BAJET KEMENTERIAN PERTAHANAN ADALAH UNTUK KEDIAMAN YANG PERLU DIBAIKPULIH. PM LAIN TAK DAK OEDULI LA BAB TEMPAT TINGGAAL. ASKAR BAGI RUMAH ELOK ELOK BUAT ANAK JA..

 

MMR


Malas nak cakap banyak ok, Hari ini Kerajaan kita telah mengumumkan bajet belanjawan sebanyak RM459.8 Bilion untuk tahun 2027 dan dalam RM459.8 bilion itu , sebanyak RM44 bilion telah diperuntukkan untuk keselamatan Negara bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri 





Sebanyak RM22.108bilion diperuntukkan untuk Kementerian Pertahanan kita telah meningkat kira-kira RM359 juta berbanding dengan tahun 2026 RM21.746Bilion , selain itu sebanyak RM7.58 bilion dikhususkan secara bersama untuk  pembelian aset (RM3.47bilion) serta penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia  (RM4.11bilion) 


Pada tahun ini juga Kementerian Pertahanan telah melaksanakan Kajin Separuh Penggal kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) untuk menilai pencapaian dan menetapkan hala tuju baharu dasar pertahanan negara 2026 sehingga 2030 dalam RMK-13 ini , di dalam Kajin Separuh Penggal kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) pihak Kementerian Pertahanan telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meningkatkan bajet pertahanan kepada RM25.8Bilion untuk tahun 2027 , Walaupun bagaimanapun jangkaan Kementerian Pertahanan tidak dipenuhi oleh kerajaan , bajet pertahanan tahun 2027 dikurangkan RM3.62Bilion daripada apa yang dijangkakan ( mulut cakap kita perlu memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara bagi memastikan keselamatan negara dengan lebih baik tetapi bajet macam tu dia bagi )


Untuk Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM22Bilion diperuntukkan , bajet telah ditambah RM800 juta berbanding tahun 2026 hanya RM21.2Bilion



No comments: