Betul ke Abdul Hadi Awang ni seorang ulama?
Kalau benar, kenapa akhlak berpolitiknya nampak begitu janggal?
Dia menuduh orang lain hal yang terang-terangan dilakukan oleh puaknya sendiri.
Hari ini Hadi menulis panjang lebar tentang Melayu, Islam, penjajah British, DAP sampailah Donald Trump.
Tapi yang menariknya, dia menuduh PH melanggar prinsip Raja Berperlembagaan dalam kemelut Negeri Sembilan.
Kita pelik juga.
Sebab pada 16 September lalu, barisan Exco Negeri Sembilan sendiri yang mengeluarkan kenyataan menyokong proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz.
Mereka turut menggesa supaya Tuanku Nadzaruddin diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu.
Siapa yang duduk dalam barisan Exco itu?
Lapan wakil UMNO termasuk Menteri Besar, seorang MCA, seorang PAS dan seorang Parti Wawasan Negara.
Ada PH? Ada DAP? tak ada.
Malah Menteri Besar Ismail Lasim sendiri mengesahkan keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Exco.
Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.
Tuanku Muhriz menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan 10 Exco berkenaan kerana didakwa melanggar ikrar taat setia.
Belum habis lagi.
Sepuluh bekas Exco tersebut kemudian memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri bagi mencabar kesahan pembatalan pelantikan mereka.
Jadi kita nak tanya Hadi.
Waktu Exco PAS bersama UMNO menyokong proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz, Hadi berada di mana?
Kenapa apabila bercakap tentang kedudukan Raja, PH dan DAP yang dituduh, sedangkan tindakan wakil PAS sendiri tidak disebut sepatah pun?
Kalau PH dituduh melanggar prinsip Raja Berperlembagaan, bagaimana pula Hadi menilai tindakan barisan Exco yang menyokong penurunan takhta Tuanku Muhriz?
Bukankah ukuran yang sama patut digunakan kepada semua pihak?
Hadi sendiri memulakan tulisannya dengan ayat al-Quran yang mengingatkan manusia supaya tidak bercakap tentang perkara yang tidak diketahuinya.
Nasihat itu baik. Malah sangat baik.
Cuma kita tertanya-tanya, adakah nasihat itu turut terpakai kepada Presiden PAS dan ahli partinya sendiri?
Sebab ilmu agama bukan sekadar panjangnya tulisan atau banyaknya ayat yang dipetik.
Orang ramai juga berhak menilai bagaimana prinsip keadilan itu diamalkan apabila melibatkan kawan sendiri dan lawan politik.
#ahmadmursi

No comments:
Post a Comment