi!


🇲🇾🇪🇬


#MalaysiaMADANI

#DiplomasiMADANI

#YakinMADANI




No comments: